Ketahui 3 Cara Merawat Masalah Puting Luka Ibu Menyusu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah

Assalam, kak Siti Aisyah. Saya nak tanya.
Camne nak cepat baik kalau tepi puting susu luka ye. Anak saya sudah 10 bulan dan sudah ada gigi.huhu. Sebab try guna pam susu, lagi teruk lukanye.
Saya dah sapu nursing butter, tapi macam lambat baiknya. Ada cara lain ke kak. Sudah  3 tempat luka keliling puting susu saya tu.

Masalah puting luka, pedih, melecet dan berdarah ketika menyusu sebenarnya ialah masalah biasa yang kerap dialami oleh para ibu ketika menyusu.

Bagi ibu baru, yang masih “mentah” dengan ilmu penyusuan, pasti akan rasa takut dengan kata-kata orang sekeliling apabila ada yang berkata,

Menyusu ini sakit.

Nanti anak sudah besar dan ada gigi, habislah nanti dia gigit. Memang sakit ketika menyusu!

Hal ini, tentunya membuat para ibu yang nekad mahu menyusukan anak sehingga 2 tahun terasa gusar.

Nasihat saya, anda boleh mendengar sahaja kata-kata negatif ini tetapi jangan simpan dalam hati, kerana ia akan menjadi tembok penghalang yang besar untuk anda berjaya menyusu jika anda jenis yang bulat-bulat percayakan cakap orang sekeliling.

Saya juga, biasa dikata dengan kata-kata ini, awalnya saya risau juga kerana takut anak gigit ketika menyusu dan terbayang menyusu itu sakit dan sebagainya.

Tetapi, saya percaya. Setiap masalah ada penyelesaiannya dan Allah juga Maha Penyayang pada hambaNya.

Apa yang saya buat? Saya terus mula cari ilmu dan buat research mengkaji apakah punca puting luka dan sakit, benarkah menyusu ini menyakitkan, kenapa anak mahu cenderung menggigit puting ibu.

Pendek kata, saya mengkaji segala langkah pencegahan untuk memastikan puting tidak luka dan sakit ketika menyusu.

Tetapi, andai kata puting luka dan sakit juga. Apa pula rawatan berkesan yang terbaik untuk itu. Semuanya saya cari demi menjayakan penyusuan ini dan kali ini saya ingin kongsikan kepada anda, apakah punca sebenar yang membuatkan puting ibu sakit luka ketika menyusu dan juga rawatan terbaik untuk puting susu yang luka.

Perlu difahami, situasi puting luka dan sakit ini berlaku pada 2 fasa anak iaitu

#1 BAYI BARU LAHIR YANG BELUM TUMBUH GIGI

Walaupun bayi itu baru lahir, puting akan mudah luka dan sakit jika lekapan penyusuan ibu tidak betul. Biasanya ketika ini, skill menyusu bayi belum establish dan bayi sedang belajar menyusu.

#2 BAYI YANG SUDAH TUMBUH GIGI DAN MENGGIGIT KETIKA MENYUSU

Bagi anak yang sudah ada gigi, biasanya anak akan menggigit ketika menyusu kerana mahukan perhatian.

Biasanya, anak yang sudah tumbuh gigi akan cenderung menggigit puting ibu jika ibunya tidak memberi perhatian kepadanya ketika menyusu dan melayan perkara lain seperti melihat tv, handphone, ipad atau facebook.

Jadi, untuk mengelakkan anak yang sudah besar menggigit puting anda. Pastikan anda gunakan sepenuhnya masa menyusu dengan memberi perhatian kepada anak anda. Boleh mengajarnya flashcard atau membaca surah Al-Quran ketika anak menyusu sambil melihat dan melayan dia menyusu.

KETAHUI 3 PUNCA PUTING SAKIT DAN LUKA

#1 LEKAPAN PENYUSUAN TIDAK BETUL

Punca : Apabila lekapan bayi ketika menyusu salah, membuatkan anda merasa sakit ketika menyusu dan lama-kelamaan puting akan menjadi luka. Biasanya, masalah ini kerap berlaku kepada ibu yang

1. Masalah Puting : Puting Tenggelam, Rata atau Terlalu Besar.

Biasanya, punca lekapan penyusuan tidak betul adalah kerana saiz puting ibu. Saiz puting payudara setiap ibu adalah berbeza. Jika ibu mempunyai masalah puting tenggelam, puting yang leper dan rata, puting yang terlalu besar dan lonjong. Ia membuatkan bayi sukar melekap dengan betul untuk menghisap susu.

Asas untuk anda tahu atau kenal pasti, adakah lekapan penyusuan anda betul atau tidak ialah:

Tanya soalan ini kepada anda,

Adakah saya merasa sakit ketika menyusu?

Jika jawapannya ya, maknanya memang anda bermasalah dari segi lekapan penyusuan.

Disini saya kongsikan mesej ibu yang merasa pedih dan sakit ketika menyusu, dan bila diselidik ianya kerana masalah lekapan penyusuan yang salah.

1910607_463074993885241_4969334621730237030_n

Akibatnya, anda akan merasa sakit ketika menyusu dan jika dibiarkan, ia menyebabkan puting anda akan luka.

Penyelesaian : Anda perlu belajar teknik lekapan penyusuan yang betul di link >>

http://www.nuhababy.com/4-teknik-lekapan-penyusuan/

LEKAPAN

2. Lidah bayi pendek atau dipanggil Tongue-Tie.

Punca : Ianya adalah masalah yang normal juga berlaku dimana, lidah bayi pendek dan tidak boleh menjulur keluar. Akibatnya, walaupun bayi kelihatan menghisap susu namun bayi tidak mendapat susu yang secukupnya dan ada ibu yang merasa sakit ketika menyusu.

13288218_1109351409085580_1693437388_o

Penyelesaian : Anda perlu merujuk kepada Doktor Pakar Paediatrik untuk membetulkan masalah lidah anak anda itu.

#2 PAM DENGAN KERAP DAN LAMA

Punca : Sesetengah ibu, ada yang bayi sejak lahir terpaksa diberi puting botol atas masalah-masalah tertentu. Akibatnya, bayi lebih suka menyusu di botol berbanding menyusu secara terus dengan ibu.

Jadi, ibu ini terpaksa mengepam dengan kerap sehingga 8 kali sehari. Ada ibu yang mengepam dengan kerap dan lama sehingga lebih 1 jam lamanya. Jika anda pam lebih 1 jam dengan kerap, puting dan tisu disekitar payudara anda akan luka dan sakit.

Penyelesaian : Elakkan daripada pam dengan kerap. Paling lama sesi mengepam yang disarankan ialah 20 minit sahaja.

Malah, seeloknya anda perlu dapatkan breastpump yang mempunyai 2 mode iaitu mode urutan (stimulation) dan pengeluaran (express). Anda perlu banyakkan guna mode urutan berselang seli dengan mode pengeluaran supaya puting anda tidak luka jika anda terpaksa mengepam lama.

#3 CARA KELUARKAN PUTING SELEPAS BAYI MENYUSU

Punca : Ramai ibu tidak tahu cara yang betul untuk mengeluarkan puting dengan baik selepas bayi menyusu. Rata-rata ibu yang berjumpa saya, mengeluh kerana setiap kali bayi habis menyusu dan tertidur, bila ibu mahu lepaskan puting dari mulut bayi lepas menyusu, pasti sakit katanya ketika menarik puting.

Apabila saya bertanya,

Bagaimana cara puan lepaskan puting puan daripada mulut anak puan?

Jawapan ibu :

Saya tarik macam itu saja. Ianya sakit kerana mulut bayi sudah tertutup.

Penyelesaian : Teknik yang betul untuk mengeluarkan puting anda selepas bayi menyusu ialah, anda perlu gunakan jari kelingking anda. Masukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi (di bahagian tepi mulut) dan automatik anda akan lihat bayi membuka mulut perlahan dan terus keluarkan puting.

Jangan sesekali menarik puting anda ketika mulut bayi dalam keadaan tertutup.

Okay, sekarang mari kita lihat apa pula penyelesaian jika puting ibu sakit dan luka ketika menyusu

3 RAWATAN JIKA PUTING IBU SAKIT DAN LUKA KETIKA MENYUSU

#1 SAPUKAN SUSU IBU DAN KERINGKAN

sutra-lukis-tangan2

Anda boleh picit dan keluarkan susu anda, kemudian sapukan disekeliling luka dan kipaskan sehingga kering.

Buat setiap kali selepas menyusu.

#2 SAPUKAN NIPPLE CREAM

medela-7612367002585-1-800x800

Di pasaran, terdapat banyak krim untuk puting yang luka. Antara krim kegemaran saya ketika saya mengalami masalah ini ialah, Medela Nipple Cream.

Anda boleh pilih sahaja mana-mana nipple cream yang sesuai dengan anda.

#3 PATI MINYAK HABBATUS SAUDA

3

Ini ialah penyelesaian yang paling mujarab dan sangat berkesan untuk saya. Ketika anak saya, Nuha berusia 1 tahun ke atas. Pernah dia tergigit puting saya ketika dia tidur, sambil menyusu. Akibatnya, luka di puting agak teruk sehingga berdarah.

Saya boleh lihat isi terkeluar dan seperti dipotong, malah darah mengalir keluar. Waktu ini, Medela Nipple Cream sama sekali tidak berkesan lagi kerana krim ini lebih kepada sembuh luka luaran sahaja.

Saya sapukan minyak Habbatus Sauda selama 2 hari. Alhamdulillah selepas 2 hari, luka sembuh luar dan dalam serta isi sudah bercantum semula.

Akhir kata, semoga ianya membantu anda yang mengalami masalah puting luka.

Semoga kita berjumpa lagi di post yang lain!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.