Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Masalah Stok Susu “Tak Cukup” VS Stok Susu “Terlalu Banyak”

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini, saya nak kongsikan rumusan apa sebenarnya “kerisauan” ibu semasa cuti bersalin dan akan mula bekerja nanti.

Biasanya ibu-ibu ini sangat risau dengan pelbagai perkara seperti bila nak buat stok susu, stok susu tak banyak dan bila nak latih bayi minum botol.

Sebenarnya, ada banyak perkara yang anda tidak perlu risau pun dan ianya hanya kerisauan yang tidak berasas saja. Mari saya kongsikan kronologi kisah ibu seperti ini supaya anda lebih bersedia membuat persediaan dalam mengepam susu untuk stok sebelum mula bekerja nanti.

KISAH PUAN ZALA (NAMA SAMARAN)

Nama                       : Puan Zala

Usia bayi                 : 24 hari pada tarikh 21 April 2018

Tarikh mula kerja : 27 Jun 2018

Masa kerja             : 8 am hingga 5 pm

1# Masalah Pertama : Bila Masa Sesuai Untuk Ajar Bayi Minum Susu Ibu Perahan?

Soalan yang ditanya oleh beliau ialah,

“bila masa yang sesuai untuk saya ajar bayi saya minum susu perahan yang telah disimpan?”

Usia bayi ketika ini ialah 24 hari.

Jawapan : Boleh ajar bayi minum botol ketika usia bayi 4 minggu ke 6 minggu. Boleh refer artikel di bawah.

6 Tips Melatih Anak Minum Menggunakan Botol Susu

4 Teknik Selesaikan Masalah Bayi Tak Nak Botol Dengan Pengasuh

2# Masalah Kedua : Saya rasa susu saya tak banyak sebab hasil sekali pam dapat 3 oz saja.

Soalan beliau berbunyi begini,

“Saya guna pam freemie dan medela swing. Saya cuba 25 minit pam untuk breast secara serentak. Tetapi hasil susu tidak banyak. Selalunya saya perlu pam 40-45 minit dan dapat 3-4 oz.”

“Boleh puan bantu masalah saya?”

Dalam kes ini, puan ini berasa susunya tidak banyak kerana hasil pam hanya 3 oz saja, mesej ini saya terima pada 22 April.

Maksudnya, usia bayi ketika ini ialah 25 hari.

Penyelesaiaan :

Beliau hanya target pam 2 kali sehari saja.

Sekali pam beliau target dapat dalam 4 oz. Dua kali pam sehari, beliau boleh kumpul 8 oz untuk sehari. (perlu 2 beg plastik).

Sebab utama kerana beliau masih dalam tempoh berpantang dan cuti bersalin masih lama lagi.

Dua artikel ini untuk teknik banyakkan susu.

Macam Mana Nak Dapat Hasil Pam Susu Lebih Dari 3oz Dalam Masa 30 Minit?

3#Masalah Ketiga : Banyak stok frozen yang expired dan perlu dibuang. Terpaksa buang stok susu yang sudah expired.

“Bagaimana saya nak habiskan stok susu frozen tersebut kerana saya banyak stok frozen dan hampir expired. Saya akan mula bekerja dalam 2 minggu lagi pada 1 Julai ini”

Mesej ini saya terima pada 24 Jun. Usia bayi pada ketika ini hampir 3 bulan.

 Akhirnya selepas 2 minggu, susu yang “expired” terpaksa dibuang.

Untuk atasi masalah susu frozen terlalu banyak sampai expired, boleh ikut sistem ini.

Sistem Efektif Menguruskan Susu Ibu Perahan

Kesimpulan :

Susu kurang atau banyak. Tetap ada masalah.

Jika susu kurang, ibu terpaksa fikir dan cuba banyak teknik untuk banyakkan susu seperti pam berjadual dengan efektif atau mengeluarkan wang untuk membeli “milkbooster” dengan harapan susu akan “banyak’

Jika susu sudah banyak, ibu tetap akan berhadapan dengan masalah iaitu terpaksa menguruskan stok susu yang banyak.

Screenshot sebenar situasi ibu.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.