Part 1 : Mengajar Anak Kenal “Huruf Hijaiyah” Berbaris Atas dan Mesra Bayi.

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Bagi ibu-ibu yang mengikuti perkembangan anak saya, Nuha Areefa. Sebenarnya, saya mula mengajar anak saya sejak usianya lebih kurang 9 bulan.

Selepas saya hadir ke Seminar Islamic Parenting Network, barulah saya faham sedikit sebanyak cara mengajar Al-Quran pada bayi.

Ianya bermula dengan mengajar bayi anda kenal huruf hijaiyah berbaris atas yang “mesra bayi” dahulu.

KISAH NUHA AREEFA DI USIA 9 BULAN

  1. Diperkenalkan dengan huruf hijaiyah berbaris atas (mesra bayi)

Dibawah ialah senarai huruf hijaiyah mesra bayi.

2.  Video hijaiyah Abata Keretapi yang ada di Youtube. Saya kongsikan di sini linknya.

Saya download masukkan dalam pendrive, kemudian pasang di TV ruang tamu.

AMARAN : HANYA PASANG 5 – 10 MINIT SEHARI SAHAJA

Ini kerana kanak-kanak dibawah usia 5 tahun tidak perlu lihat/didedahkan dengan skrin dalam masa yang lama.

Ada juga, video Youtube hijaiyah yang saya sendiri sebut, rakam dan upload di Youtube. Ini kerana, masa tahun 2013, agak kurang video hijaiyah berbaris atas. Jadi, saya fikir saya perlu buat sendiri video, kalau ada masa lapang, boleh guna untuk tunjukkan anak video hijaiyah ini.

Okay, saranan saya hanya tayangkan video ini sahaja dulu sampai anak betul-betul kenal dan boleh sebut.

PENGALAMAN SAYA SENDIRI

  1. Hanya perlu tunjukkan 4-5 flashcard sehari sahaja selama 2 minit, dua kali sehari. Biasanya saya tunjukkan masa pagi dan malam.
  2. Perkara yang perlu dibuat sepanjang masa (kerap) ialah audio ALQuran. Saya hanya memasang Juzuk Amma sahaja, Qari Misyary dan audionya diulang-ulang di tempat/kawasan anak kita bermain.

PROGRESS NUHA KETIKA ITU

Gigit, koyakkan flashcard dan kelihatan seperti tidak mendengar apa yang kita sebut. Tidak perlu risau kerana ianya normal, memang itu gaya anak kecil belajar. Apa yang penting ialah, kita konsisten tunjukkan kad ini setiap hari. Gambar takda sebab saya pun dah buang flashcard yang memang anak gigit tu sebab penuh air liur dia.

BILA ANAK SAYA MULA PANDAI SEBUT DAN KENAL HURUF HIJAIYAH YANG SAYA TUNJUKKAN?

Sepanjang 7 bulan saya tunjukkan, memang Nuha tiada apa respon pun. Jadi, masa tu saya pun takda video Nuha, yelah buat apa rakam kalau video tu dia pun tak tengok apa yang kita ajarkan hehe.

7 BULAN ADALAH FASA NORMAL ANAK TAK BAGI RESPON DAN SEBUT HURUF HIJAIYAH YANG KITA TUNJUK.

Nuha hanya sebut dan kenal hampir keseluruhan huruf hijaiyah pada usianya 1 tahun 5 bulan (setelah saya pun hampir rasa nak putus asa masa tu sebab ajar anak tapi takda respon). Masa ini baru saya dapat rakam video Nuha.

BERAPA SET KAD HIJAIYAH DIPERLUKAN SEPANJANG JOURNEY INI?

Sepanjang tempoh ini, saya memerlukan sebanyak 4 set. Mulanya saya beli 3 set kad hijaiyah sahaja, tapi tak cukup.

  1. Untuk digunakan ketika sesi flashcard mengajar Nuha.
  2. Untuk dipegang, dimakan dan dibuat main oleh Nuha
  3. Untuk dilekatkan di dinding dan dijadikan poster.

CONTOH POSTER YANG SAYA BUAT

  1. Untuk disimpan di dalam beg dan dibawa ke mana-mana kalau travel. Biasa tunjuk dalam kereta, masa anak atas riba kita atau balik kampung/tinggalkan anak kat pengasuh.

UMAR FURQAN JUGA GUNA KAEDAH YANG SAMA

Alhamdulillah, jika untuk anak pertama iaitu Nuha. Kaedah ini berjaya, jadi saya teruskan guna kaedah yang terbukti berkesan ini kepada adiknya Umar Furqan pula.

Boleh lihat video di bawah ya.

Okay, saya harap anda faham yang saya tidak melayangkan flashcard sepanjang masa ya. Sesi flascard ini hanya

DUA KALI SEHARI. PAGI DAN MALAM. SATU SESI HANYA 2 MINIT SEHARI.

Okay, kalau anda dah clear. Mesti anda akan tertanya, pastu apa yang anak saya main selain masa tu? Dah ajar flashcard pun sekejap saja?

Ya, anak saya main permainan yang merangsang skill motor (skill halus) seperti di bawah.

USIA 9 BULAN HINGGA 1 TAHUN 6 BULAN

Jadi, pada usia ini saya fokus 3 benda saja, flashcard hijaiyah berbaris atas, audio Al-Quran dan video flashcard tadi.

Ketika usia Nuha 1 tahun 7 bulan, barulah saya mula mengajar Nuha menggunakan Buku Al-Furqan 1. Itu nanti saya share di post yang lain ya.

Cuma, nasihat saya kalau kita ada dua orang anak. Cuba sebolehnya elakkan bandingkan anak yang itu dengan yang ini. Macam kata yang ini slow atau yang ini laju. Raikan perbezaan mereka dan kemampuan setiap anak ya.

Macam anak kedua saya, Umar dia lebih sukakan English. Jadi, bab Al-Quran ni rasanya dia boleh sebut dan kenal huruf hijaiyah pun masa usia 2 tahun lebih juga. Apa yang penting ialah kita sentiasa konsisten tunjukkan pada anak.

Adakah anda ibu bekerjaya yang rasa “lost” sebab tak tahu bagaimana nak mula mengajar anak-anak di rumah secara “part-time”?

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK 

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.

Senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.