



BERLULUR KETIKA PANTANG
Aktiviti berlulur ketika pantang juga dikenali sebagai param.
MANFAAT BERLULUR
Antara manfaat berlulur untuk ibu berpantang ialah
1) Mengeluarkan sel-sel kulit mati serta daki pada badan ibu
2) Mengelakkan badan ibu berpantang masuk angin. Kesan jika badan ibu masuk angin ketika berpantang ialah kebas, sakit otot dan senang lenguh urat. Ada juga ibu yang kerap sakit dan bisa pada bawah tumit tapak kaki.
3) Menghilangkan kesan hitam pada kulit ibu ketika mengandung.
Kesimpulannya, dengan berlulur. Ia dapat mengelakkan badan ibu dimasuki angin ketika berpantang.
CARA BERLULUR
Sapu lulur pada seluruh badan dan lebihkan sapuan pada kawasan ketiak, celah peha dan leher. Gosok lulur sehingga kering dan meresap ke dalam kulit.
Selepas itu, barulah dibilas dengan air mandian herba.
RESIPI LULUR
Resipi berlulur ini saya belajar daripada Puan Siti Aishah, Juru Urut Bertauliah dalam Perbidanan dan Berpantang Melayu Lama.
Campurkan tepung beras, kunyit, halia, limau nipis dan air mawar.
Tumbuk atau kisar 5 bahan ini sehingga menjadi pes lulur.



