Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Kenapa Ada Orang Susu “Sikit” Dan Ada Orang Susu Banyak?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan penyusuan yang ditanya kepada saya :

Salam puan, saya nak tanya. Kenapa ada orang susu sikit dan ada orang susu banyak? Ada orang tu kecil saja tapi susu boleh sampai 10 oz untuk hasil pam satu sesi?

-Ibu A.

Jawapan saya :

Wassalam puan. Sebabnya :

1)Memang tak boleh banding hasil susu kita dengan orang lain kerana lain ibu, lain keperluan bayi perlukan. Ada bayi memang perlukan susu banyak tu dan ada bayi yang memang perlukan susu yang cukup kuantiti macam tu saja.

2)Benda paling penting bukan susu yang banyak tapi susu yang cukup untuk bayi. Maksudnya, bayi dapat cukup susu.

Dan susu banyak 10 oz tu kita tak tahu sama ada :

Memang ibu itu pam setiap 3 jam sekali dan juga ada buat “extra” pam untuk banyakkan susu lebih dari biasa.

ATAU

Ibu itu “skip” pam sampai breast bengkak baru pam susu. Jadi, susu tu banyak. Puan perlu faham tak semestinya susu banyak, bayi boleh kenyang dan dapat cukup susu.

Ada ibu yang hasilkan susu banyak sampai 10 oz tapi susu cair (lagi banyak foremilk berbanding hindmilk). Bila ini berlaku, kesannya walaupun ibu hasilkan susu banyak, bayi senang kembung perut dan berat susah nak naik sebab tak cukup lemak untuk tumbesaran.

Jadi, puan jangan fokus pada kuantiti susu yang ibu lain hasilkan tapi fokus pada kualiti susu iaitu susu yang cukup untuk bayi puan.

Respon ibu :

Saya sekarang susu cukup untuk bawa ke rumah pengasuh saja. Malam-malam kadang-kadang tak cukup. Macam mana saya nak tingkatkan susu?

Saya punya sesi pam ialah :

5 am (5 oz)

9.30 am (3 oz)

1,30 pm (3 oz)

7.00 pm (5 oz)

Total susu : 16 oz sehari.

Untuk bekal ke pengasuh : 18 oz sehari.

Malam bagi menyusu kalau bayi menangis tak nak, saya bagi susu formula. Stok saya dah takda, semua untuk hari-hari saja. Dan waktu petang, sesi pam pun kadang-kadang tak menentu. Bayi saya usia 6 bulan. Saya kadang-kadang takut susu tak cukup nak bagi dekat pengasuh.

Jawapan saya :

Puan, dari masa pam yang puan kongsikan pada saya ni. Jarak masa pam puan dalam 4 jam dan 6 jam. Jadi, sebab tu susu puan akan “drop” lama-kelamaan.

Jadi, saya akan kongsikan pada puan 3 artikel ini dulu untuk puan baca dan faham bila masa sebenar untuk puan pam susu di tempat kerja dan punca susu puan “drop”.

Puan baca dulu ya.

Kenapa Susu Saya “Drop” Walaupun Saya Pam Susu Ketika Bekerja?

Bilakah Masa Mengepam Susu Untuk Ibu Bekerjaya?

3 Masalah Besar Jika Ibu Terlalu Jarakkan Masa Mengepam Lebih 3 Jam

BILA USIA BAYI SUDAH 6 BULAN?

Bila bayi sudah 6 bulan, puan dah boleh mula bagi 2 kali sesi makan puri buah-buahan/sayuran/bubur nasi untuk bayi kerana bayi dah boleh mulakan pemakanan separa pejal (solid food).

BAGAIMANA NAK BUAT STOK KALAU STOK SUSU HARI INI CUKUP UNTUK ESOK?

Untuk puan pastikan susu puan cukup walaupun puan pam susu hari ini untuk esok. Jemput baca link ini.

Sistem Efektif Menguruskan Susu Ibu Perahan

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.