Rahsia Pemakanan Ketika Hamil

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Kali ini saya ingin berkongsi 6 amalan pemakanan ketika hamil, supaya bayi sihat sepanjang kehamilan.

Antara pertanyaan ibu ialah

Apakah makanan yang baik untuk diamalkan ketika hamil?

Maka saya ingin kongsikan di sini, rahsia amalan pemakanan ibu hamil supaya bayi sihat.

Malah, Puan Fadillah Nur turut menjelaskan di dalam buku Mudahnya Berpantang

Amalan ini juga ialah kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar mengelakkan bayi terkena demam kuning

Saya juga pernah membaca maklum balas seorang ibu yang mengamalkan amalan seperti ini, dan Alhamdulillah bayinya lahir sihat serta bebas daripada kuning.

Jika ada kuning, mungkin sedikit sahaja.

Namun, ianya bergantung juga kepada keseluruhan gaya pemakanan ibu.

Baiklah, mari kita lihat amalan pemakanannya setiap satu

#1 MENELAN MADU

10

 

Telan 3 sudu madu (tanpa air) atau meminum air madu 5 sudu. Tiada masalah bagi mereka yang mengalami kencing manis, malah madu ialah terapi penyakit kencing manis.

#2 MINYAK ZAITUN

image001

Menelan 1 sudu minyak zaitun terutama apabila kandungan sudah mencapai 5 bulan.

Amalan minum madu dan minyak zaitun amatlah baik kerana ia bukan sahaja memberi zat kepada janin, malah mengelakkan ibu terkena sembelit dan juga mengurangkan parut selepas bersalin nanti.

#3 PATI DELIMA

download (6)

Amalkan minum pati delima iaitu 2 sudu dibancuh dengan 500ml air setiap hati.

Delima amat baik bukan sahaja kerana boleh menaikkan Hb dalam darah, namun ia juga mampu melancarkan proses perjalanan dan pertukaran oksigen dari ibu kepada bayi.

#4 KURMA

Dates-eathealthylivefit_com

Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan. Kurma mengandungi banyak khasiat antaranya

  • tahan lama
  • ready made dari Allah
  • memberi tenaga segera
  • tinggi kalsium dan potassium
  • Tinggi iron
  • Kaya dengan vitamin

Kalau anda nak tahu, kurma ni dia bukan saja beri tenaga, tapi ia juga boleh redakan stress, tenangkan emosi ibu, juga..kolagen semulajadi sebab tinggi kandungan iron yang menggalakkan pembentukan kolagen!

Amalkan kurma ye.

#5 BUAH TIN

e22083011f0e7238fa5c3e1c5a753c23

Amalkan memakan buah Tin setiap 3 hari. Jadikan ia sebagai manisan harian.

Buah Tin diantara makanan supaya anak cerdik dan cantik kulitnya, disamping membantu pertumbuhan otak janin dan perkembangan kulit bayi.

#6 SUSU KAMBING

susu kambing

Amalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan dan malam sebelum tidur.

Sebaiknya, dicampur dengan 3 urat zaafaran, bagi mencerdaskan minda dan otak bayi bila lahir nanti.

Juga sebagai ikhtiar mengelakkan risiko bayi terkena kuning yang tinggi.

Akhir kata, saranan saya selain mengamalkan pemakanan yang sihat, jangan lupa pula untuk elakkan makanan yang tidak sihat.

Terdapat 7 jenis makanan yang perlu dielakkan ibu hamil, ini penting untuk memastikan badan ibu sihat dan bebas toksin serta bayi juga sihat sepanjang kehamilan.

Tiada gunanya jika anda mengamalkan pemakanan yang baik tetapi dalam masa yang sama mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.

Ada lagi soalan cepumas sebelum kita sampai ke penghujung artikel

Perlukah saya makan vitamin yang diberi oleh klinik?

Jawapan saya, ia terpulang. Anda cuma perlu faham ketika hamil, anda memerlukan supplement dan supplement yang terbaik adalah daripada sumber semulajadi.

Ini kerana, khasiatnya akan terus diserap ke dalam tubuh serta asli dari sumber alam, jika berlebihan pula, badan secara “automatik” akan mengeluarkannya melalui proses pembuangan air besar/kecil.

Jadi, tiada kesan sampingan serta tiada masalah jika diambil berlebihan.

Supplement buatan seperti vitamin pula seeloknya sebagai pilihan terakhir, jika anda sukar mengamalkan pemakanan daripada sumber semula jadi, serta ada kesannya jika diambil secara berlebihan.

Jadi, ambillah mengikut sukatan yang dibenarkan okey.

Selamat beramal.

 

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.

Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.

Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby

Latest posts by NuhaBaby (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.