Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Normal Ke Kalau Ada Susu Ibu Yang Termendak Di Sekeliling Botol?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan yang ditanya kepada saya, 

Assalamualaikum, selalu after pam susu saya simpan dalam peti ais bahagian chiller.

Lepas 4 hari, saya letakkan susu dalam plastik storage (plastik liner). Tapi, saya perasan ada susu yang macam freeze di sekeliling botol. Apa yang patut saya buat?

Ada sikit-sikit yang beku, macam termendak. Adakah ini normal?

(Rujuk gambar)

Jawapan saya :

Haah ini adalah normal. Lapisan yang termendak di atas susu itu ialah lapisan lemak. Untuk makluman, susu ibu terdiri daripada 2 komposisi iaitu susu yang cair (foremilk)  dan susu yang agak pekat & mengandungi lemak (hindmilk).

Anda boleh rujuk juga artikel di bawah untuk faham 2 jenis komposisi susu ibu ini.

Susu Saya Cair, Bayi Tak Kenyang, Apa Nak Buat?

Jadi, bila susu dibiarkan selama lebih dari 1 hari. Biasanya lapisan lemak akan terapung di atas. jadi, anda boleh lihat lapisan lemak yang terapung dan melekat di dinding botol susu.

BAGAIMANA NAK PINDAHKAN SUSU KE DALAM PLASTIK STORAGE?

Apa yang anda perlu buat ialah, ambil sudu kecil atau sudu KFC yang muat masuk dalam botol. Kemudian, kikis lemak yang melekat di sekeliling botol tersebut.

  

KIKIS LEMAK DI SEKELILING BOTOL SEBELUM TUANG SUSU.

Sebab lepas kikis susu tu, kita boleh pastikan lemak susu akan bercampur dengan susu. Kemudian, kita boleh “swirl” atau gyang-goyangkan botol itu.

CARA “SWIRL” ATAU GOYANGKAN BOTOL SUSU

Jangan sesekali goncang susu kerana khasiat susu ibu akan rosak. Jadi, lapisan lemak akan tertanggal dan anda boleh pindakan kesemua susu ke dalam plastik storage.

KLIK SINI UNTUK KETAHUI 5 KESALAHAN DALAM PENGEDALIAN SUSU IBU PERAHAN

Biasanya lapisan lemak akan masih lagi terapung di atas susu dan tak perlu risau, biarkan sahaja. Ini kerana, nanti bila anda atau pengasuh memanaskan susu, lapisan lemak itu nanti akan mencair pada suhu biasa dan seterusnya bercampur semula dengan susu.

Lapisan lemak itu hanya terasing jika dalam keadaan sejuk sahaja.

KONSEP SEPERTI SUP DAGING

Anda pernah makan sup daging? Perasan tak, jika sup dibiarkan lama di luar bawah kipas. Lama-kelamaan akan ada seperti lemak berketul yang melekat di sekeliling mangkuk sup.

Apabila anda panaskan kembali sup itu, lapisan lemak biasanya mencair dan akan bercampur semula dengan sup. Ia adalah normal, sama seperti susu ibu.

Kandungan lemak dalam susu ibu adalah penting untuk tumbesaran badan dan otak bayi.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.