



Apakah kesannya jika ibu tidak berpantang?
Ini ialah apa yang saya belajar daripada Puan Siti Aishah, Juru Urut Bertauliah dalam Urutan Perbidanan dan Rawatan Berpantang Melayu Lama.
Antara kesannya ialah
Sakit-sakit badan, masalah sulit dan hormon serta emosi yang tidak seimbang.
1# SAKIT-SAKIT BADAN
Kerap sakit pada bahagian belikat, lutut dan tumit tapak kaki. Senang migrain dan demam lepas bersalin. Juga, ibu kerap penat walaupun cukup rehat.
2# PENYAKIT BAHAGIAN SULIT
Seperti faraj berair (kerap terasa berair dan basah), keputihan, gatal-gatal, kentut faraj dan longgar. Akibatnya, ibu cepat letih dan mengganggu keyakinan diri.
3# HORMON DAN EMOSI YANG TIDAK SEIMBANG
Ibu cepat terasa dan sensitif. Tiba-tiba menjadi panas baran tanpa sebab terutama ketika nak datang bulan. Masalah hormon juga mengganggu proses penyusuan dan hubungan bersama suami.
Anak semakin membesar, kerap menyusu dan perlukan perhatian daripada ibu. Namun, ibu yang tidak berpantang akan sering letih dan penat menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan penyusuan (susu sedikit) kerana masalah hormon yang tidak stabil.
Pendek kata, ibu agak sukar menguruskan anak-anak, rumah tangga dan kerjaya sekiranya tidak berpantang dengan betul.
APAKAH KESAN JIKA IBU BERPANTANG DENGAN BETUL
Disini saya kongsikan kesan jika ibu berpantang dengan betul.
Jadi, berpantanglah dengan baik dan sempurna.



