



KISAH BAGAIMANA SAYA MELIBATKAN DIRI DALAM PELABURAN HARTANAH?
“Bukan berapa tinggi pendapatan sahaja penting, tetapi berapa banyak wang yang boleh kita simpan?”
Assalamualaikum semua, nama saya Siti Aisyah atau lebih dikenali sebagai Puan Aisyah.
Harini saya ingin berkongsi dengan semua tentang bagaimana kisah saya sekeluarga mula terjebak dalam ilmu kewangan dan pelaburan hartanah.
TAHUN 2013 : TERJEBAK DENGAN SKIM CEPAT KAYA MASUK “PELABURAN YANG SALAH”.
Segalanya bermula sejak tahun 2013 lagi, pada masa ini. Saya dan suami telah tertarik untuk memasuki satu skim perniagaan yang memerlukan saya dan suami melabur duit dengan membuat hutang personal loan. Hutang personal loan yang saya buat berjumlah RM 100,000 dan duit itu sepenuhnya telah dilaburkan kepada syarikat skim tersebut.
Ianya menjanjikan pulangan 200% kali ganda yang tinggi selama 9 tahun. Namun, pulangan yang dijanjikan hanya didapati selama setahun saja. Selepas itu, syarikat tersebut mula “krik- krik” dan kami tidak mendapat pulangan tersebut untuk tahun berikutnya.
Apabila kami bertanya kemana hilangnya duit kami, syarikat tersebut membeli alasan bisnes mereka mengalami kerugian. Pada masa ini, kami telah kerugian kerana terpaksa membayar hutang personal loan dan kereta dalam RM 2,000 sebulan.
Pada masa ini, kami tiada simpanan. Duit hanyalah cukup-cukup makan ibarat “kais pagi makan pagi”.
Untuk pengetahuan semua, pada masa ini kami hanyalah golongan M40 saja dimana pendapatan saya sebagai seorang guru dan suami pula bekerja sendiri sahaja. Anak baru seorang sahaja masa itu, Nuha Areefa.
BAGAIMANA KAMI BANGKIT?
Pada tahun 2014, saya dan suami nekad menceburi dunia perniagaan iaitu bisnes. Sebab utama kenapa kami mahu berbisnes ialah kerana kami fikir, “dengan bisnes, kami akan dapat menambah kewangan dan dapat duit banyak”.
Mungkin masalah kewangan kami akan selesai kalau kami buat duit lebih.
Pada permulaan bisnes kami iaitu IbuSuri, bisnes laku dan produk habis. Kami semakin sibuk mengejar sales hingga tiada masa, tidak cukup rehat dan tidur. Saya pula bekerja makan gaji sahaja dan suami banyak membantu urusan bisnes nuhababy.com
Masih lagi saya ingat produk yang kami jual pada masa itu ialah Set Pantang IbuSuri dan Susu Gochoc dan Gomilk. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang support kami pada masa itu dengan membeli produk kami.
BISNES LAKU TETAPI TIADA SIMPANAN DAN TIDAK MAMPU BAYAR HUTANG?
Kedengarannya agak pelik tapi inilah hakikat yang perlu ditelan. Stok barang habis, jualan semua laku keras, tetapi kami tidak mampu menyimpan. Kalau simpan duit pun, asyik korek tabung saja.
Duit pula sentiasa rasa tidak cukup. Pelikkan? Sedangkan saya bergaji tetap dan bisnes kami suami isteri pula laku. Anak pula baru seorang. Bila terjadi begini, kami jadi “stress” dan tertekan untuk kejar sales, kejar sales, kejar sales.
Masalah ini berlarutan selama 3 tahun, semakin kami kejar sales. Jualan semakin laku tetapi duit sentiasa tidak cukup juga, tiada simpanan setiap bulan. Duit mengalir seperti air, asyik habis saja. Masa pula macam tak cukup dan rasa sangat penat kerana letih dan kurang rehat.
Sales okay tetapi tiada duit untuk simpanan.
DISEMBER TAHUN 2016 : KELAHIRAN ANAK KEDUA KAMI
Masa anak kedua saya lahir, masa ini juga kami tiada simpanan. Anak kedua saya lahir di salah sebuah hospital swasta. Simpanan kami kosong dan pembayaran juga dibuat melalui kad kredit.
Alhamdulillah, masih lagi saya ingat selepas discharge Umar Furqan. Bayaran hanyalah RM 2,500 sahaja dan tiada caj tambahan dikenakan. Syukur sangat masa itu. Memang tunggu gaji masuk bulan depan saja baru kami mampu bayar hutang kredit kad tersebut.
TAHUN 2017 : MULA BELAJAR ILMU KEWANGAN
Disinilah bermulanya kami mula mengkaji dan belajar dimana silapnya kami dari segi pengurusan kewangan.
JUN 2017
Masih lagi saya ingat pada tahun 2017, saat itu usia anak sulung saya, Nuha berumur 5 tahun.
Ketika sedang mengemas library di rumah, buku ini tiba-tiba terjatuh di lantai. Sambil mulut “komplen” sebab buku jatuh tak masuk rak.
Sempat saya menjeling sekilas apa tajuk buku yang jatuh tu..tajuknya ialah,
“Why A students work for C students?”
Tringat kata-kata seorang sahabat, segala yang berlaku ni ada sebabnya yang Allah takdirkan. Lantas terfikir, kenapa tiba-tiba buku ini yang jatuh ke lantai? Bukan buku lain?
Jadi, saya nekad mula nak cari masa membaca buku ini..
Jelaslah, rupanya inilah buku yang membuka minda saya tentang ilmu kewangan dan pelaburan terutama tentang bagaimana mula mengajar diri sendiri, keluarga dan anak-anak tentang Financial Freedom.
—-
Kalau kita mula baca part Pengantar penterjemah pun best!
Yelah..berapa ramai dari kita yang bergelar ibu tahu tentang pentingnya pendidikan kewangan?
Dan..kalau kita tahu pun pendidikan kewangan penting, tapi kita menafikan kepentingan tu dan teruskan hidup seperti biasa?
Kita fikir anak-anak tak perlu tahu apa-apa tentang wang, apatah lagi cara menguruskan wang..
Tapi, dalam masa yang sama. Kita harap anak-anak kita tidak jadi miskin apabila dewasa kelak.
Betulkah gred A di sekolah dan universiti adalah segala-galanya? Adakah mendapat gred C maksudnya gelap masa depan?
Copyright:SitiAisyahSamat@www.nuhababy.com
Selesakah kita hidup dalam zon selesa untuk selamanya?
Ini adalah beberapa soalan awal untuk membuka minda kita sebagai ibu bapa.
Ingat balik kata-kata Albert Einstein,
“Setiap orang adalah genius. Namun, sekiranya kita mengukur kebolehan seekor ikan menerusi cara ikan itu memanjat pokok,
Sepanjang hayat ikan itu akan menganggap dirinya bodoh”.
Itulah permulaan saya memulakan perjalanan mencari ilmu kewangan sehinggalah ke hari ini iaitu 17 Jun 2020, saya sudah membaca dan memiliki hampir 17 buah buku kewangan.
Bermula dengan membaca buku Robert Kiyosaki dan The Richest Man In Babylon, kami mengorak langkah mencari dan menggali ilmu kewangan. Rupanya ada orang yang bijak wang dan beza minda kaya dan minda miskin.
Tak semestinya orang yang kelihatan kaya, mindanya kaya. Tidak juga orang yang kelihatan miskin itu, mindanya miskin. Ia bergantung kepada corak pemikiran.
Beberapa tarikh penting yang ingin saya rekodkan di sini :
BERMULA DARI KOSONG
Selepas kelahiran anak kedua, dengan simpanan ZERO. Kami mula membuat buku kira-kira (buku lejar yang mencatatkan segala perbelanjaan kami).
Kami mencatat semua perbelanjaan dan kami berazam untuk membayar hutang personal loan kami dulu sebelum memasuki dunia pelaburan. Pada masa ini, kami sudah tahu beza hutang jahat vs hutang baik.
Kami sudah sedia maklum bahawa berusaha membebaskan diri dari hutang juga adalah satu pelaburan untuk diri sendiri.
Pointnya, langsaikan hutang dahulu dan mencari ilmu pelaburan. Kami juga mencatat kewangan duit keluar masuk, bukan saja kewangan bisnes tetapi juga kewangan personal iaitu diri sendiri.
Pada masa ini, kami sudah mula pandai menguruskan kewangan dengan lebih baik. Kami lakukan catatan perbelanjaan ini selama 3 tahun.
4 NOVEMBER 2017
Saya ke Seminar Millionaire Employee Blueprint (MEB) di Penang anjuran Syarikat Far Capital Sdn Bhd. Penceramah ialah Tuan Faizul Ridzuan.
Masih lagi saya ingat, Tuan Faizul kata dia nak volunteer consult 2 orang iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki.
Saya adalah salah seorang wanita dalam seminar itu yang volunteer. Soalan saya ialah,
“Tuan, bagaimana saya nak bina income pasif sebanyak RM 10,000 sebulan melalui hartanah?”
Jawapan beliau ialah,
“Senang saja, puan cari 4 biji rumah berharga RM 500,000 dan setiap rumah perlu disewakan dengan sewaan RM 2,500. Jadi, RM 2,500 x 4 unit rumah = RM 10,000 income sewa dan portfolio 2 juta.
Lepas saja 15-30 tahun, portfolio 4 biji rumah tu dah boleh jadi 4 juta dan ianya akan jadi income pasif di usia 50 tahun nanti (mengambil kira kenaikan harga hartanah dalam 6.5% setahun).
Jadi, lepas saja seminar. Fikiran saya menerawang kat mana saya nak cari rumah-rumah tu.
TAHUN 2018~
18 OGOS 2018
Masih lagi saya ingat pada 18 Ogos 2020. Masa tu lagi 3 hari birthday saya, sebab tarikh lahir saya ialah pada 21 Ogos..
Selain daripada hadiah besday dari Encik Suami, antara “hadiah” yang paling bernilai masa besday saya tahun tu ialah “hadiah” ilmu percuma daripada Tuan Faizul Ridzuan di salah sebuah hotel 3 bintang di Penang.
Masa tu, memang saya kemaruk baca buku hartanah dan kewangan. Jadi, antara idola hartanah yang saya follow ialah Tuan Faizul Ridzuan.
satu hari ni scroll fb dia. Saya ternampak poster seminar LPPSA dan tuan Faizul sebagai speaker.
Copyright:SitiAisyahSamat@www.nuhababy.com
So saya pun bersemangat cakap kat suami, yang saya nak join seminar tu. Memang seminar ni bukan seminar biasa sebab ia hanya khas untuk penjawat awam je.
Kiranya masa nak masuk seminar ni, kena print out slip gaji as nak tunjuk bukti kita kakitangan kerajaan, sebab diorang takut orang yang bukan kerja kerajaan join juga kan.
Okay, pendek kata seminar ni best! Banyak ilmu hartanah yang saya belajar.
Makan tengah hari pun disediakan bertaraf hotel, semua ada macam-macam memang best sangat!
Sampai saya pun rasa macam tak percaya diorang boleh organize satu seminar FREE yang ilmunya mahal dan makanannya mewah. Thanks untuk penganjur☺
Sebab dah lama tak penah nak merasa makanan hotel kan, so saya rasa sangat best suasana tu dengan tempat belajar yang nyaman.
Okay, dipendekkan cerita..
Masa last hujung sesi soal jawab, saya angkat tangan tanya soalan.
Soalan saya simple,
“Tuan, saya nak tanya macam mana kita nak cari 4 biji rumah berharga lebih kurang RM 500,000 dan kita boleh sewakan rumah tu dengan harga sewaan RM 2,500 sebulan?”
Lepas tanya soalan ni, Tuan FR gelakkan saya😜🤣
Sebab dia kata, rumah tu ada..tapi dia tak akan senang-senang bagitau kat saya rumah tu.
Haha..kalau nak tau rumah tu syaratnya ialah kena ada komitment berbayar.
Ilmu tu bukan ilmu free dan ianya adalah ilmu berbayar, dan tak ada orang yang nak share benda senang-senang kat orang lain hehe..
Masa ini saya dah mula “target” nak jadi klien Far Capital.
22 DISEMBER 2018
Consultation 1-1 bersama Tuan Faizul Ridzuan, CEO Far Capital dan Dr Muhammad Nasrullah, Head Of Research Far Capital. Masa tu Tuan Faizul takda pun, yang ada hanyalah Dr Nas. Pada masa itu, saya pun tak layak jadi klien Far Capital.
Tapi, saya jenis nak dapat apa saya nak dan saya cakap, saya akan datang balik lagi setahun untuk jadi klien beliau. Jadi, pada masa tu saya tak beli rumah sebab target saya ke Office Far Capital untuk nak jadi klien dan beli property grade A.
Masa tu, Dr Nas cakap saya tak layak jadi klien sebab simpanan hanya RM 1,000 sebulan dan duit simpanan hanya cukup-cukup makan sahaja. Sebab harga jadi klien masa tu RM 19,000 jadi nanti simpanan habis terus.
Disebabkan saya berkeras nak jadi klien juga, Dr Nas bagi 2 syarat pada saya :
- Saya dan suami perlu buat simpanan RM 3,000 sebulan
- Saya juga perlu tingkatkan DSR saya untuk layak membeli rumah harga atas RM600,000
Saya bagi masa pada diri saya selama setahun untuk itu, jadi saya balik dan pulun selama 1 tahun.
TAHUN 2019~
Alhamdulillah, selepas 3 tahun. Kami telah konsisten mencatat kewangan dan perbelanjaan kami. Barulah kami berjaya melangsaikan hutang personal loan kami sebanyak RM 100,000 itu secara segera dengan membayar lebih.
31 MAC 2019
Saya hadir ke Seminar Road To 3 Million anjuran syarikat Far Capital.
25 AUGUST 2019
Saya telah berjaya mendaftar sebagai Far Capital Client dan dimasukkan ke dalam Whatsapp Group oleh Cik Amalina.
TAHUN 2020~
12 JANUARI 2020
Saya menghadiri kelas POM iaitu Portfolio Optimization Masterclass di Menara KEN, TTDI. Pada masa ini, saya dan Nuha naik ETS turun di KL Central, kemudian naik MRT ke Damansara.
Kami tumpang tidur di rumah Siti Fatin Nabilah, sepupu saya yang kerja di Damansara. Sempat belanja diorang makan kat restoran depan swimming pool kat kondo tu. Terima kasih Fatin sebab bagi Kak Aisyah tumpang tidur rumah semalam.
Seterusnya, menghadiri consultation hartanah 1-on-1 bersama Tuan Jimmy Haryzul. Pada masa ini saya membuat keputusan untuk membeli hartanah pertama saya.
Alhamdulillah, selepas hampir 4 tahun. Kami sudah berjaya membuat simpanan, melangsaikan hutang. Kami telah berjaya memiliki rumah pelaburan yang pertama.
Pada masa ini, kami juga kearah membuat simpanan dan meneruskan pembelian rumah yang kedua pula.
Bak kata ayah mertua saya, “bukan berapa banyak duit yang kita buat. Tetapi berapa banyak duit yang kita boleh simpan akan menentukan masa depan kita”. Paling penting, hidup mengikut keperluan. Bukannya hidup mengikut kemampuan atau kemahuan.
Apa yang tak perlu, kami tak buat seperti tak tukar kereta, tak pergi melancong dan kerap masak di rumah. Anak saya yang kedua ni memang duduk rumah saja kerjanya, sebab tak biasa berjalan.
Memang berbeza jika dibandingkan dengan kakak Nuha dulu sebab kami kerap melancong ke Cameron Highland, Langkawi, Melaka, Kelantan, Johor, Terengganu. Memang kira cuti- cuti satu Malaysia la. Anak kedua ni banyak dihabiskan masa aktiviti di rumah saja.
Selepas 4 tahun saya belajar tentang ilmu kewangan ini, saya ingin berkongsi dan membantu ibu-ibu diluar sana bagaimana cara yang boleh kami buat supaya ibu-ibu diluar sana juga mampu keluar daripada masalah kewangan ini dan seterusnya melangkah ke dunia pelaburan. InshaAllah.
Adakah anda berminat nak belajar ilmu kewangan Bersama-sama saya? Boleh klik dan daftarkan diri dalam webinar di bawah.



