Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Rahsia 9 Teknik Urutan Supaya Bayi Lena Tidur Malam

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara masalah ibu berpantang ialah

Bayi saya kerap berjaga malam, susah lena tidurnya. Adakalanya, sepanjang malam dia berjaga dan cepat bangun awal 4 pagi sudah bangun.
Akibatnya, saya sangat letih kerana bayi tidak nyenyak tidur. Tambahan pula, saya sedang berpantang.

Jadi, kali ini saya ingin berkongsi masalah bayi yang sukar tidur malam dan bagaimana cara mengatasinya.

Tahukah anda? Bayi yang normal, biasanya mudah tidur malam dan hanya bangun beberapa kali sahaja untuk menyusu.

Jika bayi anda senang tidur diwaktu malam, lena dan hanya terjaga untuk menyusu, ianya normal.

Namun, ada sesetengah bayi memang sukar tidur malam dan kerap meragam, terjaga di awal pagi tetapi bukan untuk menyusu.

Jadi, apa punca bayi sukar tidur malam?

Ini kerana, kemungkinan bayi kurang sihat atau emosinya terganggu.

Hal ini diakui sendiri oleh Puan Fadillah Nur, Pakar Perbidanan Islam di dalam buku Mudahnya Berpantang.

Emosi bayi baru lahir, memang senang terganggu kerana bayi sedang melalui fasa perubahan habitat dan tempat tinggal.

Daripada rahim yang memberikannya pakej ketenangan berupa sempit, gelap, selesa terkepit, alunan music daripada jantung ibu dan aliran deru perjalanan darah ibu kepada rumah yang luas, bising, dan terang menyebabkan bayi senang terganggu emosinya.

Hal ini punca kepada kekacauan emosi bayi baru lahir, menyebabkannya sukar tidur malam.

Justeru, apa penyelesaiannya?

Kali ini, saya ingin berkongsi penyelesaiannya iaitu melalui 9 teknik urutan bayi atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Baby Massage.

Mari saya kongsikan apa kelebihan urutan bayi untuk menyelesaikan masalah bayi sukar tidur ini.

Jom kita lihat.

1# KELEBIHAN URUTAN BAYI

Antara kelebihan urutan bayi ialah bayi

  • Lebih lena tidurnya
  • Kurang menangis dan kurang meragam
  • Lebih tenang dan tidak mudah menangis
  • Membantu perkembangan mental, sosial dan fizikal bayi

Hal ini diakui sendiri oleh BabyCentre Medical Advisory Board di dalam blognya Baby Center iaitu

Massage may help your baby to sleep better, cry and fuss less, stay relax and develop mentally, socially and physically

Malah, ada satu kajian mengatakan urutan pada hari awal kelahiran bayi, boleh membantu sembuhkan demam kuning dengan lebih cepat!

Ianya juga adalah masa istimewa iaitu bonding time ibu dengan bayi serta bapa dengan bayi, dan terapi stress buat ibu berpantang.

Bila bayi gembira, dan lena tidur serta kurang meragam tentunya ibu juga bahagia!

2# BILA MASA SESUAI UNTUK MENGURUT BAYI?

Masa yang sesuai untuk urutan bayi ialah dibuat dua kali sehari, sebaiknya selepas mandi pagi/mandi petang dan juga malam sebelum tidur.

Pastikan ketika itu bayi tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang. Pendek kata, waktu selepas mandi dan sebelum sesi menyusu di malam hari ialah waktu terbaik.

3# APA YANG ANDA PERLUKAN SEBELUM MULA MENGURUT?

Anda hanya perlukan minyak bayi daripada tumbuhan (vegetable oil) dan juga sehelai tuala nipis sebagai alas.

Contohnya minyak seperti olive oil iaitu minyak zaitun, atau IbuSuri Baby Oil yang mengandungi minyak bunga lawang dan serai wangi sebagai bahan utamanya.

Bunga Lawang adalah sejenis herba yang mampu memberikan ketenangan sekaligus bau herba yang menenangkan manakala serai wangi pula bertujuan untuk mengelakkan nyamuk hinggap di kulit bayi.

Okey semua dah ready ke? Bolehlah kita ke langkah urutan yang pertama sehingga seterusnya..

Saya akan kupas satu persatu teknik urutan daripada muka sehinggalah ke tapak kaki bayi.

Jom lihat!

4# URUTAN MUKA

StrokingTheHead9

 

Urut perlahan kening bayi, hidung dengan menghala ke bawah, pipi dan dagu secara lembut dan secara menaik.

5# URUTAN DADA

Baby massage

Usap dada bayi dengan kedua-dua tangan ala kupu-kupu beberapa kali, juga urut di bahagian perut bayi secara bulatan (pusing arah jam) dengan perlahan.

6# URUTAN TANGAN

benefits-of-baby-massage

Bahagian tangan, genggam sambil mengurut sepanjang tangan bayi, perlahan-lahan luruskan tangan bayi.

7# URUTAN KAKI

Baby-massage_rolling-300x261

Bahagian kaki, genggam dari peha sehingga turun ke betis dan pergelangan kaki sambil urut perlahan.

8# URUTAN TAPAK KAKI

590x372.fitandcrop

Urut perlahan tapak kaki menggunakan ibu jari.

9# URUTAN BELAKANG BADAN

6037baby_massage

Telangkupkan bayi, buat kuak rama-rama menggunakan kedua tapak tangan di belakang bayi.

Urut daripada pangkal leher sehinggalah ke punggung bayi dan ulang beberapa kali.

Okey, selesailah sudah sesi urutan.

Bolehlah pakaikan semula baju kepada bayi anda.

Sekiranya penerangan saya kurang jelas untuk anda, anda boleh ke youtube dan search BabyMassage. Ada banyak video berkaitan urutan bayi di Google dan Youtube. Boleh tonton juga.

Akhir kata, semoga bayi anda lebih lena tidurnya dan semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jika anda ibu yang mengalami masalah bayi kuning dan lekapan penyusuan bayi juga masih tidak betul menyebabkan bayi hanya hisap susu sedikit serta susu ibu juga tidak seimbang (hindmilk & foremilk).

Maka, ia juga boleh menjadi punca bayi kembung perut.

12884568_1072999389387449_180377324_n

Komen ibu yang gunakan Baby Oil Ibusuri

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.