Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Kenali Apa Itu Masalah Tongue-Tie dan Penyelesaiannya

June 5, 2016 by Blog, Breast Clinic, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah,

Assalam puan, saya masih lagi dalam pantang hari ke-24. Saya kalau boleh nak fully breastfeed bayi saya, tapi kadang-kadang saya rasa susu saya tak cukup atau tak pekat untuk dia. Anak saya macam tak cukup.
Hari ke-20, timbang berat nurse cakap berat anak tak naik. Hari ke-10 hanya naik 200 gram sahaja. Lepas itu terus tak naik. Rasa nak give-up tapi saya rasa saya sudah separuh jalan.
Macam-macam milk booster saya telan, makan jantung pisang, minum Horlicks tapi tak jadi untuk saya.

Selain itu, antara kisah yang pernah dikongsikan oleh Dr Hairin Annisa, Klinik Pakar Kanak-Kanak Adda ialah,

seorang bayi perempuan berumur 4 bulan yang datang ke kliniknya untuk menjalani rawatan nebulisation & physiotherapy. Setelah diamati, rupanya bayi tersenut mengalami masalah tongue-tie type 2. Apabila ditanya tentang masalah penyusuan ibu,

Ibu bayi tersebut mengatakan memang bayi akan mengamuk bila direct feeding seperti tidak mahu menyusu seolah-olah macam ibu tiada susu. Disebabkan ibu telah dimarah oleh nurse, mak pun give-up. Ibu bayi ini fikir dia gagal untuk hasilkan susu dan sangat tertekan.

Ibu ini memang mahu sangat menyusukan anaknya hingga 2 tahun dan rasa sungguh sedih. Kegagalan untuk bayi melekap pada payudara dan puting ibu, memang ada kaitannya dengan masalah tongue-tie.

APA ITU TONGUE-TIE?

Tongue-tie ialah keadaan dimana lidah bayi pendek dan tidak mampu terjulur keluar untuk menyusu.

Normal+latch

TANDA-TANDA BAYI TONGUE TIE.

Antara tanda-tanda yang biasa berlaku apabila bayi mengalami masalah tongue-tie ialah, biasanya ibu akan mengalami salah satu masalah seperti di bawah iaitu

  • Bayi mengamuk ketika menyusu seperti ibu tiada susu
  • Bila menyusu, selalu terlepas nak lekap (latch)
  • Bayi menyusu elok lekapan tetapi terlalu kerap menyusu sehingga 24 jam seperti susu tak cukup
  • Bayi masih kelihatan lapar selepas menyusu walaupun telah lama menyusu
  • Berat badan bayi tidak naik atau hanya naik berat sedikit sahaja.

KEADAAN LIDAH BAYI YANG MENGALAMI MASALAH TONGUE-TIE

Jika masalah ini berlaku kepada bayi anda, anda boleh melihat keadaan lidah bayi. Biasanya bayi yang lidahnya tongue-tie, keadaan lidah bentuk seperti love atau heart. Anda boleh perhatikan ketika bayi anda menangis.

BFB-Tongue-Tie-III 13342079_1114909088529812_791984739_n

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN JIKA BAYI DISYAKI TONGUE-TIE?

Apa yang anda sebagai ibubapa perlu lakukan ialah, dapatkan nasihat daripada doktor yang pro-breastfeeding dan faham tentang masalah tongue-tie.

Jika bayi disahkan tongue-tie lebih awal, lebih mudah untuk doktor melakukan rawatan untuk release lidah bayi tersebut. Biasanya jika di Hospital Pakar, anda boleh ke unit Ear, Nose and Throat (ENT) untuk rawatan ini selepas berjumpa Pakar Kanak-Kanak.

Tetapi, bukan semua masalah tongue-tie perlu untuk dapatkan rawatan release tongue-tie ini. Ianya perlu diakses dengan teliti dahulu oleh doktor pakar.

ANTARA KOMEN IBU SELEPAS BAYI MENDAPAT RAWATAN TONGUE-TIE

13383732_1114912701862784_1867959396_o

SENAMAN MULUT SELEPAS BAYI MENDAPATKAN RAWATAN TONGUE-TIE RELEASE

Selepas bayi mendapatkan rawatan ini, ada sesetengah bayi yang masih mengambil masa juga untuk belajar melekap dengan ibu.

Jadi, untuk membantu mempercepatkan proses pembelajaran bayi menyusu, anda boleh melakukan senaman ini pada bayi anda.

Akhir kata, semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.