Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Kenapa Bayi Tidur Lena Jika Diberi Susu Formula?

November 3, 2015 by Blog, Newborn, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu

Saya nak tanya, normal ke kalau bayi saya hisap susu sejam sekali? Mak mertua saya kata anak saya tak cukup susu sebab tu asyik meragam. Lepas tu terus dia bagi susu formula. Tidur jelah jawabnya bayi saya, macam mane tu?

Selalu ibu lepas bersalin, akan kerap menyusukan bayi sehingga ada kala terfikir,

Susu saya tak cukup ke?

Tambah pula, selepas bayi diberi susu formula, bayi tidur lama menyebabkan ibu berfikir

Susu formula mengenyangkan!

Adakah susu formula mengenyangkan?

Ketahuilah, sebenarnya adalah normal bayi baru lahir kerap menyusu dan mitos susu formula mengenyangkan ialah mitos yang tertua di abad ini!

Tetapi, selalunya bayi tidur lena lepas diberi susu formula?

Adakah itu tandanya bayi kekenyangan?

Jom kita fahami, kenapa bayi tidur lena selepas diberi susu formula?

BENARKAH SUSU FORMULA MENGENYANGKAN DAN BAYI AKAN TIDUR LENA?

#1 TIADA BUKTI KAJIAN MENGATAKAN TINDAKAN INI MEMBUATKAN BAYI KENYANG

Ketahuilah, kenyataan bahawa susu formula mengenyangkan dan membantu bayi tidur lena hanyalah “dongeng” semata-mata, yang tidak dibuktikan dengan kajian perubatan.

Yang ada hanyalah, jika bayi kurang 6 bulan diberi susu formula, kemungkinan bayi berisiko untuk penyakit lain seperti sembelit dan tidak dapat tidur dengan baik disebabkan risiko susu formula tersebut.

Susu formula amat berbeza kandungannya dengan susu ibu, yang mana antaranya ia mengandungi protein keras yang menyukarkan sistem penghadaman bayi.

Malah, terdapat satu kajian daripada US National Library Of Medicine, National Institutes Of Health, Department Of Pediatrics di websitenya PubMed.gov mengatakan, kajian telah dijalankan terhadap bayi bawah 6 bulan yang diberi susu formula/makanan pejal lain seperti nestum atau bijirin dan hasil kajian mengatakan

Tiada perbezaan dalam corak tidur bayi yang makan makanan pejal sebelum tidur dibandingkan dengan bayi yang tidak diberi makanan pejal. 

Bayi akan kerap bangun juga, ini kerana kekerapan bayi menyusu adalah normal di awal kelahiran.

#2 SUSU FORMULA MENYEBABKAN SISTEM PENGHADAMAN BEKERJA LEBIH MASA

Susu formula agak sukar dihadamkan oleh usus bayi yang masih belum matang, ini menyebabkan usus bayi “terbeban” dan “terpaksa” bekerja lebih masa untuk menghadamkan susu tersebut.

Ia mengambil masa 3-4 jam untuk dihadamkan usus bayi.

Berbanding susu ibu yang mudah dihadamkan dan mengambil masa 60-90 minit untuk penyerapan optimum zat dan nutrisinya ke seluruh badan bayi.

Ini kerana, bayi terpaksa menghadam sesuatu yang tidak spesifik kepada badan manusia.

Susu formula lebih sukar dihadamkan berbanding susu ibu.

Sebab itu, kita dapat lihat bayi yang diberi susu formula, lebih lama jarak menyusunya.

Susu formula masih boleh diberi juga kepada bayi, andai anda sememangnya tiada pilihan lain seperti sakit, atau ibu bayi meninggal dan kes kronik pada bayi, namun selagi mana susu ibu masih ada dan ibu juga sihat untuk menyusu, ia tidak sepatutnya menjadi pilihan untuk diberi kepada bayi.

#3 MEMBAWA KEPADA PELBAGAI RISIKO

Kajian terkini oleh James McKenna, PHD di website kellymom.com mengatakan bayi yang tidur lama boleh terdedah kepada kematian mengejut (Sudden Infant Death Syndrome,SIDS)

Malah, sesetengah saintis mengatakan bahawa tidur lama adalah tidak natural pada bayi dan bila bayi kerap terjaga di malam hari, sebenarnya ia memberi pelindung kepada serangan kematian mengejut (SIDS) tersebut.

Nampak tak? Rupanya bila mana susu ibu cepat hadam dan bayi kerap terjaga untuk menyusu, ia memberi kebaikan tersendiri kepada bayi tersebut iaitu bayi selamat daripada serangan SIDS ini, juga menyusu kerap sebenarnya akan mematangkan usus bayi dan akan membuatkan bekalan susu ibu akan banyak di masa akan datang!

Sekiranya bayi anda kerap menyusu di waktu malam, ketahuilah bahawa susu ibu di waktu malam, tinggi kandungan lemaknya!

Susu ibu di waktu malam lebih pekat, kaya dengan lemak dan ia membantu tumbesaran dan pertambahan berat bayi.

Bayi juga berisiko untuk tersedak susu jika diberi susu formula melalui botol dan bayi tertidur sambil menyusu.

Selain itu, susu formula juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi yang mana sukar untuk kita mengawal kandungan kalori tersebut.

Akibatnya, bayi berisiko mengalami masalah berat badan.

Terdapat juga risiko lain seperti masalah pencernaan dan pernafasan serta lain lagi risiko bergantung kepada penerimaaan badan bayi tersebut.

21dangers-jun2012-page1

Oleh itu, bersabarlah menyusukan bayi anda di awal-awal bulan kelahirannya ya.

Sekurang-kurangnya, bila anda berjaga dan masih tabah menyusukan bayi dengan susu ibu, anda sebenarnya telah mengelakkan pelbagai risiko yang tidak diingini daripada berlaku kepada bayi anda.

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.