Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Kenapa Saya Ajarkan Anak Membaca Dahulu, Baru Menghafal?

April 3, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Pada perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan kenapa saya mengajar anak saya kenal dan membaca hijaiyah berbaris atas, bawah dan depan dahulu sebelum mula menghafal mana-mana surah?

Sepanjang tempoh saya mengajar anak saya, membaca huruf hijaiyah berbaris. Saya hanya memperdengarkan keseluruhan juzuk Amma 30 surah.

Kenapa saya tidak pilih hanya satu surah sahaja dan repeat sehingga anak saya hafal surah itu?

Pendek kata : Kenapa saya tidak mula mengajar anak saya terus menghafal, tetapi saya ajarkan dahulu anak saya membaca huruf?

Baiklah, di sini saya akan kongsikan kenapa kita perlu mengajar anak sekurang-kurangnya boleh membaca Al-Quran (walaupun merangkak) barulah mula diajar menghafal.

Sewaktu usia Nuha 2 tahun 6 bulan, Alhamdulillah Nuha sudah kenal dan boleh membaca hijaiyah berbaris atas, bawah dan depan.

Waktu ini, selain daripada kenal dan baca huruf. Nuha juga sudah terbiasa dengan audio surah-surah juzuk Amma yang saya selalu pasangkan.

Seterusnya saya mulakan mengajar huruf bersambung, tanwin, sukun dan sebagainya. Sepanjang proses mengajar membaca, ada juga Nuha menghafal sedikit-sedikit tetapi secara santai.

Maknanya, saya belum lagi betul-betul fokus pada hafalan tetapi lebihkan fokus mengajar membaca dahulu.

Saya ada juga tunjukkan Nuha flashcard Surah AL-Fatihah, jika anda melihat videonya Nuha, anda akan dapati sebenarnya Nuha menghafal surah Al-Fatihah, namun tetap saya tunjukkan juga flashcard supaya Nuha boleh membaca sedikit-sedikit huruf berbaris atas, bawah dan depan yang dia sudah tahu.

APA YANG BERLAKU KEPADA OTAK JIKA ANAK BELAJAR MEMBACA?

Keseluruhan otak depan, tengah dan belakang akan digunakan.

thinking-brain_75837_3

KENAPA MESTI AJAR ANAK MEMBACA SEBELUM MELATIH MEREKA MENGHAFAZ?

Secara saintifiknya, jika anak kecil berusaha untuk membaca. Anak akan fokus, kemudian melihat gambar imej ayat AlQuran tersebut dan mendengar bunyi alunan surah itu.

download (6)

Jadi, ketika ini bahagian otak yang digunakan ialah

1. OTAK HADAPAN – Untuk fokus.

2. OTAK BELAKANG – Menangkap maklumat visual untuk disimpan ( imej seperti flashcard ayat Al-Quran)

3. OTAK TENGAH – Menyamakan imej tersebut dengan bunyi yang berkaitan dengan imej.

Contoh : Bacaan audio dari suara saya sebagai ibu akan disamakan dengan imej potongan ayat Al-Quran yang berkaitan.

Maka, apabila mereka belajar membaca, keseluruhan bahagian otak akan digunakan.

baca

APA KEBAIKAN JIKA KESELURUHAN OTAK DIGUNAKAN?

Hafalan anak akan lebih kukuh kerana ia akan disimpan di Memori Jangka Panjang ( Long-Term Memory). Otak akan merakam muka surat dan struktur ayat itu.

Jadi, hafazan anak lebih tahan lama dan anak tidak cepat lupa.

Sekiranya anak hanya menghafal Surah tetapi tidak tahu membaca, hafalan biasanya tidak kekal lama kerana ia akan disimpan di dalam Memori Jangka Pendek ( Short-Term Memori)

Itulah perbezaannya jika anak hanya hafal melalui pendengaran sahaja berbanding hafalan sambil mendengar dan melihat struktur ayat.

JADI, APA MANFAAT APABILA ANAK KITA LATIH ANAK KITA MENGENAL HURUF, MEMBACA DAN HAFAL AL-QURAN KETIKA KANAK-KANAK?

Ia adalah BRAIN TRAINING yang akan meningkatkan daya fokus, ingatan, kelajuan berfikir, kecekapan menyelesaikan masalah dan fleksibiliti anak kita.

PERMULAAN SAYA MENGAJAR SURAH AL-FATIHAH

fatihah

Nuha sudah kenal semua baris atas, bawah dan depan pada ketika ini.
Jadi apabila saya mula membaca Surah Al-Fatihah dan dia dengar. Bila saya baca dan Nuha ikut, itu juga HAFAZAN PENDENGARAN.

Selepas itu, saya akan tunjukkan juga flashcard Al-Fatihah. Saya ajar Nuha membaca Al-Fatihah dengan

1. Fokus pada struktur ayat
2. Saya tunjuk dan jarinya juga tunjuk baris
3. Nuha lancar baca semua sebab dia hafal sebenarnya

Jadi, HAFAZAN Nuha sekarang menjadi HAFAZAN MELALUI PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN.

Sebab Nuha sudah kenal baris, jadi saya tunjuk ayat fatihah itu Nuha sudah boleh baca sikit mana-mana yang baris tu. Huruf sambung saya tak ajar lagi. Tunjuk huruf yang dia kenal dan dia boleh baca man yang dia lihat.

ANALISIS

1- Bila Nuha fokus tunjuk pada ayat surah Fatihah, dia tengah gunakan otak DEPAN.
2- Nuha tengok struktur ayat dan baris tiu ( visual) dia tangkap maklumat itu simpan di otak BELAKANG.
3- Bila Nuha baca ayat itu dan dia nak samakan ayat yang die baca (bunyi) dengan visual struktur ayat fatihah kat kad,

Nuha guna otak TENGAH.

Jadi, saya dapat maksimumkan penggunaaan otak depan, otak belakang dan otak tengah Nuha.

Kesimpulannya,  tidak perlu kalut ajar anak menghafal.

Ajar anak membaca dahulu sambil mendengar Audio AL-Quran pun sudah okay buat permulaan.

Semoga berkongsian ini bermanfaat.

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.