Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

3 Jenis Makanan Tingkatkan IQ Bayi Dalam Kandungan

September 3, 2015 by Blog, Kehamilan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Ramai ibu mahukan anak yang bijak. Namun, adakah ibu tahu bagaimanakah cara untuk mendapatkan anak yang bijak?

Disini saya ingin berkongsi tips pemakanan untuk mendapatkan anak yang bijak.

Antara persoalan yang selalu ditanya ibu hamil ialah

Apakah makanan yang dapat membentuk IQ dan minda anak sejak dari dalam kandungan?

Tentunya setiap ibu mahukan anaknya bukan sahaja sihat dan kuat serta sempurna fizikal. Namun juga anak cerdas dan pintar bukan?

Oleh itu, ibu perlu pastikan pemakanan dijaga dan ambil makanan yang bagus untuk pembentukan otak dan IQ anak sejak di awal kandungan lagi. Pembentukan otak bermula sejak bayi dari dalam kandungan, oleh itu janganlah sia-siakan masa ini kerana makanan bernutrisi yang tinggi asid folik dan DHA sangat penting dalam pembentukan otak bayi.

Jadi, saya kongsikan disini 3 makanan utama yang PENTING diambil oleh ibu mengandung untuk pembentukan otak dan IQ bayi!

#1 KEKACANG

mixed-nuts-on-white-background

 

Saya masih ingat lagi kenangan ketika saya disahkan hamil mengandungkan anak saya, Nuha. Selepas check-up pertama kali di klinik, perkata utama yang doktor tekankan ialah pengambilan asid folik, dan saya juga dibekalkan dengan satu paket vitamin folic acid.

Ape yang saya tahu ketika itu, penting untuk di awal kehamilan. Ibu ambil asid folik, untuk pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas! Siapa tak nak anak cerdik kan..hehe.

Sebenarnya, sumber asid folik ini boleh didapati daripada kekacang. Seperti badam, walnut, pistachio dan kacang gajus.

Sekarang, saya lebih jelas rupanya sangat bagus menjadikan kekacang ini sebagai snek wajib. Ia boleh membantu perkembangan otak janin dan jugak, bertindak sebagai pembersih usus untuk ibu juga!

Namun, makanlah dengan kuantiti sederhana ye!

 

#2 IKAN

 

519a53a48997f.preview-620

Ikan adalah sumber protein, bukan itu saja..ikan juga ialah sumber DHA dan omega yang sangat baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Jika ibu kerap makan ikan sepanjang hamil, InsyaAllah anak yang lahir tinggi “IQ” nya.

Seeloknya belilah ikan segar yang sederhana saiznya. Kerana ikan besar biasanya berada dalam laut dalam, yang dikhuatiri tinggi kandungan merkuri dan toksik di dalamnya.

Lepas ini bolehlah ibu buat menu resipi berasaskan ikan ye.

Asam Pedas Ikan Pari

ASAM PEDAS IKAN PARI

#3 CHIA SEED

FN_chia-seeds-thinkstock_s4x3_lg

Biji chia, memang terkenal dengan kandungan DHA dan EPA nya yang lebih tinggi daripada minyak ikan. Cuba masukkan chia seed dalam makanan atau minuman kita. Ianya ialah sumber utama Omega 3 dan energy booster.

Bagaimana cara nak makan chia seed dan masukkan dalam makanan? Anda boleh google sahaja kerana memang banyak di internet kerana khasiatnya.

Contoh seperti yang saya buat, lepas , taburkan saja diatas roti, nasi goreng atau pizza. Juga boleh masukkan di dalam cucur udang dan cucur bilis. Ibu dan semua ahli keluarga seperti suami dan anak-anak yang lain juga akan mendapat manfaat dan khasiatnya.

 Akhir kata, semoga perkongsian ini bermanfaat ye!

 

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.