Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Ketahui 6 Perancangan Asas Memberhentikan Anak Menyusu Badan

April 21, 2016 by Blog, Penyusuan, Weaning Off No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Apakah perancangan asas yang anda perlu tahu untuk memberhentikan anak menyusu badan, ketika umurnya sudah mencecah 2 tahun?

Disini saya ingin kongsikan tips yang saya dapat daripada Prof Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose.

11403505_915507815162518_8575946892744407683_n

Memetik kata-kata Ibu Rose,

” Anak-anak kecil bila mereka menyusu terutamanya menyusu badan, ia bukan sekadar makan. Ia memberikan kepada mereka mereka rasa dikasihi dan dilindungi. ”

” Oleh itu, bila mahu berhenti menyusukan si kecil, anda mesti membuat perancangan. Jangan masuk perangkap seperti ramai ibu yang tidak membuat perancangan, sedar-sedar anaknya sudah 2 tahun. ”

” Kemudian barulah kelam-kabut untuk menghentikan anak menyusu badan atau botol. ”

PASTIKAN ADA PERANCANGAN SUPAYA TIDAK MASUK PERANGKAP KELAM KABUT!

Apa dia 6 Tips Asas yang dikongsikan oleh Ibu Rose?

6 TIPS ASAS MEMBERHENTIKAN ANAK MENYUSU BADAN

Ini ialah tips yang saya belajar daripada Ibu Rose iaitu

#1 RANCANG

Rancang bagaimana anda akan mengurangkan jumlah anak itu menyusu

#2 PROGRAMKAN DALAM MINDA

Programkan ke dalam minda anak, bila dia sambut birthday kedua contohnya. Dia akan berhenti menyusu. Sering katakan perkara ini BERSAMA mengurangkan jumlah anak itu menyusu badan.

#3 TUKAR RUTIN

Jika dulu anda menyusukan anak sambil baring dan membawa ke tidur, sekarang ini mulakan menyusu sambil duduk di ruang tamu dan elakkan sampai anak itu tertidur. Untuk dia biasa menyusu itu hanya sekadar dia mahu berasa dekat dengan ibunya dan bukan untuk menghilangkan lapar.

Lakukan perubahan ini perlahan-lahan dengan mencadangkan perubahan itu kepada anak dengan lembut dan tegas.

#4 GANTIKAN SATU CARA BARU YANG LAIN UNTUK DIA RASA DIKASIHI

Dapatkan satu cara baru yang membolehkan anak berasa dia dilindungi dan dikasihi. Contohnya, anda akan peluk dia sehingga 3 minit lamanya, atau baca buku dan peluk dia. Apa sahaja aktiviti yang boleh anda lakukan dengan mudah tetapi sangat mesra, rapat dengan anak itu.

Anda perlu faham, sebelum ini anak anda dirasa dikasihi dan dilindungi melalui menyusu, jadi cari option lain yang boleh gantikan cara itu, sebelum mula berhenti menyusu.

Seperti saya, saya akan memeluk Nuha atau tetapkan satu masa khas untuk bermain dengannya seperti berbasikal di luar rumah.

#5 AMBIL MASA

Faham bahawa anak itu perlu ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. SELL THE IDEA yang sekarang ini dia sudah besar dan nampakkan kelebihan menjadi budak yang lebih besar. SELL, SELL dan SELL tanpa marah!

#6 KITA SEBAGAI IBU BAPA PERLU YAKIN

Kita sebagai ibu bapa perlu yakin anak kita boleh berhenti menyusu badan dengan mudah!

Ini adalah 6 tips asas yang saya sendiri gunakan untuk memberhentikan penyusuan anak saya ketika umurnya 2 tahun. Boleh baca pengalaman saya mengaplikasikan tips ini di link

http://www.nuhababy.com/4-teknik-simple-untuk-bercerai-susu/

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.