Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Pemakanan Ibu Supaya Susu Banyak Dan Berkualiti

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Sebelum ni, saya sudah kongsikan tentang 4 tanda bayi dapat cukup susu ibu.

Salah satunya ialah berat naik!

Ada ibu bertanya,

Bayi saya tak naik berat, saya menyusu sepenuhnya

Ini tandanya bayi tak dapat cukup susu ibu.

Apa puncanya?

Ada 3  iaitu sama ada

  1. Ibu tertekan, letih dan terlalu stress
  2. Pemakanan dan minuman tak seimbang
  3. Bayi hisap payudara tak betul

Namun, post yang ini saya hanya mahu FOKUS pada point yang KEDUA iaitu Pemakanan Ibu Menyusu supaya susu ibu yang dihasilkan BERKUALITI.

Ramai orang fokus pada KUANTITI..banyak..mereka suka susu ibu banyak. Tapi, silapnya bila susu yang dihasilkan tak berkualiti.

Jadi, bagaimana cara meningkatkan mutu dan kualiti susu ibu?

KENAPA PEMAKANAN IBU MENYUSU PENTING?

Seperti yang dikatakan oleh Dr Suriyakhatun (Medical Doctor & Practice Homeopathy) di blognya

Susu badan berbeza mengikut nutrisi dan pemakanan ibu. Semua khasiat susu juga bergantung pada kesihatan ibu dan mutu probiotics yang ada dalam susu ibu bergantung pada kesihatan usus ibu.
Bila saya rawat bayi eczema, dimana anak itu menyusu badan, saya akan ambil kira juga kesihatan usus ibu dan seringkali saya akan berikan rawatan kepada ibu untuk betulkan usus.
Jika ibu mempunyai penghadaman dan usus yang kurang optima, ini perlu dibetulkan supaya mengeluarkan susu yang terbaik untuk bayi.

Bak kata Dr Suriyakhatun, kesihatan diri ibu, tahap stress dan emosi ibu semuanya mempengaruhi anak yang disusukan dan anak dalam kandungan.

Bila cakap tentang sistem pencernaan/penghadaman, ianya sangat berkaitan dengan USUS dan PERUT iaitu kaitannya dengan APA YANG KITA MAKAN HARI-HARI !

Jadi, disini saya ingin kongsikan

  1. Amalan Makanan Yang Perlu Dimakan Selalu
  2. Makanan (Natural Supplement) Untuk Banyakkan Susu

AMALAN MAKANAN  IBU MENYUSU

( Perlu dimakan selalu sebagai amalan)

1. Beras perang dan semua bijirin, yang organik adalah lebih baik.

Kentang, ubi kayu, ubi keledek adalah sumber karbohidrat yang baik.

3ebd2045c09b064aa9a81e7ddbd2710f

2. Lauk Pauk, pastikan anda makan 3 bahagian PROTEIN setiap hari. Contohnya

  • PAGI                     : Telur
  • TENGAH HARI : Ikan kembung sederhana saiz (seekor)
  • MALAM               : Seketul ayam/ daging

Wondering-what-the-best-source-of-protein-is-inside

3. Sayur 2 mangkuk setiap hari, Wajib ada sayur hijau, pelbagaikan warna sayur.

Pastikan ada ulam untuk Vitamin C

download

4. Buah-buahan segar seperti pisang, betik, pelam, epal termasuklah limau nipis (boleh masukkan dalam salad atau buat air)

Composition of various exotic fruits isolated on white background

5. Garam Bukit

1305777865317

6. Santan, Virgin Coconut Oil atau Extra Virgin Olive Oil

image001

7. Guna Minyak Kelapa Sawit sebagai masakan

b20

8. Kacang Dhal, Tauhu dan Tempe (sebagai sumber kalsium dan minerals)

manakah-yang-lebih-baik-tahu-atau-tempe

9. Sup Tulang (Bone Broth)

Contohnya ikan masak pindang, sup ayam, sup tulang, atau ikan bilis tumbuk sebagai rencah sayur.

11375178_1639368862973752_895123833_n

10. Gunakan gula perang organik dan madu. Kurangkan penggunaan gula putih.

Brown-Sugar

12. Susu kambing organik (tak perlu kalau sudah amalkan sup tulang)

susu kambing

 NATURAL SUPPLEMENT UNTUK BANYAKKAN SUSU

1. Halba.

Campurkan 1 sudu teh halba dalam segelas air mendidih, rendam 5 minit. kemudian campurkan madu asli.

Minum setiap hari.

Risiko : Peluh anda akan berbau

images

2. Gum Arabic

Sebagai prebiotic, immune booster, amino acid dan minerals.

31fiqjNbLSL

3. Omega-3

Contohnya Chia Seed

FN_chia-seeds-thinkstock_s4x3_lg

4. Chlorella

chlorella-tablets

5. Aloe Juice

jar-full-of-aloe-vera-juice-gel-e1393847352455

6. Kunyit Hidup

Sebagai immune system boosters

download (1)

7. Minyak Habbatus Sauda

nigellaseedcontents3

8. Kekacang

Seperti almond, sunflower seeds, pumpkin seeds, cashew nuts dan lain lagi.

mixed-nuts-on-white-background

9. Kurma

Tinggi protein dan iron buat ibu

10313949_663822913729773_3026289609219603034_n

10. Buah kering.

Seperti kismis, cranberry, apricot, buah tin dan lain lagi.

667677499FruitNuts1

Oklah setakat ini dulu.

Anda perlu elakkan juga pemakanan yang boleh merosakkan usus!

Apa dia makanan yang boleh rosakkan usus ye?

Nantikannya di post yang lain.

Semoga bermanfaat!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.