Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

[Quran] Fasa 3 : Teknik Mengajar Anak Kecil Kenal Baris Atas,Bawah,Depan

April 2, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang teknik mengajar anak supaya kenal dan boleh membaca Huruf Hijaiyah Al-Quran Baris Atas, Bawah dan Depan.

Melalui Pembelajaran Secara Formal iaitu buku dan juga Pembelajaran Tidak Formal iaitu dari sekeliling.

Alhamdulilah, selepas anak saya Nuha sudah kenal hijaiyah berbaris atas pada usia 1 tahun 5 bulan.

Saya meneruskan lagi mengajar Nuha supaya kenal dan menyebut sebutan hijaiyah berbaris atas, bawah dan depan pula.

Sehinggalah Nuha boleh kenal dan sebut kesemuanya pada umurnya 2 tahun 8 bulan.

nuha

Saya menggunakan Buku AlFurqan – Buku 1 dan Buku 2 (hingga ms 18 sahaja) kerana silibus baris atas, bawah dan depan hanya hingga mukasurat ini.

Selepas itu, silibus huruf bersambung, tanwin dan sabdu, saya menggunakan buku albarqy.

Waktu usia Nuha begini, fokus mengajar hanya dua sahaja iaitu

1. Supaya anak menguasai sebutan dan bacaan huruf hijaiyah berbaris atas, bawah dan depan

2. Supaya anak belajar seni belajar melalui buku untuk melatih fokus dan adab belajar dengan buku

Jadi, fokus penulisan saya pada kali ini ialah apakah teknik yang saya gunakan pada Nuha, anak saya sehingga dia kenal sebutan hijaiyah baris atas, bawah dan depan serta adab belajar dengan buku.

Sebelum itu, apakah alatan mengajar yang saya gunakan?

ALATAN MENGAJAR

1. Flashcard berbaris atas, bawah dan depan

aiu

2. Buku Al-Furqan 1 dan Al-Furqan 2 (saya ajar sehingga Furqan 2 muka surat 18 sahaja)

download (5)

3. Whiteboard (terutama jika anak anda aktif bergerak)

Lain-lain : Audio Surah Juzuk Amma yang kerap dipasang di ruang tamu dan VCD hijaiyah

BCMA2_large

BAGAIMANA MULA MENGAJAR?

1. MENGAJAR DENGAN BUKU

Setiap hari, saya hanya akan mengajar Nuha menggunakan buku Al-Furqan lebih kurang 10 minit sahaja setiap malam.

Selalunya sesi mengaji selepas Maghrib/ Isya.

FOKUS PADA SESI MENGAJI 10 MINIT ialah BUKAN MAHU MENGAJAR ANAK APA YANG ADA DALAM BUKU tetapi

MENGAJAR ANAK SENI BELAJAR DENGAN BUKU.

iaitu mengajar anak fokus, adab belajar dengan buku serta terangkan maksud perkataan iaitu ATAS, BAWAH dan DEPAN.

10801750_320981794774167_2747118105200149424_n

Biasanya pada awalnya, saya akan cuba tenangkan Nuha supaya duduk dan saya sebutkan apa di muka surat tersebut.

Biasanya pada mulanya Nuha hanya dengar sahaja. Esoknya saya ulang dan ulang lagi sehinggalah akhirnya Nuha akan menyebut sendiri dan menunjuk dengan jarinya.

Disebabkan waktu awal menggunakan ALFurqan, buku telah koyak, maka saya telah laminate kesemua muka surat AlFurqan 1 dan AlFurqan 2.

Jadi, sangat mudah kerana setiap hari hanya guna satu helaian keras ini, dan ianya juga mudah dibawa kemana-mana untuk dimasukkan ke dalam handbeg.

10577159_777809672239757_4927055495189403973_n

Al Furqan Laminate dan Stiker sebagai Reward jika Nuha selesai membacanya.

2. MENGAJAR DENGAN BENDA SEKELILING

Selain daripada masa 10 minit mengajar, ialah masa Nuha beraktiviti dan bermain.

Ketika anak kita bermain, sebenarnya mereka sedang belajar secara tidak langsung. Ini kerana, anak kecil belajar melalui bermain. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk “memasukkan” pembelajaran Hijaiyah kepada mainan-mainan Nuha.

Memandangkan pada waktu ini anak di fasa aktif, jadi ibu pun perlu kreatif jugalah ye hehe.

Jadi saya kongsikan mainan-mainan Nuha yang telah saya “hijaiyah”kan dengan baris atas, bawah dan depan ini ye.

10580041_777814245572633_3199907433927169752_n 10580116_777814138905977_3699552937707915423_n 10577019_777814045572653_1221113417132881421_n 156013_777813948905996_2341825336046903663_n 10366124_777813918905999_8324866306787071616_n 10487487_777813795572678_160019951064124995_n 10606343_777813778906013_9205466391278909497_n 10551099_777810355573022_2030760645063584432_n 1622181_777810225573035_2268251188492204855_n 10410257_777810082239716_2368579402625325305_n 10420168_777809768906414_4325482805886213598_n 1939685_777809745573083_3275721998692185142_n 10433939_777809682239756_2067647184528454795_n 10606330_777814708905920_3876031502691191426_n

Nasihat saya, cubalah jadikan sesi pembelajaran sebagai sesi yang menyeronokkan untuk anak kita. Supaya mereka rasa suka dan cinta untuk mengaji nanti.

Kalau anak agak sukar belajar melalui buku, banyakkan dahulu ajar anak melalui benda di sekeliling dan kaitkan dengan huruf hijayah berbaris tersebut.

Ini kerana, biasanya ibu akan stress jika anak duduk membaca di buku tetapi tidak mahu diam dan tidak kenal.

Jika begitu, ajarkan dulu kepada anak, kenalkan secara tidak formal melalui mainannya. Bila anak sudah kenal nanti, barulah anak akan seronok membaca di buku!

Bila anak seronok, ibu juga seronok kan!

Seperti Nuha, jika di sukar mahu belajar melalui buku, saya akan ajar secara santai dahulu. Lama juga berminggu pun ada.

Sehingga tiba-tiba dia sendiri mencapai ALFurqan dan terus membacanya hingga 8 muka surat dengan seronoknya.

Jadi, kita ikut dahulu apa yang anak selesa. Waktu anak sudah mula mahu buku, waktu itu kita boleh ajarkan adab membaca kepadanya.

Alhamdulillah pada usia Nuha 2 tahun 8 bulan, sudah boleh kenal dan sebut kesemua hijayah baris atas, bawah dan depan.

Di sini saya ingin kongsikan video Nuha sebagai inspirasi rakan-rakan Nuha yang lain ye.

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.