Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Kenapa Susu Saya “Drop” Walaupun Saya Pam Susu Ketika Bekerja?

July 28, 2017 by Blog, Breast Clinic, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan yang kerap ditanya kepada saya ialah,

Assalam puan Aisyah, anak saya sudah 5 bulan. Stok EBM (susu ibu perahan) makin susut dan susu makin “drop”. Bagaimana harus saya lakukan agar stok susu saya cukup untuk bekalan bayi saya di Taska?

Setakat ini, saya hanya ada 9 stok frozen (susu yang beku) dan tiada stok chiller (susu ibu yang belum dibekukan di peti ais bawah).

Biasanya sehari bayi saya perlu minum 12 oz dengan pengasuh dan sehari pam di tempat kerja pula 9 oz (untuk hasil kedua belah payudara).

Masa kerja saya pula dari pukul 8 am – 5 pm.

Masa pam saya pula antara pukul 12.30 tengah hari – 1.30 petang.

Sebelum saya keluar bekerja, biasanya bayi akan menyusu @ saya pam susu antara waktu 7.15 pagi – 7.40 pagi.

JAWAPAN SAYA :

Setelah ibu ini mendapatkan ilmu asas penyusuan yang betul daripada ebook Pengurusan Susu Ibu Perahan dan bimbingan dari saya,

Barulah ibu ini dapat mengenal pasti apakah kesilapan beliau yang membuatkan susu “drop” dan makin susut.

Disini saya kongsikan beberapa faktor yang menyebabkan susu ibu ini semakin “drop” dan susut apabila beliau mula bekerja.

1# Faktor jadual pam waktu bekerja yang hanya ditengah hari dan tidak mengepam pada hari cuti.

2# Tidak menjaga pemakanan kerana rutin kerjaya ibu ini memaksa beliau makan tidak menentu masa. Ibu ini seorang pensyarah (perlu mengajat dan mengurus membuatkan masa beliau sentiasa padat)

3# Hanya bergantung pada waktu rehat untuk mengepam susu.

ARTIKEL UNTUK SELESAIKAN MASALAH INI

Jadi, untuk membantu ibu ini. Saya kongsikan juga beberapa artikel yang beliau perlu baca dan hadamkan untuk selesaikan masalah ini iaitu :

1# MASA MENGEPAM SUSU UNTUK IBU BEKERJAYA

Bilakah Masa Mengepam Susu Untuk Ibu Bekerjaya?

2# “MAKANAN SEGERA” YANG MEMBANTU PENGHASILAN SUSU IBU

Apakah “Makanan Segera” Yang Bantu Susu Ibu Banyak & Berkualiti?

3#JIKA IBU PERLU MENGEPAM DI RUMAH UNTUK BUAT STOK SUSU, DALAM KEADAAN PERLU MENYUSU BAYI JUGA?

APA YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA IBU MAMPU MENGEPAM IKUT MASA DISAMPING MENYUSU ANAK?

Disini saya kongsikan bagaimana cara efektif ibu untuk mengepam di rumah dalam keadaan bayi juga perlu menyusu.

Masalah Susu Tak Sama Banyak Payudara Kiri VS Payudara Kanan

Setelah ibu ini mula baca dan mengamalkan ilmu di dalam artikel ini iaitu membetulkan jadual pam di tempat kerja dan menjaga pemakanan yang betul, barulah susu badannya banyak semula.

SOALAN TAMBAHAN :

Saya memang tak sempat nak pam setiap 3 jam kalau di tempat kerja. Boleh ke kalau kita pam dalam 4 atau 5 jam sekali tapi konsisten waktunya?

(Saya bekerja sebagai pensyarah dan masa kerja dari 8 pagi hingga 5 petang, waktu rehat dari jam 1-2 petang)

JAWAPAN SAYA :

Jika puan tidak mengepam 3 jam sekali, risikonya ialah puan akan perasan lama-kelamaan susu puan akan “drop”.

Ini kerana, susu ibu ini grafnya seperti gelombang. Ada masa turun dan ada masa naik.

Maksudnya, ada sekali kita pam dapat banyak. Ada hari kita pam, mungkin dapat kurang walaupun kita pam susu setiap hari dan pam pada masa yang sama.

Contoh : Hari ini pam dapat 7 oz. Esok pam dapat 3 oz sahaja. Lusa pula dapat 5 oz.

Jika masalah ini berlaku, perlu fahami ianya adalah normal. Ini kerana graf susu yang dihasilkan seperti gelombang.

Ada fasa turun dan ada fasa naik. Jadi, kalau kita dapat konsisten pam setiap 3 jam sekali, sekurangnya waktu fasa susu turun, kita akan lebih bersedia dan walaupun hasil susu hari itu mungkin sikit (3 oz).

Sekurangnya ia masih ada hasil dan kita masih ada masa untuk perbetulkan balik pemakanan, minum air yang cukup dan tambah lagi masa mengepam di rumah.

Katalah kita memang “skip” terus masa pam itu dan hanya bergantung untuk pam pada pukul 12 tengah hari saja, takut kita akan kurang bersedia untuk hadapi fasa susu bila tengah “drop”.

Bila kita tak bersedia hadapi fasa susu “drop”, kita akan kalut, sedih,letih dan pelbagai lagi emosi. Hal ini akan mengganggu hormon yang banyakkan susu.

Hormon oksitosin atau hormon yang membanyakkan susu akan senang “bekerja” kalau kita tak risau sangat dan dalam mode tenang.

Apa yang penting ialah kita pandai uruskan emosi kita bila terpaksa hadapi fasa susu “drop” kerana situasi ini adalah normal.

3 Masalah Besar Jika Ibu Terlalu Jarakkan Masa Mengepam Lebih 3 Jam

Disini saya akan kongsikan juga masalah yang akan berlaku jika ibu terlalu jarakkan masa mengepam. Boleh baca artikel di atas.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.