Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Masalah Susu Tak Sama Banyak Payudara Kiri VS Payudara Kanan

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Baru-baru ini saya mendapat persoalan daripada seorang ibu.

Kenapa breast saya besar sebelah dan adakah ianya normal?

Bayinya berusia 2 bulan, dan masalahnya ialah saiz breast kirinya kecil sahaja sama seperti sebelum mengandung. Jadi, breast kiri tidak banyak susu dan breast kanan sahaja yang besar dan banyak susu.

Soalannya di sini, ibu ini bertanya Kenapa?

KENAPA BREAST BOLEH BESAR SEBELAH @ SUSU IBU TAK SAMA BANYAK?

Punca hal ini berlaku ialah kerana susu ibu tidak dikeluarkan sepenuhnya iaitu sama ada bayi kurang hisap atau ibu kurang pam susu.

Seperti contoh di atas, breast kanan sahaja yang besar dan kiri kecil. Jadi ini bermakna, bayi ini suka menyusu di payudara kanan sahaja dan kurang menyusu di payudara kiri.

Setelah ditanya kembali bagaimana cara menyusu si ibu, ibu ini memberitahu bahawa pada sebelah malam, ibu ini suka menyusu mengiring sebelah kanan sahaja. Jadi, bayinya hanya menyusu di kanan dan tidak di kiri.

Jadi itulah puncanya..

Penyelesaian, ibu perlu berikan bayi payudara kanan dan kiri secara berselang-seli.

Tapi, bagaimana pula jika

BAYI SAYA TAK SUKA MENYUSU DI SEBELAH KIRI, DIA SUKA MENYUSU KANAN SAHAJA!

Kalau masalah ni berlaku, apa nak buat?

Contohnya jika masalah anda sama seperti ibu ini

Saya fulltime housewife and fully breastfeed anak saya sekarang. Anak pertama saya. Now, 6month.


Before this, saya x ada masalah pun breastfeed anak saya. Cuma sebulan dua ni, anak saya kurang gemar menyusu breast sebelah kiri.


Dan menyebabkan production susu sebelah kiri x semeriah susu belah kanan. And sebab tu jugaklah breast kanan jadi lebih besar dari kiri. Breast kiri masih ada susu tapi sikit.
Anak saya pulak tak menunjukkan tanda-tanda lapar atau tak cukup susu. Dia bergantung kat breast kanan sahaja.

PERSOALAN PERTAMA : SUSU CUKUP KE?

Jawapannya, susu memang cukup sahaja. Ini kerana, setiap payudara mengandungi komposisi susu yang pekat (hindmilk) dan susu yang cair (foremilk). Susu pekat ini fungsinya sama seperti “nasi” yang mengenyangkan dan kaya dengan lemak manakala susu cair pula lebih kepada menghilangkan haus dan dahaga pada bayi.

Selagi bayi masih menghisap walaupun hanya sebelah sahaja, susu memang akan cukup kuantiti dan nutrisinya.

PERSOALAN KEDUA : APA PUNCA KEPADA MASALAH INI?

Sebelum kita pergi kepada penyelesaian masalah, mari saya fahamkan dulu apakah punca masalah ini boleh berlaku?

Atau dengan kata lain, kenapa bayi suka nak hisap sebelah kanan je?

Biasanya puncanya ada 3 jenis iaitu

  1. Puting di payudara kiri pendek atau tenggelam sedikit, jadi bayi tidak selesa menyusu sebelah kiri.
  2. Posisi menyusu ketika di sebelah kiri tidak selesa untuk bayi.
  3. Cara ibu menukarkan bayi daripada payudara kanan ke payudara kiri tu, tidak berapa betul menyebabkan bayi tidak selesa.

Untuk makluman anda, bayi sememangnya sangat sensitif dengan sebarang pergerakan dan bau ibunya. Jadi, jika bayi tidak selesa kerana 3 punca di atas, memang..bayi anda akan “merajuk” untuk menyusu di payudara sebelah lagi!

PERSOALAN KETIGA : PENYELESAIAN

Untuk penyelesaian masalah No.1, anda boleh membaca artikel ini untuk menyelesaikan masalah puting anda yang pendek dan tenggelam.

Bagi masalah No.2 pula, check semula posisi penyusuan anda di link 4 Posisi Penyusuan Ibu Perlu Tahu.

Sekarang, punca masalah no.3 pula. Ibu yang alami masalah ini, bila saya tanyakan bagaimana cara mereka menukarkan bayi, biasanya mereka memusingkan bayi terus iaitu pusing bayi 180 darjah.

Seperti rajah di bawah ini.

1

Jadi, sebaiknya ialah biar anda yang menukar payudara tetapi posisi bayi masih kekal sama dan tidak bertukar.

Jika bayi anda jenis tak kisah. Its okay. Tapi, jika bayi anda jadi tak suka nak hisap lepas tukar tu, check balik cara anda tukar baby okay.

Seperti rajah di bawah ini.

2

TIPS TAMBAHAN : SUPAYA HASIL SUSU ANDA SAMA BANYAK KIRI DAN KANAN.

Untuk pastikan hasil susu anda sama banyak kiri dan kanan, anda perlulah menukar payudara pada setiap kali sesi penyusuan.

Contohnya, jika sesi pertama bayi anda menyusu lama di sebelah KANAN.

Jadi, sesi kedua anda mulakan pula menyusu di sebelah KIRI.

Kemudian, sesi ketiga, beri pula bayi menyusu di sebelah KANAN semula dan begitulah berulang-ulang KANAN DAN KIRI.

 

KALAU SAYA NAK PAM SUSU, SEBAIKNYA WAKTU BILA?

Jika anda nak pam susu, sebaiknya anda PAM SUSU SELEPAS MENYUSUKAN BAYI DAN PAM KEDUA-DUA BELAH PAYUDARA.

Contohnya begini, sesi pertama, BAYI MENYUSU sebelah KANAN sahaja. Selesai menyusu, PAM sebelah KIRI dan kemudian KANAN juga. ( supaya payudara benar-benar dikosongkan)

Sesi menyusu seterusnya, BAYI MENYUSU sebelah KIRI sahaja. Selesai menyusu, PAM sebelah KANAN dan kemudian KIRI juga. (kedua belah payudara ye)

Yang penting anda faham konsep asas iaitu

1) Payudara saiz sama besar = susu sama banyak dikeluarkan setiap sesi penyusuan = susu kedua belah pun dikeluarkan sama banyak

2) Payudara saiz tak sama besar = susu tak sama banyak dikeluarkan pada sesi penyusuan = susu kedua belah payudara dikeluarkan tak sama banyak.

CONTOH JADUAL PENYUSUANNYA BEGINI..

1) SESI PENYUSUAN

Anda menyusu bayi sebelah kanan sahaja ( hanya tukar kiri jika perlu)

Selepas menyusu, pam susu sebelah kiri dan kanan.

2) SESI PENYUSUAN SETERUSNYA

Susukan bayi sebelah kiri sahaja. Selepas menyusu, pam kedua belah kanan dan kiri.

Sesi penyusuan seterusnya lagi, hanya ulang Step 1.

Maksudnya setiap 1 sesi penyusuan itu, bayi hisap sedikit atau banyak, tiada masalah kerana selepas itu anda akan pam terus kedua belah payudara untuk dikosongkan.

Jadi, payudara akan dikosongkan dengan seimbang (sama banyak untuk setiap kali sesi penyusuan)

Kalau bayi menyusu, kita sukar nak pastikan bayi hisap kiri dan kanan sama banyak atau tidak kerana tidak nampak.

Tetapi dengan pam kedua belah selepas menyusu, kita boleh pastikan susu seimbang dikeluarkan setiap kali sesi penyusuan.

MASA YANG SESUAI BILA?

Sebelum anda jumpa masa yang sesuai untuk anda “curi” masa mengepam susu (kerana bayi kuat mengempeng), anda perlu ada rekod dan data.

Ambil satu kertas kosong dan pen, rekodkan masa bayi menyusu dan masa bayi tidur setiap hari. Dari situ nanti, anda akan dapat pattern bila nak curi masa dalam 20-30 minit saja untuk mengepam susu.

Bila anda tiada rekod masa bila bayi tidur, berapa lama biasanya bayi tidur dan masa dia menyusu. Agak sukar untuk anda sendiri “mencuri” masa untuk mengepam susu.

Jadi, mulakan dahulu merekodkan aktiviti harian bayi anda terutama masa bayi tidur dan masa dia menyusu. Jadi, dari situ barulah anda boleh menyusun dengan baik jadual mengepam anda di rumah.

APA MANFAAT YANG SAYA DAPAT KALAU SAYA PAM BEGINI?

Hasilnya, anda akan dapati susu yang anda hasilkan sama banyak, dan tidaklah berlaku masalah breast besar sebelah ye!

Okey, moga bermanfaat!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.