Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Kenapa Susu Saya Sikit Walaupun Dah Ikut Jadual Pam?

July 9, 2017 by Blog, Breast Clinic No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara masalah penyusuan ibu yang pernah ditanya pada saya ialah,

Assalam puan, susu saya setiap kali pam. Memang tak banyak dapat. Selepas ikut jadual pam yang puan bagi pun, susu saya tak konsisten.

Ada masa dapat lebih, ada masa kurang sikit. Saya sudah 4 hari ikut jadual pam. Kenapa jadi macam tu, susu saya memang sikit ke?

-Puan Dila (bukan nama sebenar)

(Untuk makluman, ibu ini ialah salah seorang pelanggan Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi! Bayinya berusia 28 hari ketika ini dan bayi ada masalah lekapan yang baik. Bayi menyusu dengan ibu dan campur susu formula)

Berat bayi juga tak naik menunjukkan bayi tidak mendapat cukup susu.

Apabila saya bertanya biasanya berapa oz hasil pam susu untuk kedua belah breast pada satu sesi mengepam?

Jawapan ibu :

Biasanya dapat dalam 1 oz. Kalau luar biasa dalam 1.5 0z – 2 oz. Itu sahaja rekodnya.

Kurang susu tu maksud saya, kalau sesi petang hari ini dapat 2 oz, kadang-kadang sesi petang esok tu boleh turun pula hasil susu.

Adakah penghasilan susu saya masih belum stabil? Kadang-kadang saya cuba menyusu bayi dan masa itu waktu pam. Tapi saya bagi masa sikit pada bayi.

Jadi masa pam susu dah lewat 1 jam tapi saya pam juga. Dan kalau waktu sesi seterusnya, kalau tiada apa-apa halangan saya akan ikut jadual pam.

Jawapan saya :

Untuk masalah ini.

1# Biasanya usia bayi sebulan, breast akan hasilkan susu sebanyak 2.5 ke 3 oz secara normal.

Sebab saiz perut bayi minum banyak itu. Puan boleh refer dulu artikel di bawah ini

Berapa Banyak Kuantiti Susu Yang Diperlukan Bayi Saya?

 

2# Saya tak pasti target puan yang banyak tu macam mana.

Sebab, apa yang puan bayangkan dan harapkan = itu dipanggil matlamat.

Jadi, saya tak pasti puan harap banyak yang macam mana untuk puan rasa banyak. Contoh : Puan nak 8 oz dan adakah itu baru dikira banyak?

Saya tak tahu sebab apa yang puan baca dan lihat diluar akan mempengaruhi minda puan.

Sebenarnya puan, apa yang paling penting ialah puan tak membandingkan susu puan dengan susu orang lain sebab kuantiti susu pun akan berubah-ubah mengikut usia bayi.

Serta, lain bayi lain keperluan minum susu tak sama.

Yang penting ialah, puan fokus anak puan dapat cukup susu.

Puan boleh semak sama ada anak puan dapat cukup susu atau tidak di link ini.

4 Tanda Bayi Dapat Cukup Susu Ibu

3# Betul puan, penghasilan susu puan pada masa ini masih tidak seimbang kerana usia bayi puan juga 1 bulan. Pada usia ini, bayi akan mengalami fasa “growth spurt” yang mana penghasilan susu puan akan menjadi tidak stabil.

Puan boleh rujuk sini untuk faham tentang fasa “growth spurt” di link ini

Susu Tiba-Tiba “Drop”? Bayi Kerap Menyusu?

KESIMPULAN

Apa yang penting ialah, ibu perlu fokus pada susu yang cukup untuk bayi. Berpandukan ilmu dalam artikel yang saya kongsikan di atas.

Elakkan fokus banyak sebab banyak itu subjektif dan saya tak tahu definisi banyak yang anda maksudkan.

CONTOH

Jika puan kongsikan pada saya, sekali pam dapat 2 0z. Pada saya ianya normal dan bagus. Sebab lama-lama susu puan akan banyak semula jika puan konsisten kosongkan breast dan susu itu cukup untuk bayi puan.

Mungkin sekarang fasa “growth spurt” jadi sebab itu susu puan sekejap turun dan sekejap naik.

Yang penting, puan elakkan tengok atau bandingkan hasil susu puan dengan ibu lain di luar sebab setiap orang hasilkan susu yang tak sama untuk bayi masing-masing.

Saya risau jika puan tengok gambar susu ibu lain di luar.

Ada ibu yang pam dapat susu 5 oz penuh botol dan puan ingatkan susu banyak itu = 5 oz penuh botol.

Sedangkan pada usia bayi puan itu sebenarnya tak perlu susu sebanyak itu. Juga, usia bayi puan mungkin tak sama dengan bayi orang lain.

Jadi, puan perlu fokus pada bayi puan supaya dapat cukup susu dulu dengan baca 3 artikel yang saya kongsikan di atas untuk faham.

Sebab istilah banyak susu ini terlalu subjektif, lain orang lain.

CONTOH SAYA

Anak saya sekarang berusia 6 bulan dan sekali pam saya dapat dalam 4-5 oz susu. Ada hari yang saya dapat kurang 3 oz juga.

Pada saya, susu saya banyak. Sebab, ianya cukup untuk anak saya (kerana berat bayi naik dan bayi buang air pun okay)

Ada orang lain pula, sekali pam dapat 7 oz dan itu pula banyak dari segi dia dan apa yang bayinya perlukan.

Jadi, elakkan ukur banyak atau sikit hasil pam susu dari segi kuantiti (oz) tetapi fokus sama ada susu cukup tak untuk bayi kita.

Dalam penyusuan, grafnya berbentuk gelombang. Maksudnya ada turun dan ada naik. Jadi, hasil susu pun sama juga, ada turun ada naik.

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.