



Pada 2 Mac 2018 yang lepas, genaplah usia ibuku 58 tahun. Beliau ialah insan hebat yang saya dan adik-adik memanggil dengan panggilan ‘Ummi’.
Nama insan ini ialah Puan Sharifah Sukhaila binti Syed Abdul Aziz. Seorang wanita bekerjaya, sebagai seorang guru. Ummi mula mengajar seawal usianya 25 tahun sehinggalah 58 tahun, berkhidmat selama 33 tahun sebagai seorang penjawat awam dalam sektor Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saya lahir pada tahun 1986, ketika ini usia Ummi 26 tahun. Sepanjang saya dibesarkan, umi memang menitik beratkan pendidikan agama untuk anak-anak ummi. Saya sendiri memasuki tadika Pasti pada usia 5 dan 6 tahun.
Sekolah rendah pula, saya bersekolah di sekolah rendah kebangsaan biasa iaitu SK Telok Air Tawar, SK Saint Aidan, SK Subang Jaya dan SRK Taman Dato Haron.
Masih lagi saya ingat, sewaktu usia saya 12 tahun. Ummi dah “haramkan” saya dari lihat television. Malah, bacaan dan lagu yang saya dengar biasanya lagu nasyid, selawat dan zikir saja. Bacaan saya, Ummi suka langgan majalah Sains, Tateh dan Kuntum. Memang famous majalah ini pada masa itu.
Sewaktu saya darjah 6, saya tidak ke mana-mana kelas tuisyen. Ummi sendiri yang mengajar saya di rumah, subjek Matematik dan Sains. Bahasa Melayu, Alhamdulillah saya pandai study sendiri. Bahasa Inggeris pun ummi yang ajar saya. Umi buat jadual, bagi latihan dan bagi saya masa buat.
Terima kasih Umi sebab jadi ibu yang hebat, seorang ibu bekerjaya sebagai guru dan konsisten mengajar saya di rumah. Terlalu banyak duit yang umi habiskan untuk pendidikan saya pada ketika itu.
Alhamdulillah, saya sedar matlamat saya ketika itu ialah menggembirakan umi dengan result peperiksaan saya. Saya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat 5 A dalam UPSR pada ketika itu. Berkat doa umi juga.
Kemudian, saya ditawarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Muhammad Said. Sekolah agama dan akademik kerana Umi suka anak-anak umi belajar akademik dan ada subjek agama.
Di SMKA Shams, Negeri Sembilan. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya belajar. Sekolah ini biarpun sekolah asrama, namun mengajar saya erti kehidupan sebenar. Ini kerana sekolah ini sudah lama sejak tahun 1958. Jadi, kemudahan banyak yang kurang dan masalah tiada air.
Namun, saya lalui dengan ketabahan dan Alhamdulillah saya sekali lagi berjaya menggembirakan Umi dengan result PMR saya 9A straight. Umi bahagia dan gembira, itu matlamat saya.
Seterusnya, saya melangkah mengambil subjek Sains sebagai aliran saya. Subjek yang saya paling skor ketika ini adalah Matematik Tambahan yang sering dapat A1. Malah, saya sering diminta rakan saya untuk mengajar jika ada rakan yang tak faham subjek tersebut.
SPM saya mendapat 7A dan 4B. Semua A kecuali subjek Sejarah, Fizik, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Usaha tangga kejayaan. Itu pegangan saya.
Kemudian, terus ke Matrikulasi Pulau Pinang dengan pointer 3.6 dan seterusnya ke Universiti Sains Malaysia di dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan.
Terus terang, sebenarnya bidang pendidikan bukanlah pilihan utama saya. Saya sebenarnya teringin menyambung aliran seperti Farmasi, Dentist atau Bioteknologi. Tetapi, entah bagaimana. Walaupun pendidikan hanya satu saja pilihan yang ada, itulah rezeki saya.
Saya terima dengan redha dan pasti ada hikmahnya. Terus melangkah selama 4 tahun menghabiskan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Pada usia 23 tahun, saya sudah memulakan kerjaya sebagai seorang guru bermula Oktober 2009. Sekolah pertama saya ialah SMK Jelutong, Pulau Pinang. Sekarang saya berkhidmat di SMK Taman Perwira, Simpang Ampat.
Sehingga tahun ini 2018, sudah 8 tahun saya berkhidmat sebagai seorang guru. Ternyata, walaupun dulu saya pernah nyatakan tidak minat menjadi guru. Rupa-rupanya mengalir darah pendidik di dalam jiwa dan hati saya melalui umi.
Bila saya lihat, sebenarnya saya suka mengajar. Menulis, mengajar dan memastikan orang itu faham apa yang saya sampaikan. Bakat guru itu ada sebenarnya, walaupun pada awal cuba kunafikan. Hehe.
Apapun, tahun ini tahun Umi bersara. Saya nukilkan video Umi di sini sebagai panduan dan rujukan untuk memberi semangat dan motivasi pada diri saya untuk terus berjuang memandaikan bangsa dalam bidang perguruan.
Sebagaimana ibu saya menjadi seorang ibu bekerjaya yang hebat dalam mendidik anak-anaknya, saya juga boleh dan akan terus berjuang dan kuat sepertimana umi dulu kuat mendidik kami anak-anaknya.
This post is only for you Ummi! Sharifah Sukhaila binti Syed Abdul Aziz. Ummi you a very special for us and we all love you.
Jiwa Umi memang kental! I salute you!



