Resipi Susu Badam Dan Susu Santan

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Susu badam dan susu santan ialah alternatif terbaik buat anak yang tidak lagi minum susu ibu.

Seeloknya setahun ke atas sudah boleh diberi susu ini.

Pilihan ini kerana susu alternatif ini, hampir-hampir menyamai kandungan dan khasiat mirip susu ibu. Ia juga mudah dicernakan.

Tetapi, jika anda masih menyusukan, susukanlah anak dengan susu ibu sepenuhnya ya.

Ini hanya alternatif sahaja, jika kita tidak mahu beri anak susu formula.

Anak berusia setahun lebih, sehari seeloknya 3 hidangan susu segar sahaja.

Selangannya, boleh beri jus buah, air madu disamping makanan seimbang ( tak perlu banyak kerana portion bayi sahaja)

327236-2293-26

 

 

SUSU BADAM

324716-27920-21

 

Rendam semalaman semangkuk badam berkulit (bergantung berapa banyak anda nak buat)

Esoknya, kulit-kulit badam akan tertanggal, kupas kulit-kulit tadi.

Tinggal badam yang putih sahaja.

(Kulit badam jangan dibuang kerana boleh dibuat biskut, brownies, salad ataupun scrub.)

Masukkan air suam (sesuaikan dengan anggaran jumlah badam)

Kisar halus (blend) dan tapiskan guna penapis kain. Perlu kaedah manual perah supaya dapat patinya.

(Baki tersisa boleh digunakan untuk dibuat biskut, jangan dibuang)

Jika suka manis, kisar sekali kurma yang sudah direndam semalaman dan diasingkan bijinya.

Susu badam sudah tersedia.

Anda boleh bekukan sebahagian juga untuk stok dilain hari.

SUSU SANTAN

 

279648-13418-31

Ambil isi kelapa muda (korek isi dan blender)

Kelapa muda berwarna hijau ye. Kisarkan isi kelapa, tanpa air kelapa muda.

Hanya campurkan air suam sahaja. Tapiskan.

Perah manual menggunakan penapis.

Elakkan terkena tangan ketika menapis airnya, hanya gunakan sudu kayu.

Sukatan untuk rujukan, 20 sudu isi kelapa muda bersamaan 200 ml air suam.

Menghasilkan 350 ml susu santan.

Semoga bermanfaat.

Ebook Pemakanan Anak Usia 6 Bulan Ke Atas

atau lebih dikenali sebagai

Ebook Solid Food

Anda perlu faham dahulu yang keperluan susu ibu bagi bayi usia 6 bulan ke atas sudah berkurang, dimana bayi usia 6 bulan hanya mendapat nutrisi 2/3 saja daripada susu ibu.

Untuk mencukupkan nutrisi bayi, anda boleh mula memberikan makanan pejal kepada bayi anda seawal usianya 6 bulan

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK SOLID FOOD

1

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.

Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.

Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby

Latest posts by NuhaBaby (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.