Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Ketahui 5 Kesalahan Dalam Pengendalian Susu Ibu Perahan

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

1# PERUBAHAN SUSU YANG MENDADAK

KESALAHAN :

  • Selepas pam susu, terus bekukan.
  • Bawa turun susu yang beku dari frozen, dan terus panaskan
  • Panaskan susu dengan air mendidih

KESAN/RISIKO :

Susu ibu akan hilang dan musnah segala khasiatnya jika dipanaskan dengan air mendidih serta jika berlaku perubahan suhu yang mendadak.

SEPATUTNYA :

  • Selepas pam susu, biarkan susu pada suhu bilik, kemudian sejukkan dahulu di peti ais bawah dan baru bekukan.
  • Untuk panaskan susu, bawa turun dulu susu beku dan biarkan ia mencair di peti ais bawah/aliran air paip biasa. Setelah sepenuhnya mencair, baru panaskan dengan air yang suam-suam kuku sahaja.

tempoh susu ibu

2# JANGAN GONCANG SUSU IBU

KESALAHAN : Setelah panaskan susu, anda goncang susu ibu tersebut.

KESAN/RISIKO : Susu ibu akan rosak. Bila susu ibu digoncang, ia akan memusnahkan molekul susu ibu dan “patahkan” molekul protein dalam susu ibu.

Protein dalam susu ibu penting untuk “memelihara” kesihatan usus dan perut bayi.

SEPATUTNYA : Hanya alirkan perlahan susu dan terbalikkan botol ke atas kemudian ke bawah sehingga susu ibu sebati (bercampur)

APA NAK BUAT KALAU TAK BOLEH GONCANG SUSU TAPI LEMAK-LEMAK SUSU MELEKAT KAT BOTOL?

(WAKTU NAK PINDAHKAN SUSU DARI CHILLER KE FROZEN)

Anda boleh baca link ini

KLIK SINI KALAU LEMAK SUSU MELEKAT KAT SEKELILING BOTOL

3# BUANG SUSU YANG TELAH ROSAK

KESALAHAN : Bayi diberi susu yang lebih 1 jam setelah dipanaskan, dan simpan baki susu yang tidak habis.

KESAN/RISIKO : Bayi berisiko sakit dan kembung perut akibat minum susu ibu yang telah rosak. Susu ibu mengandungi sel hidup dan cepat rosak kerana ia sangat sensitif dengan pembiakan bakteria di dalam udara sekeliling.

SEPATUTNYA :

  • susu yang sudah sampai tarikh “expired”
  • susu yang sudah dipanaskan lebih dari 1 jam
  • susu yang lebih 4 jam pada suhu bilik

Perlu dibuang dan tidak perlu disimpan. Tiada istilah “sayangnya kena buang..” dalam susu ibu ini. Ia lebih baik elakkan risiko daripada bayi nanti sakit.

Kalau masih sayang nak buang, anda boleh gunakan ia untuk siram pokok bunga atau jadikannya sabun mandian untuk bayi anda.

4# SUSU IBU HANYA BOLEH DICAMPURKAN PADA SUHU YANG SAMA

KESALAHAN :

Anda pam susu pada waktu pagi, kemudian simpan di peti ais.

Ketika tengah hari, anda pam susu dan kemudian, mencampurkan susu yang baru di pam kedalam bekas yang pam pagi tadi.

RISIKO : Susu mudah rosak dan khasiatnya hilang kerana perubahan suhu yang mendadak. Kandungan susu ibu juga berbeza setiap masa dan setiap hari.

SEPATUTNYA : Susu yang dipam pada hari yang sama, tetapi masa yang berbeza boleh dicampurkan. Syaratnya, SUHU PERLULAH SAMA.

JIKA ANDA GUNAKAN SINGLE PAM, SEJUKKAN DULU SUSU DALAM BOTOL PAM SESI 1. BILA PAM SESI KE-2, SEJUKKAN PULA BOTOL KE-2. BIASANYA LEPAS 3 JAM, KEDUA BOTOL SUDAH SEJUK.

KETIKA KEDUA-DUA SUSU ADALAH SEJUK (SAMA SUHU iaitu SEJUK PETI AIS), JADI BOLEH CAMPURKAN.

atau

JIKA ANDA GUNAKAN DOUBLE PAM, ANDA BOLEH CAMPURKAN KEDUA-DUA SUSU DALAM 1 BOTOL SELEPAS PAM..baru sejukkan dalam peti ais.

(SAMA SUHU iaitu PADA SUHU BILIK)

5# KEDUDUKAN SUSU IBU PERLU DALAM PETI AIS, DAN TIDAK BERCAMPUR.

KESALAHAN : Susu ibu disimpan di bahagian rak tepi pintu dalam peti ais. Malah, diletakkan bersebelahan dengan bahan basah seperti ayam, ikan, udang atau lauk pauk lain (lauk semalam seperti sambal) yang TIDAK TERTUTUP.

RISIKO : Pintu peti ais kerap dibuka, dan suhu pintu peti ais adalah tidak stabil. Jadi, susu ibu cepat rosak kerana tidak tahan lama.

Bau bahan basah seperti ayam, ikan, udang dan lauk-pauk semalam akan meresap molekulnya kedalam susu ibu, akibatnya susu menjadi tidak sedap dan berbau yang tidak enak seperti hanyir dan busuk.

SEPATUTNYA :

Susu ibu perlu disimpan di bahagian dalam peti ais. Sebolehnya, khaskan 1 rak peti ais hanya untuk letakkan susu ibu sahaja. Contohnya di bahagian chiller. Suhu peti ais di kawasan ini lebih stabil dan susu akan lebih tahan lama.

Bahan basah seperti ayam,ikan dan udang di bahagian frozen, perlu disimpan dalam tupperware bertutup yang kedap bau. Ini supaya bau bahan mentah tidak menyerap ke dalam susu ibu yang disimpan.

Di bahagian bawah peti ais pula, lauk-pauk yang berbau perlulah ditutup sama ada dengan plastik makanan atau dismpan dalam bekas tertutup. Ia penting untuk memastikan kesegaran rasa fresh susu ibu yang disimpan itu berkekalan bau dan rasanya.

Jika tidak…

Anda berisiko untuk masalah bayi tidak mahu minum susu yang anda perah dan simpan. Dan lagi suka menyusu terus..

Susah nanti kalau naik kerja, bayi tak suka rasa susu yang anda perah tu..

Jadi, patuhi rules di atas untuk pastikan rasa segar susu ibu berkekalan.

Yelah, sape suka minum susu yang tak sedap kan? Semua orang suka rasa susu yang enak lagi fresh.

Apatah lagi bayi kecil yang memang takde pilihan lain makanan dan minumannya iaitu hanya susu ibu je pilihan yang ada.

Jadi, penting untuk anda jaga kesegaran dan keenakkan susu ibu anda supaya bayi suka untuk nikmatinya walaupun ia sudah diperah keluar dan disejukkan!

Okeylah, semoga bermanfaat!

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Screen Shot 2016-07-29 at 10.16.48 PM

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.