Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Mindset Yang Saya Pegang Dalam Mendidik Anak

June 13, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Alhamdulillah, sudah 4 tahun kami membesarkan anak kami iaitu Nuha Areefa.

Sedikit sebanyak, saya ada juga berkongsi kadang kala perkembangan Nuha kepada rakan terdekat, keluarga dan beberapa orang rapat di sekeliling bila mereka bertanya.

Alhamdulillah, walaupun saya bersyukur kerana Nuha sudah menguasai beberapa aspek IQ seperti membaca dan menghafal AlQuran, English dan Mathematics.

Apa yang buat saya gusar ialah, jika ada ibu yang mula membandingkan Nuha dengan anaknya.

Saya tidak pernah kisah dengan kata-kata negatif orang lain kerana saya jelas dengan apa saya mahu capai dalam mendidik anak saya.

Namun, apa yang saya risaukan ialah. Jika ada ibu yang teringin dan berimpian sama seperti saya..yang mahu anaknya juga menguasai AlQuran, serta ilmu dunia dan akhirat akan mula goyah dan tidak yakin akibat daripada kata-kata yang melemahkan.

Seperti

“Hang kan kerja memang tak sempat ajar anak”

“Alah, anak baru 4 tahun bagi biar main saja”

“Susah lah ajar anak, tak larat kot. Siang kerja, malam nak ajar. Surirumah boleh la..”

Saya hanya kasihan pada ibu yang teringin mahu mengajar anak tetapi mereka terhalang dek kerana kata-kata dan gap ini yang tertanam di minda mereka.

Izin saya kongsi sedikit, apa mindset yang saya pegang di dalam mengajar anak saya ilmu-ilmu berkaitan Spiritual, Emotional dan Intelectual Quotient.

Ini kerana saya juga adalah seorang ibu yang bekerja, juga dalam masa yang sama mempunyai bisnes online dan menulis blog.

=====

MINDSET YANG DITANAM DALAM IBU

1) Fikirkan apa matlamat akhir yang jelas yang kita mahu pada anak kita.

Contoh: Sewaktu anak saya masih bayi, saya sudah mencari apa yang perlu saya lakukan untuk mendidik anak saya dengan sebaik-baik ilmu.

Dan, apabila saya berjumpa dengan blog Puan Lina Karim, ketika itu saya sudah jumpa apa matlamat saya dalam mendidik anak saya.

Iaitu saya mahukan anak-anak saya menjadi Genius Ilmuwan Islam yang berjaya dunia dan akhirat.

Matlamat ini saya tuliskan, walaupun ketika itu saya pun masih “blur” bagaimana mahu capai.

2) Bina mindset yang positif.

Apabila saya berkongsi dengan ibu saya, tentang Puan Lina dan anak-anaknya.

Ibu saya ada suarakan, “Kalau duduk rumah tak kerja, bolehlah nak ajar anak”.

Terus terang, kalau saya terpengaruh dengan kata-kata itu. Dan jika saya juga fikir hal yang sama iaitu

Suri rumah = mampu ajar anak
Bekerja = tidak cukup masa ajar anak

Tentunya saya tidak akan berjaya ajar anak saya hingga sekarang!

Saya hanya diam sahaja dan buat sahaja, usaha dan cari ilmu. Tetapi, pasakkan di dalam minda yang “Aku Boleh”!

Bagaimana saya yakin saya boleh? Kerana kita ada Allah yang mana Allah berkuasa untuk beri masa dan kekuatan pada kita.

Sangka baik pada Allah dalam bina keyakinan yang kita mampu ajar anak juga.

3) JANGAN FOKUS HASIL TETAPI USAHA

Sebenarnya, sepanjang saya mengajar anak. Saya agak jarang fokus pada hasil.

Saya hanya fokus usaha. Kenapa saya berusaha mahu sungguh-sungguh didik anak ?

” Sebenarnya yang masukkan AlQuran dalam anak kita ialah Allah, tugas kita hanya berusaha “. (Kredit: Dr Shafie)

4) FOKUS BIG WHY KENAPA MAHU DIDIK DAN AJAR ANAK

Adakah kerana mahu anak bijak?

Terus terang, saya tidak terlalu kisah anak saya pandai atau tidak.

Apa niat paling awal mengajar bukan kerana saya terlalu mahu lihat hasil.

Sebenarnya, jika anda tanya saya kenapa saya ajar anak saya. Ialah kerana

1. Salah seorang sahabat saya selalu mengingatkan, jika kita punya impian. Masukkan impian tersebut di dalam salah satu tabung akhirat iaitu

– sedekah jariah
– ilmu yang bermanfaat
– anak yang soleh.

Jadi, apabila kita mengajar anak sebenarnya iainya usaha kita dalam mengejar mengisi tabung ANAK YANG SOLEH.

Yang kita bakal bawa tabung ini kedalam kubur.

2. Bonding dan hubungan kasih sayang seorang ibu.

Apabila kita bekerja dan meninggalkan anak kita. Sebenarnya kita sudah kekurangan masa mengenali perangai dan sikap anak kita.

Bagaimana kita mahu kenal perangai anak kita, sikapnya, kesukaannya, apa dia suka buat, apa yang dia cekap dan tidak.

Semuanya adalah melalui aktiviti kita bersama anak.

Kita ajar anak dan buat aktiviti bersama, kerana mahu kenal anak kita dengan rapat dan bina hubungan special time bersama anak.

Contohnya: anak saya seorang yang visual dan kinestetic sebab itu Nuha suka belajar dengan video dan pergerakan.

Ada yang tanya saya, anaknya masih bayi.

” Bagaimana saya nak kenal anak saya ni visual atau kinestetic atau auditory gaya belajarnya?”

Sebenarnya, anda tidak perlu tahu anak anda jenis apa.

Anda hanya perlu kenal anak dan bila anak mengajar anak sendiri, barulah anda akan tahu jenis gaya belajar anak anda.

Saya sendiri tahu lepas 3 tahun mengajar anak saya.

3. Andai kita mati esok, apa yang sudah kita buat dalam mendidik anak kita.

4. Masa sangat cepat berlalu. Anak akan terus membesar dan membesar.

Jika peluang ini dilepaskan, kita akan terlepas peluang mendidik anak kita selamanya.

Peluang dan masa mendidik anak hanya sekali seumur hidup kita dan kemudian masa itu akan berlalu pergi.

5) RAJIN MENCARI ILMU

Dengan ilmu, membina keyakinan.

Disebabkan ilmu, saya tidak risau sewaktu anak saya koyakkan, makan dan gigit flashcard.

Kerana ilmu, saya tidak terlalu kisah lihat anak saya lambat dan anak orang lain cepat.

Kerana ilmu, saya jelas apa yang saya mahu anak belajar dan bukan terikut-ikut orang lain.

Kerana ilmu juga, memberi kefahaman pada diri saya bagaimana berdepan cabaran dan memastikan anak tetap dengan fitrah bermainnya namun dia boleh belajar sambil bermain.

Terus terang saya katakan, walaupun ada orang mengatakan pada saya seperti kasihan melihat Nuha membaca buku Peter and Jane.

Mereka tidak tahu betapa saya bersyukur anak saya boleh membaca awal buku English dan AlQuran.

Bukan kerana mahu anak pandai, tetapi kerana Alhamdulillah tahun ini penggunaan gajet sudah makin berkurang.

Nuha makin jarang mahu lihat hp dan video. Sebelum ini agak sukar kontrol kerana saya banyak menggunakan video dalam pembelajaran.

Kini, bila dia sudah “sibuk” nak baca buku, nak baca Quran dan nak mengira, melukis dan sebagainya.

Demand pada gajet-gajet eletronik sudah semakin kurang.

Sebab anak seronok mahu baca sesuatu yang dia boleh baca.

Sekurangnya, jika di luar dan di kedai makan. Saya tidak perlu memberi hp atau video kartun untuk tenangkan anak saya.

Cukup sekadar sama ada kami baca surah bersama atau dia bawa bukunya untuk dibaca dan ditulis.

Zaman sekarang amat mencabar.

Saya katakan pada suami, kenapa saya aim mahu Nuha boleh membaca awal ialah kerana,

“Dia akan suka baca buku dan minat lagi buku, jadi kita dapat alihkan perhatian Nuha daripada terlalu ketagihkan kartun Boboboy, Upin Ipin, Princess dan sebagainya”

Alhamdulillah, gajet dan segala kartun ini kami dapat kurangkan pada Nuha tanpa dipaksa,

Hanya sediakan “option” lain iaitu ajar dia membaca buku kesukaannya dan dia lebih masyuk pada aktiviti bermanfaatnya itu.

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.