Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Ketahui Beza Antara Asas Dan Teknik Penyusuan

July 5, 2017 by Blog, Breast Clinic No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan yang pernah ditanya kepada saya ialah,

“Puan, saya ada terbaca tentang power pumping dalam blog penyusuan susu ibu yang lain.

Tetapi, puan pula tidak sebut pun untuk buat power pumping dalam cara efektif mengepam.

Boleh saya tahu apa pendapat puan tentang power pumping?”

PS : Untuk makluman, ibu yang bertanya ialah salah seorang pelanggan ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi! dan masalah ibu ini ialah bayinya tidak mendapat cukup susu kerana masalah puting pendek, lekapan bayi yang kurang baik ketika menyusu. Akibatnya, ibu ini juga bermasalah susu kurang.

(Bayi usia 22 hari masih menyusu dan dicampur susu formula)

Jawapan saya :

Begini puan, di dalam ebook penyusuan saya itu. Saya menyampaikan ilmu berkaitan asas penyusuan.

Manakala, power pumping pula ialah salah satu teknik untuk banyakkan susu sahaja.

Ia memang teknik yang betul untuk banyakkan susu tapi ia mungkin tak sesuai untuk semua orang kerana lain ibu lain masalah penyusuannya.

Teknik Power Pumping biasanya sesuai untuk

1# Ibu yang tiada masalah puting pendek @ tenggelam, bayi juga tiada masalah keliru puting dan bayi sudah cekap menyusu di payudara ibu (sudah establish skill penyusuan yang betul)

2# Sesuai untuk ibu menyusu yang bekerjaya atau mahu kumpul stok susu yang lebih daripada biasa. Biasanya susu dah cukup untuk bayi cuma kita mahu banyakkan lagi susu.

3# Sesuai untuk ibu yang sibuk dan dalam masa yang sama nak banyakkan susu (perlukan pam dengan kadar yang kerap dalam tempoh yang lama sambil buat kerja lain)

Dalam kes masalah penyusuan puan ianya tidak sesuai.

Fahamkan begini, asas penyusuan dan teknik penyusuan saling memerlukan.

Masalah penyusuan puan ialah berkaitan asas penyusuan iaitu mengajar bayi betul-betul pandai kemahiran menyusu (ilmu lekapan) dan melatih bayi cekap menyusu dahulu.

Bila puan dah berjaya kuasai ilmu asas penyusuan, dan kemudian mahu cuba teknik power pumping. Jadi tiada salahnya.

Yang penting, puan kuasai dulu ilmu asas penyusuan. Sebab, kalau puan cuba macam-macam teknik (contoh : power pumping) tetapi puan pun masih tak faham dan tak kuasai lagi asas ilmu penyusuan. Risiko puan untuk gagal dalam penyusuan adalah tinggi.

Saranan saya begini, eloknya puan fokus dulu habiskan praktis ilmu dalam ebook saya. Nanti puan sudah berjaya direct breastfeed, baru puan cuba pelbagai teknik yang lain.

Sebab saya takut puan serabut dengan lambakan ilmu dan tak dapat bezakan yang mana satu asas dan yang mana satu teknik.

BOLEH SAYA TAHU MACAM MANA NAK BUAT POWER PUMPING?

1)Anda perlu allocate masa selama 1 jam dulu untuk mengepam cara power pumping. Cari masa selama 1 jam yang anda sendiri selesa dan lapang untuk mengepam.

Contoh : Masa lunch hour di tempat kerja pada pukul 1-2 pm.

Masa terpulang pada puan mengikut keselesaan puan sendiri.

JADUAL POWER PUMPING

1.00 PM : Mula pam susu selama 10 minit

1.10 PM : Rehat dari mengepam dan boleh buat aktiviti lain. Contoh : makan tengah hari.

1.20 PM : Mula sambung mengepam semula

1.30 PM : Rehat dari mengepam dan buat aktiviti lain. Contoh : Ambil wudhu’ untuk solat

1.40 PM : Sambung mengepam semula

1.50 PM : Rehat dari pam dan buat aktiviti lain. Contoh : Solat Zohor.

2.00 PM : Tamat sesi Power Pumping

Cuma, kalau anda masih ada masa lapang dan rasa nak pam lagi, its okay boleh nak extend pam lagi dari pukul 2.00 – 2.10 pm.

Pointnya, anda perlu ulang aktiviti power pumping di atas pada masa yang sama selama 7 hari berturut untuk dapatkan hasil.

Masa yang sama adalah penting untuk anda create hormon prolaktin supaya susu banyak. Masa yang sama maksudnya, katalah hari ini anda pam susu dari pukul 1-2 pm.

Esok, lusa dan seterusnya anda perlu pam juga pada pukul 1-2 pm. Masa yang stick sama macam hari sebelumnya.

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.