Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan Ibu Menyusu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Pada post yang lepas, saya telah kongsikan pemakanan ibu supaya menghasilkan susu yang berkualiti. 

Jadi, kali ini saya nak kongsikan pemakanan yang perlu dielakkan ibu menyusu, kerana senarai makanan di bawah boleh merosakkan usus ibu.

KENAPA PEMAKANAN IBU MENYUSU PENTING?

Seperti yang dikatakan oleh Dr Suriyakhatun (Medical Doctor & Practice Homeopathy) di blognya

Susu badan berbeza mengikut nutrisi dan pemakanan ibu. Semua khasiat susu juga bergantung pada kesihatan ibu dan mutu probiotics yang ada dalam susu ibu bergantung pada kesihatan usus ibu.
Bila saya rawat bayi eczema, dimana anak itu menyusu badan, saya akan ambil kira juga kesihatan usus ibu dan seringkali saya akan berikan rawatan kepada ibu untuk betulkan usus.
Jika ibu mempunyai penghadaman dan usus yang kurang optima, ini perlu dibetulkan supaya mengeluarkan susu yang terbaik untuk bayi.

Bak kata Dr Suriyakhatun, kesihatan diri ibu, tahap stress dan emosi ibu semuanya mempengaruhi anak yang disusukan dan anak dalam kandungan.

Bila cakap tentang sistem pencernaan/penghadaman, ianya sangat berkaitan dengan USUS dan PERUT iaitu kaitannya dengan APA YANG KITA MAKAN HARI-HARI !

Jadi, disini saya ingin kongsikan 7 Jenis makanan yang boleh merosakkan kesihatan usus ibu menyusu jika diambil dengan kadar yang kerap dan hari-hari iaitu

#1 MAKANAN BERKIMIA
Processed-Food-Almost-Ruined-My-Life
#2 AIR GAS/BIKARBONAT
501512900_487

Elakkan minum air gas/berkarbonat. Ianya mengandungi kadar gula yang tinggi, pewarna dan pemanis tiruan yang tinggi serta asid di dalamnya juga tidak elok untuk badan ibu. Sebaiknya hentikan lebih bagus. Bila mana gula diambil dengan berlebihan, ianya mampu membiakkan bakteria jahat yang dinamakan candida albicans dalam usus ibu. Bakteria ini makanannya ialah gula. Bila ia membiak, dan meng”kucar-kacir”kan usus ibu, maka ia jadi punca pelbagai penyakit seperti keputihan, keletihan, sembelit dan paras gula dalam darah juga tinggi.

#3 JERUK DAN PENGAWET
1

Makanan berpengawet sememangnya tidak elok untuk kesihatan. Bahan pengawet dan pewarna, bukan sahaja tidak berkhasiat malah membawa kepada pelbagai penyakit lain di masa akan datang.

#4 KEK DAN KUIH

538867_10151146600123908_1533955103_n1

Boleh makan tetapi jarang-jarang. Ini kerana kek dan kuih dibuat dari tepung putih. Tepung putih biasanya mengandungi bahan peluntur “Benzoyl Peroksida”.

#5 SERBUK PERASA YANG MENGANDUNGI MSG

No-MSG2
#6 MINYAK ROSAK/TRANSFAT
Minyak Masak

Minyak masak yang telah digunakan berkali-kali sehingga berubah warna.

#7 GULA PUTIH
c3e794eebd11e557_467009529.xxxlarge_2x

Pengambilan gula putih perlu dikawal ketika menyusu. Pengambilan gula berlebihan hanya menyebabkan zat dan nutrisi tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan dan ia mampu menjadi punca pelbagai penyakit lain seperti sembelit, keputihan, dan badan terasa tidak sihat

Akhir kata, semoga artikel ini bermanfaat!

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Set Berpantang Lengkap

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

(KLIK PADA GAMBAR)

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.