Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Ketahui Tempoh Hayat Susu Ibu Perahan

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Perkongsian kali ini sangatlah ringkas, tentang tempoh EBM boleh bertahan.

Apa itu EBM?

EBM ialah Expressed Breast Milk atau dalam bahasa Melayunya, susu ibu perahan.

Susu ibu yang sudah diperah tu tak kisahlah sama ada susu ibu tu jenis

  • baru diperah
  • disejukkan di peti ais bawah
  • dibekukan di peti atas atau deep freezer

Asalkan ianya susu ibu yang diperah, EBM lah namanya..

Antara persoalan ibu ialah

Sebenarnya saya x faham lagi tempoh hayat setiap jenis susu EBM tu…

Okey, jadi kali ni saya nak explain tempoh hayat setiap jenis susu perahan tu.

Saya bahagikan kepada 2 fasa iaitu

  • FASA 1 – Baru perah sehingga dibekukan di dalam freezer
  • FASA 2 – Dari dibekukan sehinggalah ke suhu bilik setelah dipanaskan.

Jom!

FASA 1

1#MULA MEMERAH, SUSU SELEPAS DI PAM PADA SUHU BILIK

expressing-breastmilk

Tempoh bertahannya ialah selama 2-4 jam.

Sekiranya cuaca di Malaysia sedang panas terik/ rumah anda panas hari biasa, tahan 2 jam sahaja di luar.

Sekiranya anda di bilik ber”aircond” atau cuaca lur negara (sejuk), tahan 4 jam sahaja di luar.

Okey, selepas pam susu, anda akan “feel” susu anda panasnya suam-suam kuku..

Ini kerana, susu ibu di dalam badan, suhunya ikut badan kita lebih kurang 36.9 degree celcius.

Jadi, biarkan sebentar lebih kurang 10 minit susu anda di luar supaya suhunya sama seperti suhu bilik.

2# SIMPAN DI PETI AIS BAWAH

466457197

Tempoh bertahannya ialah selama 5 – 7 hari. Sebaiknya, simpan di bahagian chiller (peti ais bawah)

Sekiranya peti ais anda sangat kerap dibuka, ia akan sebabkan jangka hayat susu akan menurun. Tahan dalam 5 hari sahaja.

Sekiranya peti ais anda jarang dibuka, maka susu akan tahan lebih lama dalam 7 hari.

Seeloknya, ambillah tempoh 5 hari untuk elakkan sebarang risiko.

#3 SIMPAN DI DALAM COOLER BAG ( IBU BEKERJA)

41Q8gZ2wsIL._SY300_

Tempoh bertahannya ialah selama 12 jam.

#4 SIMPAN DI PETI AIS ATAS (FROZEN)

 

12355254_1010728235614565_935800245_nmilkies-breast-milk-freezer-storage-system (1)

Jika peti ais 1 pintu, hanya tahan 2 minggu.

Jika peti ais 2 pintu, tahan 3 bulan.

#5 DEEP FREEZER

Tempoh bertahannya ialah selama 6 bulan.

Dibawah ialah sedikit rumusan dalam bentuk imej.

cara simpan susu

Okey sekarang

FASA 2

1# DARI FREEZER / DEEP FREEZER

Susu yang telah dibekukan, boleh dicairkan dengan

  • meletakkan susu frozen tersebut di peti ais bawah (malam sebelum pergi kerja)
  • Alirkan dengan air paip sahaja, setelah cair simpan di peti ais bawah

Dua cara supaya susu beku itu cair.

2# PETI AIS BAWAH

Setelah susu beku tersebut sepenuhnya cair, susu itu tahan 24 jam sahaja, perlu digunakan habis pada tempoh tersebut.

3# SETELAH DIPANASKAN

Tempoh susu yang telah dipanaskan hanyalah 1 jam sahaja.

Selepas 1 jam, baki susu perlulah dibuang.

Ala, sayangnya..nak kene buang?

Dalam menguruskan susu ibu ni, takde istilah sayang-sayangnye dik oi..buang aje baki susu tu. Sebab, kalau digunakan pun risiko sebab susu ibu ni mudah tercemar di luar, kerana ia mengandungi bakteria hidup kan.

Notes : Setiap botol/bekas, sebaiknya simpan dalam kuantiti 3 oz sahaja.

Setakat ini sahaja perkongsian dari saya.

Semoga bermanfaat!

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Screen Shot 2016-07-29 at 10.16.48 PM

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.