Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Perlukah Susu Formula Selepas Anak 2 Tahun?

November 1, 2014 by Blog, Penyusuan, Weaning Off No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik “Adakah Perlu Susu Formula Selepas Anak 2 Tahun?”.

Untuk pengetahuan semua, selepas anak saya berumur 2 tahun, saya tidak membeli sebarang susu formula khas di dalam tin. Pengetahuan dan ilmu juga saya cari sebelum saya membuat keputusan ini. Antaranya ialah, saya bertanyakan kepada pakar dan membaca pendapat mereka tentang perlu atau tidak susu formula selepas anak 2 tahun. Ada 3 orang pakar yang saya baca atau tanya pendapatnya. Dan disini saya ingin kongsikan pendapat mereka. 

1. Dr Suriyakhatun. Beliau ialah seorang Doktor Bertauliah dan suka berkongsi ilmunya di facebook. Disini saya kongsikan posting beliau tentang isu ini.

dr suriya

Masih dalam topik pemakanan anak .Ibubapa masih mesej saya bertanya kalau tak berikan susu formula sesuai dengan umurnya apa nak digantikan ? Ini adalah tentang anak melebihi dua tahun .

Saya rasa kebingungan ibubapa sedikit sebanyak disebabkan pengiklanan yang tidak bertanggung jawab dimana dikehendakki pergantungan kepada serbuk-serbuk yang dirumuskan dan juga susu formula siap dengan umur anak tertera pada tinnya .

Sebenarnya ada peranan serbuk-serbuk ini . Saya pernah rawat seorang kanak -kanak perempuan berumur 5 tahun yang terlalu kurus dan terbantut yang hanya makan jajan setiap hari dengan mengesyurkan makanan serbuk dalam tin sebagai perantaraan untuk cepatkan penyembuhannya . Total foods yang dimaksudkan bentuk serbuk seperti Ensure, Complan dan lain-lain. Nyata kesemua ini mengandungi gula dan kimia lain-lain.

Namun demikian, bilamana nutrisi terlalu terjejas dan penghazaman terlalu terjejas serta selera makan pada makanan berkhasiat langsung tidak ada, maka serbuk-serbuk ini boleh diberikan sementara pemulihan dilakukan melalui rawatan .

Kanak-kanak yang dimaksudkan tidak lalu makan langsung dan saya mulakan rawatan homeopathy serta menyuruh ibubapa beli serbuk formula seperti yang disebutkan dan berikan kepadanya mengikut sukatan sesuai tiga kali sehari .

Sebulan kemudian, seorang kanak-kanak masuk dalam bilik rawatan saya berlari sambil melompat ( skipped into my room) dan terus pegang tangan saya sambil berkata, doktor, saya sudah makan nasi sekarang ! Saya terus melihat nota pesakit dan baru sedar inilah anak yang kurus kering tak bermaya sebulan yang lepas . Dia sudah berisi dan bertenaga. Anak yang sememangnya pintar itu telah dengar apa yang saya perkatakan kepada ibubapanya dan berusaha melakukan seperti yang disarankan dengan serbuk itu sebagai langkah emergency sehingga selera makannya untuk nasi, lauk dan sayur pulih .

Maka, amatlah tidak wajar memberi formula serbuk sebagai makanan harian ! Gunakan hanya bila anak sakit dan tidak ada selera untuk makan dan tidak ada masa nak sediakan makanan asli yang berkhasiat seperti bone broth dan lain-lain .

2. Dr Hairin Anisa Tajudin. Beliau ialah seorang Pakar Paediatrik dan juga International Board Certified Lactation Consultant di KPJ Johor Specialist Hospital. 

10505335_868377703175757_3052588013299139431_n

Assalamualaikum & selamat pagi sahabat & kenalan.

Saya ingin memberi sedikit teguran ttg hidden agenda by milk company. Tak kisahlah ia susu apa jenis pun (cows, goat or soy), mereka sentiasa mengambil kesempatan utk mempromosi susu mereka. Jika code of marketing of infant formula & related substitute control Infant formula & follow up formula, mereka promote pulak Growing Up formula…macam gambar kat atas ni. Mereka ambil kesempatan sbb growing up formula @ Toddler milk ni tak di kawal oleh code. So melalui promosi grow up formula inilah mereka indirectly promote their controlled formula (use as a platform to promote their any milk).

Artikel ini hanya untuk Para sahabat penyokong penyusuan ibu, please, permintaan saya ialah TOLONG ELAKKAN DIRI DARI SHARE @ SIGN UP apa jua bentuk promosi yg mereka lakukan. Saya tau mereka sangat baik hati nak bg sample…tapi banyak kesan buruk nya bila ibu2 tidak faham bahawa susu formula tidak wajib diambil oleh anak yg berumur setahun atau 2 tahun ke atas wlpn sudah berhenti penyusuan ibu (ada masanya ia diperlukan utk kes kes tertentu)

Keburukannya ialah, ibu akan sangat bergantung kpd growing up milk yg kononnya bagus utk tumbesaran otak & tubuh, malah ibu percaya kpd susu yg ditambah fiber sayuran jika anak tidak mahu makan natural sayuran…

Kesannya anak hanya nak minum susu tanpa makan makanan yg seimbang dari sumber yang yg asli (sayur, buah, daging, ikan & bijirin)…Sedang apa jenis susu formula ni tetap punya risiko tinggi kepada obesity, diabetes & hypertension dan tidak mencukupi keperluan zat mikronutrient & minerals yg diperlukan utk imun sistem (walaupun diiklankan begitu gah sekali). Saya mohon kpd kalian, jika anak sudah makan, sudah stop penyusuan ibu, berikan anak2 makanan yg seimbang dari sumber yg asalnya, dan dapatkan sumber kalsium dr yogurt, cheese & lain2…please…ini penting utk kesihatan anak2. Jangan terlalu bergantung kpd susu formula.

Semalam saya jumpa lagi satu kes young diabetes type 1 perlu insulin (nutritional history ; mak kata anak picky eater & banyak minum susu sahaja dr kecil & tak makan banyak benda, malah jarang minum air gas / kordial)…She has no history of young diabetes in family…Memang telah pun dikaitkan (penyakit metabolik : diabetes mellitus, obesity & lain2) dgn susu formula secara saintifik tapi kita semua perlu tahu, utk tukar cecair susu kpd bentuk tepung, mereka perlukan bahan kimia lain & tambahan gula juga…Wallahualam. Fikir fikirkanlah…

Tapi kalau anak nak minum susu boleh juga berikan susu fresh milk/full cream bentuk cecair…lebih selamat. Zat makanan lain dapatkan dari makanannya, gunakan teknik psikologi utk pujuk anak makan…MAKANAN SEIMBANG UTK KESIHATAN ANAK2…bukan susu growing up milk…Maaf jika ada yg terasa, Sekian terima kasih.

3. Puan Norashida Abdul Rahman, International Board Certified Lactation Consultant dan Pharmacist. Disini saya kongsikan jawapan Puan Shida setelah saya bertanyakan hal ini kepada beliau.

11540831_730843063710022_7823083181462816228_n

Untuk  usia begitu, penekanan sudah lebih menjurus kepada makanan pelengkap. Apa yang berlaku biasanya, anak sudah kekenyangan minum berauns-auns susu tepung (yang tinggi kandungan gula), sehingga ibu bapa memandang ringan pada makanan pelengkap yang perlu anak makan. Khasiat yang sepatutnya itu terabai, sedangkan pada waktu inilah tubuh mereka sangat memerlukannya. Dan biasanya, anak yang sudah kenyang susu tepung (pernah lihat ada ibu beri 8oz sekali minum), mereka sudah tidak mahu makan lagi, dan lebih sukar terima makanan yang ibu bapa mereka makan. Jika nak beri susu, fresh milk pun ada sebagai alternatif. Susu  buatan dalam tin bukan penyelesaian. Again i am procrastinated on the ADVERTISING, MARKETING AND PROMOTION by the COMPANY. My stand would be no need susu buatan dalam tin for

1.baby (unless medically indicated)

2.toddler

3.preeschool

4.pregnant women

5.lactating women.

Fresh milk is recommended for children age above 1 years old. Ia diletak kat area peti sejuk (sekali dgn cheese & butter area). Minum seperti minum minuman lain melalui cawan. Its good time to wean bottle slowly and introduce cup feeding. Warm if needed but my children love when it cold.

———————————————————————————————————————————————–

Alhamdulillah, setelah saya menghadamkan ilmu dari ketiga pakar ini, saya sudah jelas bahawa bila anak sudah dua tahun, pemakanannya perlu seimbang ada nasi, protein, sayuran dan susu pula hanya sebagai makanan tambahan dan perlu minum 2 gelas sehari. Perlu diingat, kenapa kita mahu beri anak susu? kerana..kita mahu anak dapat kalsium kan? Jadi, kita perlu tahu, sumber kalsium bukan hanya pada susu, tapi juga pada banyak lagi sumber makanan lain.

1466096_546781742081748_637780232_n

Susu yang saya cadangkan untuk anak ialah fresh milk sama ada lembu atau kambing, atau juga fresh-milk daripada plant based seperti susu badam atau susu santan.

Macam saya, agak sukar untuk saya dapatkan hari-hari susu freshmilk. Hanya pasaraya terdekat iaitu Tesco sahaja yang ada jual fresh milk farm fresh dan juga Nubian Goats Milk. Jadi, kadangkala sahaja saya beli Nubian Goats Milk pada Nuha, dan juga biasanya saya beli 1-2 liter susu lembu Farm Fresh. Memandangkan susu fresh tidak tahan lama, jadi biasanya jika saya beli 2 liter, saya biarkan 1 liter di bahagian bawah peti ais dan pasti dihabiskan dalam masa 3 hari. Manakala lagi 1 liter saya akan frozenkan dan bekukan dalam plastik liner. Jadi, susu akan dicairkan jika Nuha nak minum. Oh ya, kalau susu fresh habis, saya beri juga susu Higoat kepada Nuha. Kenapa? kerana memang ianya tepung namun kandungannya tiada sebarang gula. Higoat hanya mengandungi susu tepung kambing. Kadangkala tak sempat nak restok susu fresh, jadi Higoat sebagai back-up untuk diberi kepada Nuha.

Disini saya kongsikan imej susu Nubian, Farm fresh dan susu farm fresh yang difrozenkan.

11798455_951509681536421_2036607827_n ShotType1_328x328 11780649_951509664869756_609847552_n

1

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.