Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Ketahui 3 Cara Buat Stok Susu Ibu Untuk Pengasuh

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu ialah

Assalamualaikum puan, saya baru melahirkan anak pertama..Boleh tak puan kongsi sikit macam mana nak buat susu EBM utk hantar anak ke pengasuh?

Okey, jadi kali ini saya akan berkongsi cara untuk buat stok susu ibu perahan untuk dihantar ke pengasuh.

Pada post yang lepas, saya sudah kongsikan tentang tempoh hayat susu ibu perahan.

Kali ni kita belajar pula bagaimana cara untuk buat stok susu ibu pula okey..

Ramai ibu tidak jelas bahawa kuantiti dan komposisi susu ibu sentiasa berubah mengikut keperluan bayi. Jadi, untuk pastikan bayi mendapat antibodi dan khasiat terbaik, anda perlulah membekalkan stok susu yang “fresh” dan juga “frozen” kepada bayi anda.

63489bb6f54d09537a4448a917e3db29

Takde lah semua stok susu yang beku je kan..Kesian bayi nanti. Campurkan juga stok susu yang beku dan yang fresh tu ye.

Bagaimana? Mari saya ajarkan..

Saya bahagikannya kepada 3 fasa, jom kita lihat apa dia?

1# FASA 1 – STOK SUSU BEKU (2 MINGGU SEBELUM MULA BEKERJA)

Tak kisah sama ada 1 bulan/ 2 minggu/ 1 minggu yang pasti ianya ialah tempoh masa sebelum ibu mula bekerja.

Dan, stok yang akan dibuat ialah STOK SUSU BEKU.

Bagaimana caranya?

1. Pam dahulu susu anda

expressing-breastmilk

2. Biarkan seketika dalam 10 minit pada suhu bilik, labelkan KUANTITI dan TARIKH di botol.

466457197

3. Simpankan susu dalam botol tertutup di peti ais bawah (bahagian Chiller).

4. Biarkan susu anda sejuk selama seharian (1 hari) di peti ais bawah

milkies-breast-milk-freezer-storage-system (1)4d370dc2173f18e7b282b2c030b5746b

5. Selepas susu sejuk sekurang-kurangnya 1 hari di peti ais bawah, pindahkan susu ke dalam storage liner dan bekukandi peti ais atas (freezer) dalam keadaan tersusun.

p/s : Susu ibu boleh dicampurkan pada suhu yang sama.

2# FASA 2 – STOK SUSU SEJUK ( CHILLED EBM) ( 2 HARI SEBELUM MULA BEKERJA )

tempoh susu ibu

Stok susu ibu yang sejuk, tetapi belum dibekukan dipanggil “chilled EBM”. Ia tahan selama 5 hari dan tidak perlu dibekukan.

Stok susu ini sangat bagus kerana, rasanya lebih enak dan lebih segar daripada susu yang telah dibekukan.

Malah, khasiatnya juga berbeza berbanding susu yang beku. Ini kerana, susu ibu setiap hari akan berubah kandungan dan komposisinya mengikut keperluan bayi.

Jadi, susu ibu yang di pam pada hari itu biasanya mengandungi khasiat yang memang bersesuaian dan diperlukan pada usia bayi ketika tempoh tersebut.

Oleh itu, penting untuk anda pastikan nanti stok susu yang ini juga akan dihantar kepada pengasuh.

SEDIAKAN STOK SUSU INI 2 HARI SEBELUM ANDA MULA BEKERJA.

Cara Sediakan Chilled EBM

1. Pam dahulu susu anda

2. Biarkan seketika dalam 10 minit pada suhu bilik, labelkan KUANTITI dan TARIKH di botol.

3. Simpankan susu dalam botol tertutup di peti ais bawah (bahagian Chiller).

466457197

Contoh :

Hari Sabtu : Pagi ( Hasil Pam 3 oz) Petang ( Hasil Pam 3 oz)

Hari Ahad : Pagi (Hasil Pam 2 oz)  Petang ( Hasil Pam 4 oz)

Jadi, berdasarkan contoh di atas, anda telah sediakan

4 BOTOL STOK SUSU SEJUK SEBANYAK 12 OZ YANG MANA TAHAN 5 HARI PENGGUNAAN !

Alhamdulillah!

( Ianya sekadar contoh untuk mudahkan pemahaman, jika anda kerap mengepam hasilnya akan lebih banyak )

3# FASA 3 -SEDIAKAN SUSU (MALAM SEBELUM ESOK MULA BEKERJA)

2

 

1. Cairkan susu beku sama ada dengan cara

  • bawak turun 1 pek susu beku ke peti ais bawah (chiller)
  • atau alirkan pek susu beku dengan aliran air paip biasa sehingga susu sepenuhnya mencair

2. Labelkan botol susu beku NOMBOR 1 DAN 2

( Tempoh susu beku yang dicairkan ialah 24 jam, ianya perlu dihabiskan penggunaan)

3. Labelkan susu yang sejuk (di bahagian chiller)  NOMBOR 3 DAN 4

(Tempoh hayat susu sejuk ialah 5 hari. Jika anda gunakan susu yang dipam 2 hari lepas, tempoh hayatnya tinggal lagi 3 hari)

4. Labelkan susu yang baru di pam pada pagi hari anda mula bekerja NOMBOR 5

(Tempoh hayat susu segar yang baru dipam pagi ini, 5 hari)

Jadi, SUSU YANG MASIH BARU, LETAKKAN NOMBOR YANG TERAKHIR.

SUSU YANG LAMA, LETAKKAN NOMBOR TERAWAL.

Ini kerana, susu yang “lama” perlu dihabiskan dan andai kata susu yang baru nanti, anak tidak habiskan @ tidak minum selepas anda ambil anak dengan pengasuh.

Maka, anda boleh simpan susu itu dan gunakan untuk keesokan harinya/ hari seterusnya!

p/s : Bilangan botol dan stok susu di atas sekadar contoh, kerana stok susu bergantung kepada pekerjaan ibu dan tempoh masa ibu bekerja.

Jadi, tidaklah berlaku pembaziran!

TIPS BONUS : DI MANA SAYA NAK DAPATKAN RAK UNTUK BOLEH LETAK SIMPANAN SUSU SIMPANAN JENIS BEKU?

JAWAPAN :

Saya pun tak tahu ia dijual di mana sebab tak pernah beli dan tak pernah tengok ia dijual di mana-mana kedai bayi.

Cuma, saya buat sendiri pakai paper bag. Jadi, anda boleh cari paper bag yang ruang lebarnya muat dengan saiz plastik liner.

Boleh refer imej di bawah ini.

Sewaktu zaman anak saya, Nuha kecil lagi. Saya hanya gunakan plastik terpakai sahaja seperti gambar di bawah. Selamat mencuba!

Okey.

Selamat beramal!

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Screen Shot 2016-07-29 at 10.16.48 PM

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.