



Antara masalah ibu ialah yang kerap ditanya pada saya ialah
Jadi, bagaimana caranya untuk membanyakkan susu?
Jika anda mahu tahu, ada 3 perkara yang ibu perlu amik perhatian untuk banyakkan susu iaitu
- Emosi yang stabil
- Pemakanan yang seimbang
- Jadual mengepam yang konsisten
Post kali ini, saya hanya mahu sentuh punca yang ketiga iaitu jadual mengepam yang konsisten.
Berbalik kepada masalah ibu di atas, setelah disiasat emosinya stabil dan pemakanannya juga terjaga. jadi, apa puncanya?
Saya tanyakan kembali padanya
Ibu menjawab
Oh..rupanya itulah puncanya! Memanglah susu sedikit kerana ibu ini
- Mengepam tanpa jadual dan tak tentu masa
Jadi, saya menyarankan ibu ini membuat jadual mengepam dan pam mengikut masa yang ditetapkan.
Contohnya, jika dia mahu pam 2 kali sehari. Tetapkan masa pukul 10 pagi dan 10 malam.
Hanya perlu konsisten pam mengikut masa itu sahaja. Setelah seminggu, saya kembali bertanyakan apa progressnya.
Ini mesejnya kepada saya
Akhirnya, barulah susunya banyak kembali.
Mengapa ini berlaku?
Ini kerana breast adalah kilang susu yang konsepnya, selagi ada permintaan, selagi itu ada susu. Jika tiada permintaan susu, maka tiadalah susu!
Inilah yang dipanggil konsep supply and demand
Lagi banyak ibu mengepam atau lagi kerap bayi menyusu, akan lagi banyaklah susu.
Otak umpama boss dan payudara umpama pekerja kilang susu.
Ibu yang baru bersalin, kilang susunya baru nak mula buka. Payudara masih blur-blur dan tidak tahu berapa banyak susu yang perlu dibuat.
Ini kerana, payudara masih tiada standard operating system lagi. Payudara akan hasilkan susu mengikut kuantiti yang bayi hisap iaitu hanya akan buat susu mengikut banyak mana susu dikeluarkan!
Jadi, minggu pertama anda bersalin, sangat penting anda tahu cara merangsang supaya susu ibu dikeluarkan.
InsyaAllah selepas beberapa minggu, kilang susu sudah pandai dan tahu banyak mana bayi anda minum, supaya dia dapat menghasilkan susu mengikut keperluan bayi.
Katalah bayi anda sekali minum 3 oz. Jadi, payudara akan hasilkan 3 oz susu sahaja mengikut keperluan bayi.
Ini kerana, payudara sudah diprogramkan untuk menghasilkan 3 oz susu pada setiap kali sesi menyusu. Kita cuma perlu pastikan susu kita dikeluarkan sama ada melalui hisapan bayi atau pam.
Begitulah konsep kilang susu ibu bekerja..
Contohnya, katalah hari ini kita masak 1 pot nasi. Sekali bila makan tak cukup, anak-anak mintak nasi lagi, maka esoknya kita pun masaklah lebih sedikit 2 pot.
Esoknya, kita tengok nasi tak habis, terpaksa dibuang. Jadi, lusa mesti kita akan masak 1 pot setengah pula, kurang sedikit dari semalam.
Bila masak 1 setengah pot, elok sahaja cukup dan habis semua ahli keluarga makan kenyang. Jadi, tentu hari seterusnya kita akan masak banyak tu juga kerana cukup-cukup sahaja dan tidak membazir.
Begitu juga dengan kilang susu ibu, payudara hanya hasilkan susu yang cukup-cukup sahaja untuk bayi kita. Setiap bayi berbeza keperluannya, jadi usahlah membandingkan antara hasil susu kita dengan susu orang lain. Asalnya kita kerap menyusukan bayi dan pam mengikut jadual, susu akan terus dihasilkan.
Lagi banyak kita pam dan menyusu, lagi banyak susu terhasil. Inilah konsep supply and demand.
MENGAPA PULA PERLU PAM PADA MASA YANG SAMA?
Ini kerana, bila kita pam pada masa yang sama ia merangsang satu hormon. Iaitu hormon prolaktin, hormon ini fungsinya merangsang kilang susu untuk hasilkan susu!
Hormon ini hanya banyak pada masa-masa tertentu, dan..ia akan berkurang jika kita pam tidak tentu masa.
Sebab itu, kita perlu pam konsisten ikut masa yang ditetapkan. Jadinya, katalah kita pam pada pukul 10 malam, hormon prolaktin akan mula memberi isyarat kepada kilang susu untuk hasilkan susu.
Esoknya, kita masih pam pada pukul 10 malam, jadi hormon ini akan terus menerus tinggi dan makin tinggi selagi kita mematuhi masa pam, hasilnya susu kita juga akan makin banyak!
Memetik kata-kata Dr Suriyakhatun, Pakar Perubatan
Lagi kerap pam, lagi kerap anak menyusu, maka susu akan lagi banyak, mengikut prinsip supply and demand ini. Semakin tinggi permintaan, maka semakin banyak susu!
Yang penting, susu kita cukup untuk bayi kita.
Terutama ibu bekerja, jangan lupa patuhi jadual mengepam untuk membanyakkan susu.
Banyakkan bersyukur, InsyaAllah rezeki susu ibu tidak putus untuk anak kita.
Anda boleh amalkan teknik ini jika anda rasakan susu anda berkurang.
Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam?
Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?
Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?
(KLIK SINI UNTUK EBOOK)
NuhaBaby
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.
Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.
Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com
Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :
1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil
2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!
3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan
4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari
5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Latest posts by NuhaBaby (see all)



