Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Ketahui Rahsia Ini Jika Anda Ibu Yang Stress Mengajar Anak Kecil

April 28, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Saja mahu kongsikan.

Memandangkan saya antara ibu yang selalu berkongsi mengajar anak membaca AlQuran dan menghafal..

Pertamanya, memang saya faham ramai ibu berminat mengajar anak, dan tentunya suka bila tengok anak kecil pandai mengaji, siap hafal surah lagi!

Namun, ketahuilah. Sebelum ibu dan kalian yang lain “terjun” dalam dunia mahu mengajar anak AlQuran

(membaca dan menghafal).

Kalian perlu jelas tentang beberapa perkara, iaitu apa impian kalian.

  • Apa tujuan mahu ajarkan Quran? 
  • Kenapa mahu ajar AlQuran pada si kecil?
  • Bagaimana caranya yang sesuai?

Jika ibu tidak jelas dengan 3 perkara ini, terus terang, ibu berisiko besar untuk stress!

Stress mengajar anak kecil AlQuran akan mula “berputik” bila ibu

– mahu anak ikut belajar cara orang dewasa

-tidak berapa faham gaya anak kecil belajar

-kurang jelas misi utama mengajar anak AlQuran, menyebabkan ibu cenderung mahu membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. 

– Mengharap anak akan perform macam anak si X, yang dah hafal banyak surah tu! Tanpa kenal personaliti dan gaya belajar anak sendiri yang tentunya berbeza dengan anak orang lain dan adik-beradiknya yang lain.

Anda memang akan stress jika tidak jelas akan hal di atas ini.

Pertama, ibu perlu faham. Anak kecil belajar menggunakan otak kanan, yang mana masa belajar ini pendek, selepas tu kalau ajar itu secara total (tidak perlu sebut 1-1), taida tertib ( contoh ini a ok sebut aa) dan pendek kata secara aktif.

Macam kita orang dewasa, kalau belajar, nak kena duduk diam, ajar satu-satu dan sebut. Selepas tu tidak boleh main dan bising nanti tidak fokus.

Itu gaya ibu belajar iaitu orang dewasa belajar kerana ia gaya otak kiri belajar.

Bila mana ibu mahu anak belajar dengan gaya orang dewasa, (baca: gaya belajar otak kiri), memang akan stress!

Kerana si anak cenderung belajar gaya otak kanan. ( untuk tahu gaya belajar anak kecil boleh ke Kursus Islamic Parenting Network)

Anak saya, Nuha belajar dengan tanpa dipaksa. Saya mengajar Nuha dengan gaya belajar dia.

Sebenarnya, dia boleh menghafal surah bukan kerana saya menyuruh. Tapi, kerana biasa didengar dan kami membaca bersama sambil dia bermain. ” Our time session” Umi dan Nuha menyebabkan dia senang hafal.

Ajar membaca pula, bukan kaedah “duduk-diam-sebut satu-satu”.

Tetapi kaedah yang sesuai dengan Nuha yang sedang aktif otak kanannya. 

Nuha sekarang umurnya 3 tahun dan boleh duduk mengadap muqaddamnya selama 10 minit purata tapi ia bukan secara automatik. Ia kemahiran yang saya latih sejak kecil. 

Iaitu mengajar fokus ( fixed eyes). Jadi sebab sejak dari bayi, Nuha dilatih untuk fokus tengok buku dan flashcard setiap hari menyebabkan benda tu menjadi rutin untuk dia, apabila buka muqaddam, dia akan fokus, tengok, tunjuk dan baca.

It is a learning proses sejak kecil.

Seterusnya, dalam mengajar anak, perlu jelas impian. Bukan setakat mahu kejar anak menjadi hafiz hafizah dan hafal Quran, malah lebih dari itu!

Pada saya, mengajar Quran pada Nuha, tujuannya juga supaya saya sendiri kenal perangai anak saya. Bila kita ajar anak, kita lebih kenal perangai anak, ragamnya, dan ia proses saya belajar handle anak, pendek kata, ” bonding time session mom and daughter” .

Supaya nanti besar, lebih rapat hubungan kasih sayang antara kami.

Dan ia proses saya belajar, dan persediaan untuk tabung amalan. Ia bukan sekadar tanggungjawab mendidik anak dan impian mendapat anak hafiz, dapat mahkota di akhirat tetapi pada saya ia lebih dari itu. Ia nikmat yang sendiri ibu dan anak boleh rasakan.

Kebahagiaan hubungan anak dan ibu. Ia mengajar saya sikap syukur dan sabar. Sebenarnya, kata seorang sahabat saya yang belajar tadabbur Quran, dalam membaca Quran dan mengajar AlQuran pada anak, perlu ada rasa syukur.

Syukur maknanya, bila anak kita baca sedikit pun, kita syukur, YaAllah anak aku baca dan pencapaian ia lagi baik dari semalam. Sentiasa adakan rasa syukur.

Bila mana mengajar anak, tanpa rasa syukur, ia akan rasa macam, “Ish cepatlah anak aku ni baca benda ini bagi habis cepat”.

“Kenapa la dia ini tak nak baca, lambat sangat atau kenapa tak nak dengar aku ajar?”.

Jadi ibu hanya sabar dan bila tengok anak orang yang jauh ke depan, dia semacam mula risau dan berkejar mahu membandingkan ajar anak Quran. Makanya hanya ada sabar tapi tidak disertakan dengan syukur.

Puan Lina pernah ditanya oleh seorang ibu. “Puan, anak saya ini selalu kalau ajar dia tak nak ikut”

Puan Lina bertanya balik, “Adakah puan ibu yang bila anak baca elok page ini, dan nak anak baca lebih lagi?” 
Maksudnya, kadang-kadang sesetengah mak “excited”, bila anak sudah baca 1 page, dia akan suruh bacalah lagi, lagi.

Lama-lama anak akan faham, mak dah tak promise dengan janji sebab tadi janji baca 1 page saja dan kalau dia baca perform baik, nanti kena bace lebih. Anak kecil pula mana tahan baca lama-lama, jadi dia cenderung, “baik aku main-main saja tak baca sangat sebab nanti baca elok, aku kena baca lebih pula “.

Macam saya, apabila Nuha sudah baca 1 atau separuh muka surat, saya akan tanya, Nuha nak baca lagi tak? Kalau dia jawab ye, saya layankan saja


Kalau dia cakap,”Nanti la umi, esok kita sambung!”. Maka, saya hormat keputusan Nuha dan kami sambung esok.

Jadual mengajar pun tak stick. Saya memang tiada jadual tetap. Sebab sebelum ni sudah pernah buat jadual tapi saya skrang sudah faham. Yang terbaik ialah ajar pada masa saya selesa dan Nuha suka! 
Jadi itu masa terbaik!
Pendek kata, make the learning fun. Mahu anak suka baca alQuran dan suka sesi Alquran. Kerana kita nak installkan pada anak, Baca quran ialah benda yang seronok dan happy.

 
Sewaktu ajar flashcard pada Nuha, saya teruskan layangkan 1 huruf 1 saat, semua sekali serentak. Dan ia ambil masa seminit sehari. Hasilnya, kaedah ini bukan sahaja mudah, anak juga senang “absorb” dan gembira. Setakat sehari seminit, senang saja nak konsisten. Ia gaya belajar Nuha, si kecil yang aktif otak kanan.

Percayalah, jika anda mengajar anak dengan gaya anak belajar, ia lebih mudah berbanding mahu memaksa anak mengikut gaya kita belajar. 
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.