Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Ketahui 3 Tips Naikkan Berat Badan Bayi Dengan Susu Ibu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara masalah ibu yang ditanyakan kepada saya

Ada tak masalah kalau baby fully breastfeed tapi berat dia ringan je. Anak saya ni dah 5 bulan, berat 6 kg je. Waktu lahir dulu 3.4 kg.
Waktu saya tinggalkan dengan pengasuh, dia minum susu dalam 15 oz dari pukul 9 pagi hingga 8 malam.

Setelah berbual, saya juga dapat maklumat bahawa bayi ini beratnya naik dalam 600 gram sahaja sebulan, tak naik banyak berat.

Juga tak kuat menyusu pada waktu malam dan bila dalam kereta (sebab duduk di car seat).

Masalah ibu ini ialah bagaimana mahu naikkan berat bayi? Adakah susunya cair dan kurang berlemak?

Sebenarnya, ada cara untuk menyelesaikan masalah ini, memandangkan ibu ini bekerja dan perlu mengepam susu.

Jadi, FOKUS post kali ini ialah saya akan kongsikan teknik apa yang anda perlu buat untuk pastikan susu anda tinggi kandungan lemak supaya dapat naikkan berat badan bayi!

Bagaimana caranya?

Sebelum tu, mari kita fahami dulu komposisi susu ibu.

Di dalam susu ibu, terdapat 2 komposisi iaitu susu awal (foremilk) dan juga susu akhir(hindmilk).

The-Anatomy-of-Breastmilk

 

APA ITU SUSU AWAL DAN SUSU AKHIR?

SUSU AWAL  ialah susu yang berada di “depan” kilang susu ibu (dalam payudara). Bila penyusuan berlaku, susu awal akan keluar dahulu. Dalam bahasa penyusuan, susu awal ini dipanggil FOREMILK. 

SUSU AWAL 

  • Lebih cair
  • Tinggi kandungan air
  • Warna mungkin kehijauan atau kebiruan (bergantung pada ibu)
  • Mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin

Susu awal penting untuk perkembangan otak bayi dan tenaganya, serta menghilangkan haus bayi ! (sebab itu bayi menyusu tidak perlukan air masak ye)

images

SUSU AKHIR

ialah susu yang berada di “belakang” kilang susu. Dalam bahasa penyusuan, ianya dipanggil HINDMILK.

Ianya lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi.

Kedua-kedua susu ini sangatlah penting untuk bayi dapatkannya secara seimbang.

images (1)

Jadi, apa yang anda boleh buat untuk banyakkan susu akhir (hindmilk) ialah

1# STRATEGI ASINGKAN SUSU FOREMILK DAN HINDMILK KETIKA MENGEPAM

Sekiranya anda menggunakan single pam, sediakan 2 botol susu. Labelkan BOTOL A dan BOTOL B.

Contoh, katalah anda pam di sebelah kanan guna BOTOL A. Anda akan lihat susu yang mula keluar kelihatan cair..teruskan pam sehingga susu mula kelihatan pekat. Stop.

Ambil pula BOTOL B, sambung pam susu sehinggalah breast anda benar-benar kosong. Anda akan lihat susu di BOTOL B lebih pekat.

Sekarang, pam pula di sebelah kiri, ulangi cara yang sama. Guna BOTOL A untuk mulakan pam, keluarkan susu yang kelihatan cair. Stop, bila susu nampak pekat. Gantikan dengan BOTOL B dan sambung mengepam.

Jadi, hasil pam susu di BOTOL A ialah susu foremilk, manakala hasil pam susu di BOTOL B ialah hindmilk.

Jadi, jika anda nak FOKUS NAIKKAN BERAT ANAK, bekalkan anak dengan banyakkan stok susu HINDMILK ini dahulu buat sementara waktu kerana ianya tinggi kandungan lemak.

Nanti bila berat anak dah naik, baru campurkan susu hindmilk dan foremilk supaya seimbang kuantitinya okey.

2# PASTIKAN SUSU DIKELUARKAN SETIAP 2 JAM PADA WAKTU MALAM

Untuk pengetahuan anda, susu ibu pada waktu malam lebih pekat, lebih tinggi kandungan lemaknya dan lebih banyak hindmilk.

Ini kerana, malam cuacanya sejuk. Susu ibu pula berubah-ubah mengikut cuaca, jika sejuk, susu akan lebih pekat.

Manakala, waktu siang pula panas, jadi susu ibu akan lebih cair dan tinggi kandungan foremilknya.

Oleh itu, anda perlu set jam loceng untuk bangun setiap 2 jam sekali pada waktu malam, kejutkan anak untuk bangun menyusu.

Jika anak anda tak bangun, anda kena BANGUN UNTUK PAM SUSU.

Nanti, stok susu inilah yang anda perlu bekalkan kepada pengasuh. Ingat, susu ibu pada waktu malam TINGGI HINDMILK dan lebih pekat kerana tinggi kandungan LEMAK.

Fokus buat teknik ini jika anda benar-benar mahu naikkan berat anak.

3# PAM SUSU IKUT JADUAL

Anda perlu disiplin untuk pastikan bayi menyusu/ susu dipam setiap 2/3 jam sekali. Pastikan breast anda benar-benar kosong setiap kali lepas menyusu @ mengepam.

ELAKKAN BIAR BREAST BENGKAK!

Ramai beranggapan, bila breast bengkak, susu akan banyak.

Memang, kalau anda pam, anda boleh dapat banyak. Tapi cair..

Susu akan BANYAK TAPI CAIR, jika anda biar breast penuh/bengkak baru nak menyusu/mengepam. Jadi pam pun ade cara yang betul dan ikut jadual ye.

Susu cair sebab banyak foremilk.

Jadi, jika dirumah anda perlu pastikan bayi kerap menyusu.

Jika anda di tempat kerja pula pastikan sentiasa mengepam susu ikut jadual pam anda.

Jika breast anda sentiasa dirangsang, dipam, anda akan dapati susu anda CUKUP TAPI PEKAT! Ia pekat kerana mengandungi lemak yang betul-betul diperlukan untuk naikkan berat badan bayi.

So point utamanya ialah..

PASTIKAN PAYUDARA ANDA BENAR-BENAR DIKOSONGKAN SETIAP 2/3 JAM

Sebab bila susu kerap dikeluarkan, payudara anda kerap dikosongkan, barulah susu yang terhasil lebih pekat dan lebih tinggi lemak untuk naikkan berat bayi.

CUKUP, PEKAT DAN BERKUALITI SUSU YANG ANDA HASILKAN!

Okey takat ini sahaja, semoga bermanfaat ye!

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.