Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Permainan Monopoly Seawal Usia 5 Tahun

September 2, 2017 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

PERMAINAN MONOPOLY

Antara permainan yang kami mula bermain dengan anak ialah permainan Monopoly.

Apa yang anak boleh belajar dari permainan ini?

Dari permainan ini, anak-anak seawal usia 5 tahun akan belajar asas kewangan melalui cara dan peraturan permainan.

1) Anak saya sudah pandai mengira “duit” monopoly dengan mengira $ 20 dan beri pada saya dan beliau sendiri sebelum mula bermain

(Anak tahu nilai wang)

2) Tahu tentang nombor dimana baling dadu dan baca nombor untuk gerakkan “kuda”

3) Belajar membeli hartanah, mengutip sewa, dan ianya banyak melibatkan pengiraan tambah dan tolak.

—-

Dalam permainan Monopoly, siapa yang punya banyak wang akan menang dan siapa yang habis duit cepat akan “bankrap”.

Antara dialog kami,

1) Nuha jalan “kuda” dia dan bila sampai dengan tanda question, dia perlu ambil chance card dan baca dengan kuat.

Seperti,

“You have finish your homework, so you get $2”

“This is your birthday, take $ 1 from the bank”

Nuha kalau dapat chance card ni, memang gelak sakan dia sebab seronok dapat duit free dari bank.

2) Ada chance card berbunyi begini,

” Move to pink or dark blue, if the place available, take it for FREE.

Or if not available, pay the rent.

So waktu saya nak move tu. Saya keliru juga nak pergi petak mana.

Pink atau biru tua?

Nuha cakap, “Umi, pergilah kat petak pink. Sebab umi kan suka pink!”

Saya, “Nuha, cuba tengok ni. Sekarang, peluang Umi ialah dapat hartanah free.

So tengok, yang pink harga $ 2.

Yang dark blue harga $ 5.

So yang mana lagi mahal dan lagi untung kalau kita ambil?

Nuha, “yang dark blue”

Saya : Yup, yang biru tua ni lah. Sebab yang ni mahal lagi dari pink.

Barulah duit kita boleh jimat. Kita untung. Sebab dapat freekan.

Dari situ, Nuha pun seolah lebih jelas dalam membuat sebarang keputusan asas melibatkan angka dan wang.

3) Sewaktu “kuda” saya jejak kaki di kawasan Nuha, sewanya perlu dibayar double kerana tapak berkembar itu keduanya milik Nuha.

Sewa yang patut saya bayar ialah $ 3. Waktu saya nak bayar, lantas Nuha mencelah.

“Umi, kan berkembar tu. Kena bayar double lah..”

Saya : yelah Nuha, umi lupa. So berapa nak kena bayar ni? (Saja nak test pengiraan dia)

Nuha : em..(pening kejap) okay kalau 3 + 3 berapa eh? Ha..5.

Saya : salah..kalau salah, umi tak nak bayar sewa kat Nuha.

Nuha : (sedih)

Saya : Nuha pegi ambil abacus sekarang, kira 3 + 3 berapa?

Nuha pun ambil abacus dan mula gerakkan manik.

Tiga manik digerakkan menunjukkan 3.

Seterusnya, untuk tambah lagi 3, perlu

+5 dan -2.

Lepas gerakkan turun manik 5 dan tolak manik 2.

Akhirnya Nuha pun menjawab,

“Umi, 3 + 3 = 6”

Saya : ya betul.

Terus bayar sewa pada Nuha sebanyak $ 6.

——
Apa yang menariknya, pada Monopoly Junior yang saya main bersama anak saya ini ialah

Ia bukan sahaja mengajar asas pengurusan kewangan tetapi juga kami dapat mengaplikasikan pengiraan abacus dalam permainan Monopoly juga.

Pengurusan kewangan ialah salah satu ilmu yang tidak diajar di sekolah.

Dan antara impian saya ialah mahukan anak-anak saya menguasai kepintaran kewangan ini iaitu Financial IQ.

——————–
Boleh join chanel kami untuk ilmu Kehamilan, Penyusuan & Berpantang PERCUMA di

Telegram NuhaBaby : Penyusuan & Berpantang

Di link

https://t.me/nuhababy

Jemput join!
——————–

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.