Kisah Kapitalis DIRISupercluster ~ Dr Rafiuddin Hamizan

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Perjuangan Mencari Sebuah Keikhlasan

Saya menjadi seorang doktor ni bukanlah satu kebetulan. Sejak di sekolah menengah lagi saya memang minat subjek biologi.

Ketika itu walaupun saya sering tidur dalam kelas dan selalu dicubit cikgu, tapi disebabkan selalu mendapat markah tertinggi, cikgu buat tak faham saja kebanyakan masa.

Selepas mendapat keputusan cemerlang SPM, saya terus mohon biasiswa JPA. Berkat doa ibu bapa, alhamdulillah saya diterima masuk dalam program perubatan di Rusia.

Saya tiba di bumi Rusia pada usia yang agak muda, iaitu 17 tahun. Orang kata mentah lagi, baru nak kenal dunia. Hidup sangat mencabar sebab perlu sesuaikan diri dengan dunia baru.

Bahasa, sistem tulisan, budaya, rupa dan cuaca mereka di sana adalah satu perubahan yang sangat ekstrem bagi seorang budak mentah dari pekan Pontian seperti saya.

Jadi hidup semasa setahun dua pertama sememangnya agak mencabar.

Ditambah dengan kerinduan pada kampung halaman. Masa tu mana ada telefon pintar lagi. Nak telefon keluarga perlu guna kredit panggilan jarak jauh yang agak mahal harganya.

Selepas tamat pengajian, kehidupan jadi lebih mencabar. Saya mula bekerja sebagai doktor junior pada umur 23 tahun.

Mula rasa tanggungjawab sebagai seorang dewasa.

Waktu bekerja yang lama di hospital memang sangat membebankan mental dan fizikal. Ditambah lagi dengan makian dan cercaan dari sesetengah doktor senior (bukan semua).

Setakat dipanggil bodoh dan bangang bukanlah benda yang asing. Pernah juga dimaki ‘you are f***ing stupid’.

Namun saya bukan jenis lemah. Hati dicekalkan, terus jalan ke depan.

Saya akui, antara niat menjadi seorang doktor pada awalnya ialah kerana mahu kaya. Iyalah, kalau tengok drama di kaca TV pun kebiasaannya doktor ni digambarkan sebagai kaya dan berduit. Lebih-lebih lagi saya memang berasal dari keluarga susah, miskin bandar.

Itu sebabnya saya tahan saja tekanan kerja. Kalau saya berhenti kerja pun, nak kerja apa ? benda ni selalu terdetik dalam hati.

Tapi lama kelamaan, saya mula sedar. Bekerja sebagai doktor takkan menjadikan sesiapa kaya. Hidup yang serba cukup, ya itu boleh.

Bahkan, boleh dikatakan saya telah tersilap perhitungan. Sebab jika nak dibandingkan tekanan di tempat kerja, waktu kerja yang panjang dan gaji yang saya dapat, saya percaya ramai doktor yang saya kenal akan kata ia tak berbaloi. Tak sepadan.

Disebabkan itu, kerja sebagai doktor kemudiannya menjadi sekadar kerja saja kepada saya. Jadual kerja yang sibuk, dengan tekanan persekitaran kerja yang teruk, menjadikan saya seorang yang tiada empati. Rasa ikhlas hampir tiada.

Setiap hari datang kerja hanya fikir bila lah nak pukul 5. Lepas kerja, terus pergi buat ‘locum’ di klinik swasta untuk cari duit tepi.

Boleh dikatakan masa itu orientasi saya duit semata-mata. Dan apabila orientasi kita ialah duit semata-mata, Allah akan cabut rasa bahagia dari hati. Hidup rasa serba serbi tak cukup. Datang ke tempat kerja setiap hari dengan hati yang berat. Hubungan dengan pasangan jadi renggang.

Asyik nak marah. Dan keberkatan masa itu hampir tiada.

Kemudian berlaku satu peristiwa hitam dalam hidup saya….

Semenjak itu, hidup jadi tak tenteram. Berat badan susut sebanyak hampir 10Kg. Dan saya tak dapat fokus dengan kerja saya.

Kebetulan, saya diterima masuk ke dalam program Master. Jadi, saya ambil peluang itu untuk mencari perspektif baru dalam hidup saya. Saya mohon kepada Ketua Perkhidmatan Sakit Puan dan Perbidanan Malaysia supaya ditempatkan di Hospital Putrajaya.

Keputusan ini pada saya sangat mencabar dan ada pengorbanan yang perlu dilakukan bersama. Tapi sehingga hari ini, saya tetap rasa bersyukur kerana berani ambil keputusan yang drastik ini.

Di tempat baru inilah saya akhirnya bertemu dengan ‘passion’ saya iaitu ‘minimal invasive surgeries’ – pembedahan laparoskopi (menggunakan kamera) – satu teknik pembedahan yang tidak diamalkan secara meluas di Malaysia.

Saya telah ditakdirkan bertemu dengan Ketua Jabatan saya yang saya anggap sebagai mentor saya dalam bidang ini. Betul apa orang kata, kalau nak berjaya, kena ada mentor. Berkat ilmu yang saya dapat hasil selalu berdamping dengan dia dalam bilik bedah, ‘skill’ saya menjadi lebih baik.

Semenjak itu, alhamdulillah hidup saya jadi lebih baik. Kerja bukanlah lagi satu tekanan pada saya. Kerana saya lebih ‘enjoy’ dengan kerja saya sekarang. Bak kata orang putih : ‘Love what you do, and you will never work a day in your life’.

Dan berkat hasil pelaburan saya dalam hartanah pula, yang ada antaranya telah memberikan hasil, saya tak perlu lagi berfikir tentang duit sangat. Saya berhenti buat ‘locum’ dan tenaga saya ditumpukan untuk pembelajaran, kerja dan keluarga.

Benarlah kata Nabi : Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.

Bukan nak kata kat sini yang orang miskin itu kufur. Tapi, kadang-kala kesempitan hidup itu menyebabkan hidup jadi tak tenteram dan kita jadi sukar untuk melakukan kebaikan.

Jadi saya rasa syukur, sebab walaupun hidup ini banyak liku-liku cabaran, saya masih diberi kekuatan untuk harungi. Dan pada setiap masalah, Allah jadikan saya di tempat yang lebih baik.

Ya, harga setiap pengorbanan bukan murah, tapi ganjarannya berbaloi.

Doa saya, supaya diberi kekuatan dan ketajaman akal. Biarlah halangan datang seribu, seribu kali jugalah saya tempuh.

#doctorrafi

#maaf panjang sangat

—-NOTA HARTANAH—

Untuk makluman, Dr Rafiudin Hamizan adalah seorang pelabur hartanah yang mempunyai 5 buah rumah, 2 rumah sudah menjana positif cashflow dan 3 buah rumah ialah unit undercons, dijangka siap pada hujung tahun 2021 ini.

Beliau juga adalah seorang exco Multimedia dan leader (mentor) di dalam Group DIRISupercluster.

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.

Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.

Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.