Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

4 Jenis Pemakanan Supaya Anak Putih Dan Gebu

June 10, 2015 by Blog, Kehamilan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Assalamualaikum semua

Topik tentang pemakanan memang selalu menjadi tanda tanya ibu yang baru hamil terutama hamil anak sulung. Saya kerap mendapat pertanyaan seperti,

Nak kena makan apa bagi bayi sihat, cerdik dan tentunya comel berkulit bersih ye?

Menjadi impian setiap ibu supaya anak dalam kandungan baik-baik sahaja dan kalau comel berkulit cantik, mesti lagi seronok kan!

Baiklah disini saya kongsikan 4 jenis pemakanan supaya anak putih dan gebu!

#1 ZAAFARAN

download (1)

 

Zaafaran/saffron dikenali sebagai “king of spices”. Ianya adalah antara herba termahal di dunia, kerana manfaat dan nilainya yang tinggi.

Antara khasiat zaafaran ialah ia mampu mencerahkan dan melembutkan kulit bayi, bayi sihat dan mencerdaskan minda.

Bagi ibu pula, ia mampu mengurangkan keletihan, melancarkan aliran darah, mengelakkan sembelit, mengawal tekanan darah dan kolesterol serta membantu dalam penghasilan susu ibu selepas bersalin nanti.

Seeloknya amalkan zaafaran sejak awal kehamilan lagi.

Ibu boleh mencampurkan madu dan 3 urat zaafaran untuk ditelan setiap pagi.

Ianya memang amalan cendekiawan dan ulama Islam terdahulu untuk mengubati penyakit lupa dan menajamkan akal fikiran.

InsyaAllah pengambilan semasa hamil, pasti menjadikan bayi mulus dan cerah kulitnya serta cerdas dan tajam akal fikirannya. Ameen.

#2 BUAH-BUAHAN SEGAR

 

Grow-Hair-Faster-Thicker-and-Stronger-with-Carrot-Juice-Helen-Helz-Nguyen-3

Buah-buahan segar sememangnya adalah sumber vitamin terbaik.

Usahakan untuk memakannya setiap hari dan pastikan stok buah-buahan seperti delima, tembikai, pisang dan lain-lain sentiasa ada di rumah untuk dimakan ibu hamil.

Cubalah sekurang-kurangnya ada 1 buah pada 1 hari pun okey.

Kandungan air dan serat dalam buah-buahan memang tinggi. Memandangkan ibu hamil selalu panas dan berpeluh, ianya akan menggantikan cairan yang hilang tadi dengan air dan serat dari buahan segar.

Kalau malas mengunyah, blender saja jadikan jus buah-buahan. InsyaAllah nanti bukan bayi sahaja cantik kulitnya, malah ibu juga cantik dan bersih kulit ibu sepanjang mengandung dan bersalin nanti.

#3 BUAH- BUAHAN KERING

667677499FruitNuts1

Buah kering seperti kismis, buah tin dan apricot kering sangat elok untuk ibu mengandung.

Ianya seperti manisan buat ibu hamil.

Buah Tin juga adalah salah satu buah daripada syurga yang mana, pastinya buah tin mempunyai banyak khasiatnya buat ibu hamil.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda (mafhumnya) : Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari Syurga maka aku katakan, inilah buahnya (Tiin). Sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (Hadis Riwayat Abu Darba;Suyuti)

#4 DAGING KAMBING/MERPATI

download (2)

Daging kambing dan merpati sangat baik dimakan ibu hamil.

Ibu boleh jadikan menu masakan bersumberkan dari dua daging ini.

Sesekali jika ibu sudah bosan dengan lauk ayam, boleh lah cuba masakan kambing atau merpati goreng.

Ianya baik supaya badan ibu cergas dan kuat, mengelakkan badan ibu terasa lemah.

Ibu boleh mula amalkan ye makanan-makanan ini!

InsyaAllah di lain post saya akan kongsikan pula pemakanan supaya bayi dalam kandungan tinggi IQnya!

Semoga bermanfaat!

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.