



Bagi tahun 2019, pada ketika ini usia Nuha 7 tahun. Disini saya ingin rekodkan penjalanan dan pencapaian anak saya Nuha Areefa pada tahun 2019.
(Januari until Jun)
1) KGL Contest
Pada tarikh 3 Mac 2019, Nuha telah menyertai KGL Contest yang bertempat di Han Chiang Primary School.
Sebenarnya, KGL Contest ini hanya untuk pelajar usia 8 tahun hingga 18 tahun sahaja. Nuha juga tak layak untuk menyertainya. Tetapi, “last minute” ada pelajar yang menarik diri dan Nuha masuk pertandingan ini pada saat akhir.
Nuha masuk kategori Pre-Level A1 dimana level ini hanya untuk kanak-kanak usia bawah 8 tahun dan penyertaan mereka percuma serta tak termasuk dalam pemilihan contest tersebut. Ia sekadar pengalaman saja.
Apapun, ianya pengalaman yang menarik untuk Nuha bila menyertai pertandingan ini. Dibawah ialah slip penyertaan Nuha.
Gambar semasa contest berlangsung.
Kami bergambar sebelum mula pertandingan.
Bilik tempat Nuha ambil contest. Ini adalah pengalaman pertama Nuha menjawab soalan MCQ
Sijil Penyertaan KGL Contest
2)Penang Tinker Weekend
Ianya adalah program yang dijalankan di Penang Science Custer pada 24 Mac 2019. Boleh lihat gambar dibawah.
Biasanya, Penang Science Cluster akan mengadakan program seperti ini setiap dua kali setahun. Awal tahun, mereka akan mengadakan Penang Tinker Weekend pada awal tahun dan pada hujung tahun, akan ada Penang Science Fair pula.
Ini adalah kali kedua anak saya datang ke tempat ini.
.
3D Hologram
Lepas kami mendaftar, tempat pertama yang saya dan Nuha singgah ialah 3D Hologram iaitu membuat plastik berbentuk hologram.
Bila siap plastik ni, letak atas hp kita boleh nampak imej tu timbul.
.
Seterusnya, Nuha buat dan tulis buku guna software storyjumper.com
Best juga sebab anak dapat creativiti mencuba software ini dan karang sendiri cerita yang dia suka melalui ideanya sendiri.
.
Lepas itu, kami ke tempat sabun.
Disini, Nuha belajar sublimation proses iaitu bagaimana solid (pepejal) bertukar menjadi gas.
Bahan yang digunakan ialah “dried ice” iaitu ais kering. Ais ini diletakkan dalam detergent yang ditambah air dan pewarna.
Ia akan bertukar menjadi wap. jadi, bubble yang keluar tu, Nuha dapat rasa dengan tangan dia.
.
Selepas tu, kami ke stesen seterusnya. Ada activity yang rangsang fokus anak iaitu pindahkan alatan dari satu side ke side yang lain.
Ada flight simulator dan science magic show. Tak dapat lama sangat sebab kami ada urusan selepas tu. Lepas tengah hari kami dah bertolak balik. Semoga perkongsian ini dapat menarik minat anak anda tentang Sains.
.
Boleh lihat gambar di bawah.
3) Sijil Initial Communication Skill dari Trinity College Of London
Exam Initial ini Nuha ambil pada November 2018 dan baru dapat sijil pada tahun ini. Jadi, pada November 2019 baru Nuha akan daftar untuk exam Grade 1 Communication Skill.
Untuk pengetahun semua, exam ini adalah dibawah Trinity College London bagi mereka yang minat bahasa Inggeris serta mahu menyambung pengajian di kolej tersebut.
Macam jika anak saya ambil exam ini setiap tahun sampai Grade 8, jika dia minat bidang ini. Nuha akan terus boleh dan berkelayakan untuk ambil sijil Professional Certificate in Communication Skills.
Macam sekarang, pada usia anak saya 7 tahun akan ambil exam Grade 1, jadi pada usia anak saya 15 tahun Nuha akan ada sijil Professional Certificate Communication Skill di kolej ini.
PS : Anak saya memang minat English.
4) Persembahan Storytelling di Tic Toc Music Sdn Bhd
Saya dengan Teacher Rita dan Ika (kawan baik) dan anak-anak kami.
Nuha dapat sijil dari Teacher Margeret dan Teacher Rita.
5) Persembahan Storytelling Nuha di Baba Farms Organic Plantation pada 2 Jun 2019
6) Hafazan Al-Quran Nuha AlHafizah
Alhamdulillah, pada tahun ini Nuha telah berjaya menghafal Surah An-Naba dan Surah Al-Baiyinah di sekolah tahfiznya.
7) Perkembangan Akademik Nuha Areefa pada tahun 2019 di usianya 7 tahun
Bagi English (kelas Cambridge), Nuha sudah ke level Pre-movers dan menggunakan buku Smiles 3. Nuha juga akan ambil exam Cambridge pada bulan November tahun ini. (Untuk makluman, biasanya level Pre-movers adalah untuk pelajar usia 9,10,11 dan 12 tahun)
Biasanya result exam Nuha pasti gempak! Alhamdulillah.
Bagi Bahasa Melayu, Nuha sudah habiskan semua silibus Bahasa Melayu Tahun 1. Boleh lihat result Nuha di bawah.
Selain itu, Nuha juga sudah belajar Sains, Matematik dan menulis serta membaca Jawi. Banyak buku Sains, Matematik dan Jawi yang sudah dikuasai oleh Nuha.
Paling best sebab Jawi, Nuha sudah pandai menulis nama dia sendiri dalam huruf Jawi.
Last but not least~
This is the first book written by Nuha Areefa~
Hari itu anak saya explore software storyjumper.com
Ini kali kedua “explore” dan Nuha dah publish buku firstnya.
Story by : Nuha Areefa (7 years old)
https://www.storyjumper.com/book/index/70495345/5ceca56aee7b9
Alhamdulillah terima kasih ya Allah atas segalanya. Terima kasih suamiku Shuhaimi Abu Samah kerana komited mendidik anak-anak kita.
Adakah anda ibu bekerjaya yang rasa “lost” sebab tak tahu bagaimana nak mula mengajar anak-anak di rumah secara “part-time”?
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK



