Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Panduan Penyediaan Solid Food Untuk Bayi

November 15, 2014 by Blog, Solid Food No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Sewaktu Nuha kecil dulu, saya banyak belajar membuat puri dan solid food dari majalah PaMa, buku Menu Makanan Bayi-6 Tahun dan Internet.

Disini saya ingin kongsikan cara saya sediakan puri dan jenis buah & sayuran yang anda boleh cuba kat baby.

Apapun, moga membantu ibu-ibu diluar sana ya!

Boleh rujuk dulu jadual carta pemakanan di bawah.

Buah-buah yang lembik seperti pisang dan mangga (pelam), tidak perlu dikukus.

Buah-buahan yang keras seperti pear, epal, carrot, brocolli dan labu perlu dikukus supaya lembut sebelum dikisar.

Bagi buah kurma, perlu dibuang kulit dan direndam di dalam air suam dahulu sehingga kembang, baru dikisar.

Bagi ibu-ibu yang baru mula nak kenalkan bayi dengan puri, perlu mulakan satu-satu dahulu. Buat “eksperimen” buah yang sama sahaja selama 3 hari.

Sebab kita nak tengok bayi serasi atau boleh terima ke tidak buah itu. Ini kerana sistem penghadaman mereka masih belum matang lagi.

Contoh :

Saya mula dengan puri carrot, dan Nuha okey, suka dan makan 3 hari berturut.

Seterusnya saya buat puri pisang, 3 hari berturut dan Nuha okey.

Kemudian saya sambung dengan puri brocolli + bubur nasi. Lepas hari kedua, najis Nuha jadi keras.

Jadi, saya terus stop dulu sayur brokoli, banyakkan air masak dan teruskan dengan pemberian buah yang dia okey seperti pisang dan carrot.

Tujuan 3 hari berturut buah yang sama sebab kita nak tahu bayi okey tak dengan buah itu.

Kalau satu hari anda campur pisang dengan epal contohnya, bila anak sembelit, susah anda nak kenal pasti, anak sembelit sebab ape?

Sebab pisang ke epal?

Jadi, awal-awal ini untuk yang baru nak mula bagi anak makan, kira macam buat “test” dulu setiap satu buah dan sayur kat anak.

Lepas dah “test” semua, barulah boleh buat senarai buah dan sayur yang anak anda suka makan dan dia boleh makan.

CARTA PEMAKANAN BAYI

k                  panduan puri

Disini saya sertakan juga photo bagaimana bentuk makanan bayi mengikut umurnya yang saya dapat daripada Kumpulan Ibu Menyusui Indonesia. Semoga bermanfaat ya!

11655439_945951728758883_252785737_n11655441_945951732092216_1060370980_n11733410_945951718758884_409842280_n11737149_945951722092217_1515986769_n

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.