Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

[Quran] Fasa 4 : Mengajar Anak Membaca Huruf Sambung & Tanwin

November 28, 2016 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Untuk fasa ini, ialah saya mengajar Nuha supaya kenal dan boleh membaca huruf hijaiyah baris atas, bawah dan depan yang bersambung dan juga tanwin.

ALATAN DAN BUKU YANG SAYA GUNA

1) BUKU ALBARQY

(sayangnya buku ini sudah tidak dijual).

Jadi, kalau anda nak dapatkan boleh dapatkan Iqra Attaisir.

Alhamdulillah, ketika usia Nuha 3 tahun 2 bulan, dia sudah membaca hingga page 32.

Nuha tamat dan selesai membaca AlBarqy pada usia 3 tahun 11 bulan iaitu khatam habis hingga mukasurat 64.

2) WHITEBOARD DAN MARKER

Apabila saya ajar gunakan buku, sudah pasti Nuha cepat boring sebab kanak-kanak ini fokusnya tidak lama. Jadi, untuk mudahkan kefahaman Nuha, saya tuliskan ke whiteboard.

Lebih besar dan menarik sebab Nuha boleh baca dan saya pun boleh baca sama dengan Nuha. Jadi, mana-mana page yang Nuha “sangkut” nak baca, saya akan tuliskan di whiteboard.

11002639_906684986018891_6238170767690327328_n 11156365_906684899352233_1301574894943423078_n

11080908_906684879352235_5405505934244013253_n

 BILAKAH MASA SAYA MENGAJAR ANAK SAYA?

Saya bekerja sebagai seorang guru dan dalam masa yang sama juga, Kaunselor Penyusuan dan menulis blog. Jadi, biasanya saya akan mengajar Nuha pada waktu malam.

Selepas solat Maghrib atau Isyak, dan masa yang diambil diantara 10 – 30 minit. Bergantung pada mood dan fokus anak saya.

10 minit pun dah cukup untuk saya mengajarnya, cuma kalau Nuha bersemangat nak lebih. Baru saya “extend” masa mengajar. Minimum 10 minit sahaja sehari.

VIDEO NUHA

Disini saya kongsikan video Nuha untuk memberi inspirasi. Semoga bermanfaat.

Nuha membaca AlBarqy page 18

Bila dah makin lama guna Buku AlBarqy, buku pun hampir lunyai. Jadi, saya ambil inisiatif untuk fotostat dan laminate mukasurat dalam AlBarqy.

Senang sikit nak bawa ke mana-mana dan tahan lama tak koyak.

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.