



Antara soalan yang “famous” dan kerap ditanya oleh ibu bapa ketika mereka mula-mula ajar dan tunjukkan flascard pada anak ialah,
“Kenapa anak saya tak duduk diam?”
“Kenapa dia tak tengok pun flashcard yang saya tunjuk (apa yang saya ajar)?”
“Kenapa dia merangkak dan lari?”
Jawapannya ialah kerana,
KANAK-KANAK 0-6 TAHUN BELAJAR GUNA OTAK KANAN
Maksudnya, anak anda jika usianya bawah 6 tahun belajar menggunakan otak kanan.
OTAK KANAN
- Fikiran bawah sedar
- Memori jangka panjang
- Secara rawak
- Gambar
- Yang datang laju
- Memproses secara total
- Kreatif
- Think Outside The Box
Nanti jika anak anda sudah berusia 7 tahun ke atas, baru gaya pembelajarannya akan mengikut otak kiri.
OTAK KIRI
- Fikiran sedar
- Memori jangka pendek
- Teliti dan teratur
- Perkataan
- Yang datang perlahan
- Memproses satu-satu
- Ikut buku
- Think Inside The Box
Credit : http://www.rightstartbrainschool.com/why-right-brain-education/
GAYA BELAJAR ANAK KECIL USIA 0 – 6 TAHUN
- Belajar secara bersahaja
- Serap segalanya dari persekitaran
- Belajar sambil lewa, tetapi cepat belajar/serap
Hal ini berbeza berbanding orand dewasa yang belajar secara bersistem, berstruktur, ikut buku dan logik. Fokus perlu tinggi dan agak lambat belajar berbanding kanak-kanak.
ISU ANAK LAMBAT BERCAKAP
Tak perlu risau, ini menunjukkan otak mereka belum melakukan “bridging” dan otak kanan masih sangat kuat menyerap.
BEBERAPA FAKTA MENARIK TENTANG OTAK KANAN.
- Bayi sangat sensitif dan tahu jika mereka disayangi, mudah terperanjat dan sebagainya.
- Anak lelaki melangkau ke otak kiri lebih lambat berbanding anak perempuan
- Otak kanan menyebabkan mereka lebih cepat dan lama mengingat
- Laluan ke memori jangka masa panjang.
- Menyebabkan hafalan surah Al-Quran ketika kecil berbeza KUASA SIMPAN berbanding dewasa.
Adakah anda ibu yang rasa “lost” sebab tak tahu bagaimana nak mula mengajar anak-anak di rumah secara “part-time”?
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK
NuhaBaby
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.
Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.
Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com
Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :
1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil
2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!
3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan
4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari
5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Latest posts by NuhaBaby (see all)



