Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

[Quran] Fasa 2 : Teknik Mengajar Bayi Sebut Huruf “Tak Mesra Bayi”

March 31, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Fokus perkongsian saya kali ini ialah tips bagaimana saya mengajar anak saya kenal dan sebut Huruf Yang Tidak Mesra Bayi.

Iaitu sebutan huruf-huruf yang agak sukar disebut oleh seorang anak kecil.

Alhamdulillah, pada usia Nuha 1 tahun 5 bulan. Nuha sudah boleh menyebut huruf hijaiyah baris atas yang TIDAK MESRA BAYI seperti Kho, Dho, Tho, dan lain lagi.

Awalnya, anak saya keliru juga. Namun, saya cuba dengan cara ini dan Alhamdulillah ianya berkesan.

Oh ya, nasihat saya. Sebelum mulakan ajar anak kenal dan sebut Huruf Tak Mesra Bayi ini. Pastikan ajar dahulu anak kenal dan sebut Huruf Mesra Bayi dulu ya.

Kaedahnya ada saya kongsikan di sini >>

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of 3 fakta anda perlu tahu tentang demam kuning! (3)

Jadi, teknik ini adalah Step Kedua ya.

Orait mari saya kongsikan teknik yang saya guna iaitu

KAITKAN SEBUTAN HURUF DENGAN BENDA DI SEKELILING ANAK KITA.

Kaedah ini dalam Sains dipanggil Experiental Learning yang mana anak akan belajar mengaitkan bunyi dengan alam sekeliling.

CONTOH

1. HURUF KHO BARIS ATAS

Saya kaitkan dengan gaya orang batuk dan sakit tekak sambil tayangkan flashcard Kho

2. HURUF THO BARIS ATAS

Bunyinya seperti Motor Vespa (boleh cari di Internet juga). Enjin motor itu berbunyi Tho, Tho, Tho.

3. HURUF GHAIN BARIS ATAS

Bunyi kipas kat rumah berbunyi Gho Gho Gho

4. HURUF HA BARIS ATAS ( HA PEDAS )

Waktu mengajar Ha pula, saya buat mulut senget sambil Nuha ikut dan tolong “senget”kan mulut Umi dia sekali

5. HURUF DHOD BARIS ATAS

Ini pula, saya kaitkan Dhod dengan Doraemon. Titik Dho itu pula sebab Doraemon kan ada pakai kipas terbang.

6. HURUF SOD BARIS ATAS

Saya kaitkan Sod dengan gambar sotong. So.

7. HURUF THO BARIS ATAS

Saya kaitkan dengan orang gemuk yang sedang tidur dan pakai tongkat ( tongkat ialah tiang pada Tho)

Dibawah ini pula, semua huruf hijaiyah baris atas dan tidak mesra bayi, telah saya lekatkan di board besar dan letak di ruang mengajar anak saya.

Supaya bila dia sedang bermain, matanya akan terlihat juga deretan huruf hijaiyah ini.

12899945_1077440238943364_763993891_n

Ini pula ialah nota ringkas saya tentang cara mengajar huruf tidak mesra bayi ini.

14 - 1 (3) 10593100_777809905573067_2836835760002232469_n

Okay semoga bermanfaat dan selamat mengajar!

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.