[Mental Arithmetic] : Bagaimana Saya Mengajar Anak Saya MA?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Pada tahun 2015, saya telah hadir ke Kursus Mental Arithmetic & Right Brain anjuran Islamic Parenting Network.

ma

Jadi, selepas ke kursus ini, saya pun mula praktiskan mengajar anak saya Mental Arithmetic.

APA ITU MENTAL ARITHMETIK?

1. Kiraan matematik menggunakan otak kanan (daya imaginasi dalam fikiran & bayangan)

2. Anak boleh membuat pengiraan dengan sangat pantas sekiranya dilatih dengan konsisten.

3. Menggunakan sempoa (abacus) pada peringkat permulaan.

4. Selepas itu, barulah anak akan dilatih untuk pindahkan sempoa pada bayangan otak mereka sehingga mereka terbiasa mengira dengan lebih cepat tanpa alat sempoa.

5. Bagus untuk meningkatkan kuasa otak kanan anak.

APAKAH KELEBIHAN ILMU INI?

1. Anak akan lebih berdisiplin dan seronok mempelajari ilmu Matematik.

2. Merangsang serta menggilap potensi minda mereka

3. Seimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan

4. Menguatkan daya ingatan, fokus, ketajaman fikiran, analisa, imaginasi, kreativiti dan daya fikir.

5. Meningkatkan kemahiran latihan untuk motor halus.

KENAPA SAYA AJARKAN ILMU INI PADA ANAK SAYA?

1. Kajian daripada buku “Why Right Brainers Will Rule The Future” menunjukkan kanak-kanak yang berjaya merangsang potensi otak kanan akan lebih cemerlang dalam kehidupan mereka bila dewasa nanti berbanding yang tidak.

2. Sistem Pendidikan di sekolah juga tidak banyak terarah pada otak kanak (yang libatkan bayangan & imaginasi). Di sekolah, pembelajaran banyak lebih mengasah otak kiri kanak-kanak.

Jadi, ibubapa perlu selalu pupuk otak kanan anak di luar persekolahan.

 3. Biasanya, ibu bapa dan guru akan mengajar operasi Matematik menggunakan jari. Dimana, kelemahannya ialah jika digunakan terlalu awal, kebanyakan kanak-kanak usia 3-5 tahun masih belum boleh menguak jari mereka untuk pengiraan yang betul.

 Ini kerana, kemahiran motor anak masih belum tertib dalam koordinasi dan jari juga punyai jumpah yang terhad untuk digunakan dalam operasi Matematik.

Jadi, Mental Arithmetik ialah pengajaran Matematik yang sistematik bermula dengan mengajar kemahiran gunakan alat bantuan yang dinamakan sempua.

Anak akan dilatih untuk membayangkan pergerakan manik sempoa sehinggalah 1 hari nanti mereka boleh membuat pengiraan tanpa menggunakan alat tersebut.

CARA SAYA MENGAJAR

LANGKAH 1 : PERKENALKAN NOMBOR 1 -9

LANGKAH 2 : PERKENALKAN NOMBOR 1-9 BERSAMA IMEJ ABACUS

ANTARA ALATAN YANG SAYA GUNAKAN

ma2 ma1 

MASA MENGAJAR

Memandangkan saya ibu bekerja dan hujung minggu juga sibuk pulang ke kampung kerana kampung saya dan suami dekat-dekat (satu negeri jadi nak kena balik kerap).

Saya biasanya mengajar Nuha 10 minit sehari dan 3x seminggu. (Isnin – Jumaat) pada waktu malam selepas Isya.

Contohnya : Isnin malam selepas Isya (10 minit)

Dapatlah seminggu dalam 30 minit mengajar. Kalau rajin, baru saya extendkan bergantung kepada mood saya dan mood Nuha.

Ada juga lebih masa mengajar tapi biasanya minimum dalam seminggu, 30 minit sahaja.

LANGKAH 3 : ANAK BUAT LATIHAN ABACUS MELALUI BUKU LATIHAN

Video yang saya rujuk untuk mula mengajar anak mengira abacus

Adakah anda ibu bekerjaya yang rasa “lost” sebab tak tahu bagaimana nak mula mengajar anak-anak di rumah secara “part-time”?

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK 

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.