Ketahui 7 Sebab Kenapa Darah Nifas Keluar Lebih 60 Hari

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Ada sesetengah ibu yang mengalami masalah darah nifas keluar lebih daripada 60 hari. Jika yang sepatutnya, darah nifas mengikut mazhab Syafiiei akan keluar sehingga 60 hari sahaja.

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of 3 fakta anda perlu tahu tentang demam kuning! (6)

Jika keluar nifas lebih daripada 60 hari, ini bermakna darah selepas itu dipanggil darah istihadah (darah penyakit). Bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Apakah faktor penyebab hal ini berlaku?

Disini saya ingin kongsikan apa yang saya belajar daripada Puan Siti Aishah, Juru Urut Bertauliah dalam Urutan Perbidanan dan Rawatan Berpantang Melayu Lama.

Berikut ialah apa yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah tentang punca yang membuatkan darah nifas ibu keluar lebih daripada 60 hari.

1# RAHIM MASIH KEMBANG DAN BENGKAK

Ini kerana ibu tidak konsisten dengan amalan jamu dan herba.

2# TERLALU AKTIF BERGERAK

Sesetengah ibu ada yang terasa badan seperti kuat ketika berpantang dan tidak duduk diam. Sebetulnya, ibu ketika berpantang tidak boleh terlalu aktif berjalan dan berdiri melakukan kerja-kerja rumah. Ibu perlu banyak berehat.

3# TIDAK MELAKUKAN TUAMAN (BERTUNGKU RINGAN) PADA RAHIM

14

Bagi ibu yang bersalin ceaser, ibu perlu melakukan tuaman di perut, atas perut, pangkal peha dan celah peha. Kemudian, duduk bertenggek di atas batu tungku herba sehingga tungku sejuk.

4# AMALKAN PEMAKANAN HERBA DENGAN SUKATAN YANG BETUL

Mengambil herba dalam kuantiti yang berlebihan juga akan membawa mudharat. Jadi, amalkan pengambilan herba mengikut sukatan yang betul.

5# MASALAH HORMON TAK SEIMBANG SEBELUM HAMIL

Masalah ini biasa berlaku pada penghidap cyst. Jadi, ia perlukan masa untuk hormon kembali seimbang.

6# LUKA PADA PINTU RAHIM MASIH BELUM SEMBUH SEPENUHNYA.

Ia berlaku apabila ibu terlalu banyak bergerak ketika pantang atau luka jahitan tidak rapi. Jadi, amat penting untuk ibu tidak banyak bergerak dan amalkan pengambilan vitamin C serta herba yang sesuai untuk membantu proses penyembuhan luka.

7# TIDAK BERTANGAS PADA HARI KE-30 BERPANTANG

5

Rawatan bertangas perlu dilakukan pada hari ke-30 berpantang sebagai rawatan untuk mengecutkan rahim supaya kembali ke bentuk asal.

Bertangas perlu dilakukan pada hari ke-30 dimana ketika itu darah nifas sudah tinggal sedikit sahaja.

9

Ia tidak boleh dibuat ketika hari-hari awal berpantang kerana ketika ini darah nifas sedang banyak mengalir keluar, dan rahim tidak akan sihat apabila darah nifas tidak habis keluar dan dipaksa “mengecut” sebelum tiba masanya.

Jadi, mulakan bertangas pada hari ke-30 okay.

(Rawatan bertangas hanya fokuskan wapkan pada bahagian faraj sahaja, bukan seluruh badan. Jika anda wapkan keseluruhan badan, ia dipanggil sebagai sauna)

Komen ibu yang menggunakan Tungku Batu Herba dan Tangas Herba.

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.

Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.

Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby

Latest posts by NuhaBaby (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.