Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Perlukah Saya Pam Susu Setiap Kali Lepas Menyusu Bayi?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan yang pernah ditanya kepada saya oleh ibu menyusu ialah

Perlukah saya pam susu setiap kali lepas menyusukan bayi? Biasanya bayi menyusu tak lama dalam 15 minit lepas tu dia tidur. Setengah jam lagi dia akan nak menyusu lagi, jadi perlukah saya pam susu?

(Usia bayi 1 bulan setengah)

Jawapan saya :

Untuk soalan perlu ke pam lepas setiap kali menyusu bayi.

Bergantung kepada matlamat dan keperluan puan sendiri. Saya bagi contoh, kalau matlamat puan nak banyakkan lagi susu dan nak buat stok susu yang banyak, puan boleh pam setiap kali lepas menyusu bayi dan saya boleh kongsikan artikelnya.

Kalau puan rasa tak nak lagi buat stok susu dan nak fokus menyusu dulu buat masa ini, jadi tak perlu pam lagi.

Pam extra (tambahan) bila perlu saja dan jawab dulu soalan ini dalam diri kita, “Apa matlamat aku nak pam setiap kali lepas menyusu bayi?”

Sebab puan perlu faham, susu tak cukup pun ada masalahnya dan susu kalau terlebih banyak pun ada masalah.

Kalau susu tak cukup, puan fahamkan apa masalahnya. Kalau stok susu terlalu banyak pula, maknanya susu dihasilkan lebih dari keperluan bayi.

Masalah yang akan timbul :

1)Puan perlu habiskan banyak duit untuk membeli peralatan penyusuan seperti botol simpanan susu, plastik liner dan deep freezer.

2)Perlu menguruskan susunan stok susu yang banyak mengikut tarikh.

3) Jika stok masih banyak dan susu nak expired (tarikh luput), sama ada puan perlu buang susu atau cari anak susuan (kalau tak nak membazir)

4) Puan juga perlu spend masa yang lebih di rumah untuk mengepam dan menguruskan stok susu yang banyak.

Jadi, terpulang pada matlamat puan.

Sebab lain orang lain matlamatnya untuk pam susu dan banyakkan susu lepas menyusu.

Contoh ibu A : Memang akan pam setiap kali lepas menyusu. Susu memang akan banyak hingga penuh freezer kerana ibu A memang ibu menyusu dan ada anak susuan sampai 8 orang.

Contoh ibu B : Pam sekali sehari atau biasanya tak pam di rumah. Di rumah hanya fokus menyusu bayi dan hanya pam di tempat kerja sahaja.

Ini kerana matlamat ibu B fokus hasilkan susu yang cukup untuk anaknya sahaja dan tiada hasrat jadi ibu susuan.

Puan cuma perlu faham asas penyusuan

Asas Penyusuan : Kalau bayi dah menyusu ikut keperluan dan ibu juga pam susu di tempat kerja, memang susu akan sentiasa dihasilkan cukup-cukup untuk keperluan bayi.

Bila puan pam extra lagi di rumah, susu puan akan bertambah lagi banyak dan biasanya kita akan simpan sebagai stok susu.

Jadi, puan kenalpasti dulu apa matlamat puan? Dari situ, puan akan tahu sama ada hari itu puan nak pam extra lagi (maksudnya lepas menyusu nak pam susu) atau puan hanya fokus menyusu bayi sahaja ikut keperluan.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.