Petua Mengatasi Sembelit Ketika Hamil

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

“Sembelit ketika hamil ! Apa nak buat ni?”

Masalah sembelit ketika hamil, kerap berlaku dikalangan ibu mengandung. Jadi, disini NuhaBaby nak kongsikan 2 petua yang berguna untuk atasi masalah sembelit ni ye.

Check it out !

#1 MINYAK ZAITUN ( EXTRA VIRGIN OLIVE OIL )

image001

Antara petua yang saya ingin kongsikan bila ibu terkena sembelit ialah, amalkan memakan minyak zaitun setiap pagi ketika perut kosong. InsyaAllah masalah sembelit dapat diatasi dengan mengambil minyak zaitun setiap hari secara konsisten.

Kenapa? Haa kerana minyak zaitun sangatlah banyak khasiatnya.

Bagi ibu yang ada masalah sembelit dan susah nak buang air, boleh telan minyak zaitun 1 sudu makan setiap pagi waktu perut kosong. Ia juga bantu melancarkan penghadaman.

Jadi ape lagi! Cepat makan minyak zaitun..jangan lepaskan peluang untuk makan minyak zaitun yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW ni ye.

#2 MADU ASLI

10

Bercakap tentang madu asli, ye madu memang adalah antibiotik terbaik untuk diamalkan ibu hamil.

Zatnya yang ringkas menyebabkan ianya mudah tercerna dan senang diserap hatta pada saraf yang paling halus dalam tubuh!

Khasiatnya pula sangatlah banyak, baik untuk perkembangan otak janin, ikhtiar mengelakkan kecacatan janin, lawaskan pembuangan air besar, elakkan sembelit dan buasir, juga membuang angin yang tersekat di usus perut!

Oh ya, seeloknya ketika minum madu, jangan campurkan dengan air mendidih ye, dan gunakan sudu plastik. Ini kerana khasiatnya akan berkurang jika air panas dan guna sudu besi.

Sebenarnya, madu lebih baik penyerapannya berbanding vitamin lain yang dijual di pasaran.

Jom mari kita amalkan madu.

Ibu boleh campurkan 1 sudu madu dengan air putih dan minum setiap pagi.

Terutama ibu hamil yang mengalami masalah sembelit.

Selamat bersiar-siar di blog NuhaBaby!

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.

Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.

Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby

Latest posts by NuhaBaby (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.