Menangis Bukan Tanda Bayi Lapar?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini saya ingin bertanyakan soalan

Apa tanda bayi lapar?

Jawapannya? Hehe

saya yakin tentu ramai yang akan menjawab tanda bayi lapar ialah bila bayi

  • menangis
  • merengek
  • mengamuk
  • menghisap jari

Tahukah anda? Sebenarnya bukan!

Ramai ibu akan terfikir bayi masih lapar, bila bayi menghisap jari.

Bayi ini sangat hebat, tanda bayi lapar ada dua, iaitu tanda benar dan tanda palsu.

Menghisap jari ialah tanda palsu bayi lapar! Ini kerana, bayi memang sudah biasa menghisap jari sejak di dalam perut ibu lagi.

Jadi, apakah sebenarnya tanda yang sebenar-benarnya bayi lapar ni?

Jangan keliru..

Sebenarnya, bila bayi sudah menangis dan merengek, ia adalah TANDA LEWAT BAYI LAPAR dan ANDA SUDAH TERLAMBAT!

Jika anda tunggu sehingga bayi menangis, baru anda mahu menyusukan bayi.. memang, ianya sudah terlambat. Sudah terlewat.

Ini kerana, kita perlu menyusukan bayi ketika bayi menunjukkan tanda awal bayi lapar!

Mari saya ceritakan mengapa dan kenapa..

Baby-in-restaurant-choosing-which-breast-to-nurse-from-12.2013

Payudara ibu ini macam restoran. Bila kita duduk di restoran. Apa kita buat untuk pesan makanan?

Ye..kita akan angkat tangan, panggil “waiter” untuk order makanan.

Jadi, bila bayi mula nak “angkat tangan” untuk cakap

Mama, saya lapar..saya nak susu..

Breastfeeding-and-formula-feeding-early-cues

Bayi akan menunjukkan tanda awal seperti MENGIRING DAN MENGUAP

Tanda awal ini dikenali sebagai “early cues” dalam bahasa penyusuan.

Kadang-kala, majoriti ibu biasanya buat “derk” aje bila bayi tunjukkan tanda di atas.

Situasi ini seolah seperti, di restoran. Cuba anda bayangkan…

Kita sudah angkat tangan nak pesan makanan di restoran, tapi “waiter” buat tak heran je atau mungkin ambil order tapi sambil lewa.

Jadi, kita tunggulah sampai setengah jam, mana makanan tak sampai-sampai lagi ni?

Breastfeeding-and-formula-feeding-mid-cues

Tunggu lagi sampai 1 jam, makanan tak sampai lagi!

Apa kita rasa?

Mestilah rasa nak marah kan? Rasa macam mood lapar dan nak makan tu dah hilang..rasa nak tinggalkan je restoran tu dan rasa nak mengamuk.

Ape la restoran ni, kata servis bagus! Makanan sedap lagi berkhasiat! Tapi, tunggu punya lama makanan tak sampai!

Breastfeeding-and-formula-feeding-late-cues

Em..sebenarnya, itulah situasi yang berlaku bila bayi menangis.

Bila bayi sudah menangis, itu tandanya sudah terlewat untuk kita menyusukannya.

Selalunya jika hal ini berlaku, ia menyebabkan ibu itu tertekan, mungkin payudara juga sudah membengkak..

Jadi kelam-kabut! Akibatnya lekapan penyusuan pun jadi tak betul dan posisi penyusuan pun dah salah.

Menyebabkan bayi akhirnya tidak dapat cukup susu, hanya kerana ibu menyusu dengan tidak betul caranya.

Jadi, anda perlu beri perhatian ye.

Perhatikan betul-betul bila bayi anda lapar.

Jangan tunggu sehingga bayi menangis baru mula menyusu, nanti anda kena tenangkan bayi dulu

macam nak tenangkan orang yang mengamuk tunggu order makanan berjam-jam tak sampai lagi tu.

Semoga tips ini dapat memberi ketenangan kepada anda dalam menyusukan anak.

Wassalam.

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.