Risau Bayi Tidak Buang Air Besar Selama Beberapa Hari?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan ibu yang ditanyakan kepada saya

Assalamualaikum puan, saya ingin bertanya. Anak saya berusia 39 hari tetapi sudah 4 hari tidak membuang air besar.
Saya fully breastfeeding anak. Anak saya cuma kentut, tetapi perut baby lembut. Adakah normal? Bayi kencing macam biasa dan menyusu macam biasa. Mohon pencerahan, terima kasih puan

Masalah yang berlaku ini ialah, bayi tidak membuang air besar setelah berumur sebulan ke atas.

Sebelum ini, bayi biasanya membuang setiap hari, malah banyak kali di dalam sehari.

Akibatnya, si ibu mulai risau..antara kerisauan ibu ialah

Adakah bayiku ini punyai masalah usus atau sembelit?

Atau..

Adakah usus bayi tersumbat?

Saya faham perasaan anda, cuma janganlah terlalu panik.

Sekiranya anda merujuk kepada doktor, biasanya antara soalan doktor ialah

1. Adakah bayi kerap muntah yang banyak setiap kali minum atau tidak minum?

2. Adakah perut bayi kembung atau buncit daripada biasa?

3. Adakah bayi selalu kentut seperti selalu atau tidak?

4. Adakah bayi kurang aktif atau kurang menyusu dan kerap meragam daripada biasa?

5. Berapa harikah bayi tidak membuang? Dan jika sekali membuang bagaimana najisnya? Lembut dan banyak atau keras dan sedikit?

Jika jawapan anda adalah seperti ini…

1. Bayi muntah sikit-sikit sahaja kadangkala ada kadangkala tidak

2. Perut bayi lembut dan tidak buncit.

3. Buang angin banyak kali macam biasa tetapi sangat busuk dari selalu

4. Bayi aktif, menyusu banyak seperti biasa dan tidak kerap menangis.

5. Buang air besar 3-5 hari sekali, kadangkala 10 hari sekali. Najis lembut dan sangat banyak.

Maka, ini menunjukkan bayi anda normal dan tiada ape yang perlu dirisaukan.

Mari kita fahami, apa sebenarnya yang berlaku kepada bayi dan kenapa ianya normal?

#1 KEMATANGAN USUS BESAR DAN PUNDI NAJIS BAYI

Sewaktu bayi lahir, terutamanya jika bayi menyusu ibu memang akan buang air besar banyak kali sehari. Ini kerana, pundi najis bayi masih belum matang menyebabkan, jika ada sedikit najis pun dalam pundi, ia akan terus dibuang. Ianya dipanggil “defecation reflex” dalam bahasa perubatan.

Namun, bila bayi berumur 6-8 minggu. Saraf bayi mula belajar untuk mengawal pundi najisnya. Jadi, pundi najis bayi hanya akan membuang najis bila mana najis sudah penuh dan usus besar menegang. Barulah pembuangan najis berlaku.

Jika najis bayi yang terhasil belum banyak dan usus tidak menegang, maka ia akan ambil masa berhari-hari barulah ia dibuang.

#2 BAYI SEMAKIN MEMBESAR

Anda akan melihat bayi anda minum banyak kerana selepas sebulan, bayi semakin membesar dengan pantas bermula 1 bulan sehingga 4 bulan. Perkembangan bayi secara pesat inilah yang menyebabkan zat makanan daripada susu ibu diserap secara optimum supaya berat bayi bertambah dan jadinya najis yang dihasilkan pun sikit je.

Anda boleh rujuk Buku Merah Klinik pada carta Growth Chart.

#3 SUSU IBU MUDAH DIHADAM

Susu ibu mudah dihadam dan hanya mengambil masa 60-90 minit sahaja berbanding susu formula yang penyerapannya mengambil masa 3-4 jam.

Jadi, segala zat daripada susu ibu diserap dengan efektif berbanding susu formula.

Ini juga menjadi punca najis bayi menjadi sedikit dan ambil masa beberapa hari untuk membuang air besar.

#4 ELAKKAN MEMBERI SEBARANG UBAT SEMBELIT

Sekiranya anda dapati bayi anda tidak membuang air besar dan normal seperti di atas, tidak perlulah anda beri sebarang ubat untuk membuang najis.

Ini kerana, ia akan menggangu proses pembelajaran bayi untuk mengawal pembuangan najisnya sendiri.

Dibimbangi bayi akan menahan najisnya sehingga tidak pandai membuang sendiri sampai dia besar dan menyebabkan sembelit yang kronik.

Maka, tiada apa yang anda perlu risaukan kerana, bayi anda sedang belajar mengawal pembuangan najisnya hehe..

Cuma, rajin-rajinkan buat urutan bayi untuk rangsangan kalau bayi nak membuang tu.

Namun, sekiranya bayi anda menunjukkan tanda-tanda usus tersumbat seperti

  • muntah banyak
  • perut buncit daripada biasa
  • tidak aktif
  • merengak
  • tidak kentut langsung

Maka perlulah segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

 

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.