Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Kelebihan Susu Ibu VS Susu Formula

October 3, 2015 by Blog, Kehamilan, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Salam, kali ini saya benar-benar mahu kongsikan, apakah kelebihan susu ibu jika dibandingkan dengan susu formula?

Teringat saya pada kata-kata Dr Harlina Haji Siraj (Pakar Perubatan), katanya

Susu ibu ini kalau dibandingkan dengan susu formula, bezanya macam langit dengan bumi.

Malah, di dalam AlQuran sendiri disebut tentang perlunya ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu, bermakna menyusukan anak dengan susu ibu adalah perkara serius!

Apa hebatnya susu ibu ni ye? Soalan ini menyebabkan saya mencari apakah sebenarnya yang ada di dalam susu ibu ini dan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua.

Jom, mari kita lihat perbandingannya.

 

POINT
SUSU IBU
SUSU FORMULA
KELEBIHAN SUSU IBU
dfa88e4dfad578e1_bmilk-main.xxxlarge_2x
Infant-formula
MUDAH DIHADAM
Mengandungi lemak dan DHA yang dihasilkan mengikut keperluan bayi. Lemak susu ibu sangat mudah dihadamkan.
Lemak di dalam susu formula susah dihadamkan dan tidak mengandungi DHA
TINGGI IQ DAN USUS SIHAT
Mengandungi sel hidup dan bakteria baik (probiotik) untuk kesihatan usus, meningkatkan sistem immune bayi dan baik untuk perkembangan otak.
Mengandungi sel yang sudah mati dan sama sekali tidak mengandungi bakteria baik (probiotik)
BAYI TIDAK ALAMI ALAHAN
Mengandungi protein yang senang dihadam, sebab itu bayi tiada sebarang alahan
Mengandungi protein yang susah dicernakan menyebabkan usus bayi terbeban, kerana itu bayi nampak kerap tidur sahaja seolah lena kekenyangan.
PERLINDUNGAN DARI PENYAKIT
Mengandungi sel darah putih untuk perlindungan dari penyakit dan antibodi. Antibodi ibu akan disalurkan ke bayi membuatkan bayi mendapat perlindungan dari penyakit yang ibunya pernah alami.
Tidak mengandungi sel darah putih dan juga tiada antibodi untuk bayi melawan penyakit jika terkena.
VITAMIN DAN ZAT GALIAN
Mengandungi vitamin dan zat galian yang mudah dihadam dan diserap usus bayi
Zat galian dalam susu formula susah dihadam dan susah diserap kerana ia susu lembu yang dicampur sumber kimia yang diproses
MEMPUNYAI PELBAGAI RASA
Kaya dengan enzim yang bantu penghadaman dan hormon yang menyokong perkembangan bayi. Sebab itu susu ibu mempunyai pelbagai rasa dan berubah-ubah rasa mengikut pemakanan ibu. Hasilnya, bayi mudah biasakan diri dengan pemakanan bila berhenti menyusu.
Tidak mengandungi enzim dan hormon. Juga, rasanya yang sama sahaja, menyebabkan tunas rasa bayi kurang dirangsang. Hasilnya, bayi sukar dan kurang selera makan kerana dibiasakan dengan rasa susu formula tersebut.

 

Setakat ini dulu perkongsian dari saya

 

Imitation 4

 

Semoga anda dapat membuat keputusan yang baik untuk bayi anda!

 

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.