Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Ketahui 7 Jenis Makanan Yang Dilarang Ketika Berpantang

November 11, 2015 by Berpantang, Blog No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini, saya ingin berkongsi 7 jenis kategori makanan yang dilarang buat ibu berpantang.

Ramai ibu selalu tertanya-tanya,

Apakah makanan dan minuman yang dilarang dan tidak boleh dimakan oleh ibu berpantang ini ye?

Jadi, di sini saya nak senaraikan jenis-jenis makanan tersebut.

APA RASIONAL BERPANTANG MAKANAN INI?

Okey, apa rasionalnya nak pantang makanan ini ye?

Ini kerana, makanan-makanan ini bersifat tajam dan berbisa. Malah, buah-buahan yang berasa masam dan sayur yang menjalar pula selalunya bersifat angin.

Kekacang pula, boleh mendatangkan tindak balas seperti alahan dan kegatalan di kawasan jahitan.

Benda-benda yang diperam seperti pekasam dan ikan kering pula, akan menyebabkan darah nifas tidak lancar keluarnya dan akan berbau hanyir serta punca keputihan.

KESANNYA KEPADA KESIHATAN IBU?

Ibu yang melanggar pantang makanan, kesannya kita dapat lihat sangat berbeza berbanding ibu yang menjaga pantang.

Ibu yang menjaga pantang, mempunyai stamina yang kuat dan cergas uruskan urusan rumahtangga, anak-anak dan kerjaya.

Stamina mereka kuat, dan susah mendapat sakit urat dan sendi kerana dalaman mereka sihat kesan dari pemakanan herba dan sajian harian yang sangat menyihatkan.

Manakala, ibu yang melanggar pantang pula sering kelihatan sentiasa penat, senang rasa mengantuk, dan rasa letih itu membuatkan mereka cepat marah dan moody.

Mereka juga senang mendapat sakit sendi dan sakit urat, badan mudah masuk angin, ketumbuhan jerawat dan senang gemuk serta berisiko untuk fibriod kerana rahim mereka tidak bersih daripada darah kotor, dan ketidakseimbangan hormon.

Seorang ibu itu benar-benar sihat itu mengambil masa selama 6 bulan selepas bersalin. Ini kerana, 6 bulan pertama selepas bersalin, sistem hormon ibu masih tidak stabil.

Jadi, berpantanglah dengan tekun ye supaya hormon kembali seimbang dan barulah badan benar-benar sihat.

Okey, mari kita lihat apakah makanan-makanan yang perlu dielakkan oleh ibu berpantang! Jom..

1#BUAH-BUAHAN YANG SEJUK DAN BERANGIN

1 2

Nenas, jambu air, pear, duku, langsat, dokong, mangga, pisang (terutama pisang embun), nangka, cempedak, petai, tebu, jagung, rambutan, tembikai, durian, sengkuang, manggis, isi kelapa, ubi kayu, ubi keledek, ubi bit dan buah berangan.

Pendek kata, buah-buahan tempatan lah ya.

2# SAYUR- SAYURAN YANG SEJUK DAN BERANGIN

3 4

Labu, timun, terung, cili (sebarang cili), bayam, kubis, kangkung, keladi, pucuk ubi, pucuk paku pakis, rebung, kacang botol/kacang kelisa.

3# KEKACANG YANG SEJUK DAN BERANGIN

5

Kacang soya (tempe, tauhu, taufufah), barli, kacang kuda (dhal), kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan taugeh.

4# DAGING DAN AYAM

6

Ayam suntik, telur, organ dalaman dan daging lembu (kecuali hiris nipis dan bakar kering).

5# IKAN DAN MAKANAN LAUT

7

Ikan tongkol/kayu, pari, sotong, udang, kembung, sardin, cencaru, pekasam, ikan masin dan tamban.

Ikan masin bukan sahaja kurang berkhasiat buat ibu berpantang, ia juga boleh melemahkan urat saraf, punca keputihan dan menyebabkan darah nifas berbau hanyir.

Manakala, ikan yang bisa dan boleh menyebabkan ibu turun darah dan bentan dipintu rahim ialah parang, sembilang, pari, duri, terubuk, bawal hitam dan keli.

Udang, sotong, kerang dan ketam juga boleh menyebabkan alahan dan kegatalan kulit terutama di kawasan jahitan.

6# MINUMAN

8

Air yang sejuk, berais, berkarbonat (gas) dan kafein yang tinggi.

7# LAIN-LAIN MAKANAN

9

Laksa, mee kuning, keju, budu, jeruk dan nasi dingin.

Okey setakat ini dulu perkongsian saya.

Semoga bermanfaat dan selamat bersiar-siar di blog NuhaBaby!

hamil1

Adakah anda akan berpantang sendiri tak lama lagi?

Adakah anda ibu yang bersalin ceaser tapi lepas pantang badan lesu dan tempat ceaser masih sakit?

Selalu beli banyak Set Pantang sebelum ini tapi membazir sebab tak habis pakai & tak tahu guna?

Tercari-cari Set Pantang yang cepat, ready made dan habis guna?

(KLIK GAMBAR DI BAWAH)

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.