



Anda pernah alami masalah seperti ini?
atau..
Kisah di atas hanyalah sekadar contoh. Pernah tak bila bayi anda minum susu dalam botol, anda merasakan bayi minum dengan banyak sekali, seolah macam tak cukup susu!
Susu dalam botol dah habis pun, bayi masih hisap lagi botol kosong.
Jika ini berlaku, cuba lihat kembali cara bayi anda menyusu melalui botol.
Bila kita susukan bayi melalui botol, kepala bayi perlu ditinggikan dan aliran susu yang keluar perlu perlahan.
Ini supaya bayi boleh mengawal aliran susu tersebut. Jika bayi menghisap botol dalam keadaan kepala bayi rendah dan aliran susu adalah laju, Memang akan cepat bayi minum, mungkin 5-10 minit sudah habis sebotol susu. Kita akan lihat bayi menunjukkan tanda seperti mahu hisap lagi (seperti hisap jari dan puting botol) seolah bayi tidak kenyang. Ramai ibu akan terfikir bayi masih lapar, mahukan susu lagi bila bayi menghisap jari atau botol yang sudah kosong.
Bayi ini sangat hebat, tanda bayi lapar ada dua, iaitu tanda benar dan tanda palsu.
Menghisap ialah tanda palsu bayi lapar!
Ini kerana, bayi memang sudah biasa menghisap iaitu menghisap jarinya sejak di dalam perut ibu lagi. Usah terpedaya.
Jika ibu bancuh lagi susu formula sebab ingat bayi lapar. Maka, bayi yang sepatutnya minum 2 oz susu sudah dilatih untuk minum 4 oz susu setiap kali kerana kita sudah melatih dia minum sebanyak itu. Dan perut bayi juga akan terima kapasiti sebanyak itu juga. Katalah bayi baru berusia seminggu, pada waktu ini perut bayi hanyalah sebesar bola pingpong dan muat kuantiti susu 2 oz sahaja. Kilang susu ibu juga hasilkan 2 oz susu kerana sepatutnya perut bayi muat banyak itu.
Ini akan menyebabkan susu ibu sudah tidak mencukupi, kerana bayi itu sudah diajar untuk minum 4 oz susu formula, menyebabkan ibu mula berfikir yang susunya tidak cukup..
Inilah perangkapnya iaitu, bila anda bancuh lagi susu formula, kemudian bayi akan kenyang lama dan tidur lama, bayi kurang menghisap, badan pun akan mula buat susu yang kurang dan akhirnya..anda mula merasakan anda tidak cukup susu!
Sebenarnya, bayi baru lahir yang normal, puas dengan menghisap, bukan menyusu untuk kenyang sahaja.
Menghisap ialah AKTIVITI UTAMA BAYI BARU LAHIR, selain daripada menangis.
Sebab itu jika kita lihat, bayi yang menyusu sepenuhnya dengan ibu, akan menghisap lama dan kerap di awal kelahiran.
Kerana kepuasannya adalah pada menghisap dengan lama dan juga mendapat susu yang sepatutnya sesuai dengan perut bayi ketika itu.
Menghisap adalah fitrah semulajadi bayi.
Hal ini dinyatakan juga oleh Diana Cassar, Konsultant Penyusuan Antarabangsa di blognya theleakyboob.com berkaitan apa yang ingin bayi sampaikan kepada ibu iaitu
Petikan di atas menyatakan aktiviti utama bayi ialah menangis dan menghisap! Seterusnya lagi, pesanan bayi untuk ibu ialah
Petikan ini menerangkan betapa bayi begitu menikmati moment dan saat ketika dia menghisap, seperti menjilat ais krim katanya! Juga, kebaikan hisapan bayi yang mana sebagai rangsangan awal usus dan perut bayi kerana hasil pergerakan mulut dan lidah bayi ketika menghisap.
Tetapi, saat dan momen hisapan yang memuaskan ini agak mustahil untuk bayi dapatkan melalui puting botol, kerana apa yang bayi perlukan tidak semuanya ada di puting botol tersebut. Hal ini menyebabkan bayi yang minum botol sepenuhnya (tidak menyusu terus dengan ibu), tidak puas menghisap. Sebab itulah manusia mencipta puting tiruan supaya bayi tersebut puas menghisap dengan puting tiruan tersebut.
Semoga bermanfaat!
Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam?
Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?
Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?
(KLIK SINI UNTUK EBOOK)
NuhaBaby
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.
Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.
Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com
Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :
1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil
2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!
3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan
4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari
5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Latest posts by NuhaBaby (see all)



