



Antara masalah ibu yang pernah diceritakan kepada saya ialah
Ramai ibu yang bersalin ceaser, kerap tidak berpantang seperti ibu normal. Ini kerana, tiada ilmu dan juga pendedahan secara umum rutin berpantang sebenar buat ibu bersalin ceaser.
Saya ingin kongsikan kata-kata Puan Siti Aishah, Pakar Ilmu Berpantang & Pengasas Blessed Beauty Confinement iaitu
RAMAI IBU BERPANTANG TAK TAHU, KESAN BILA LANGGAR PANTANG!
Tahukah anda, kenapa ibu mudah gemuk, senang penat, kadangkala cepat marah dan “moody” selepas habis tempoh berpantang?
Ada juga ibu yang mengalami sakit bentan urat dan sendi dalam tempoh berpantang itu sendiri.
Puncanya kerana, ATURCARA BERPANTANG YANG TIDAK SEMPURNA
ATAU kata lainnya, ramai ibu yang LANGGAR PANTANG kerana memandang ringan perihal berpantang.
FAKTA : 6 bulan pertama selepas bersalin, sistem hormon ibu masih tidak stabil dan tidak seimbang.
Kesan jika dibiarkan (tidak berpantang betul), ibu mudah gemuk dan susah kurus selepas habis tempoh berpantang.
Malah, ia juga membawa kepada ketidakseimbangan hormon yang kronik dan kesannya pada ibu :
- Sentiasa kelihatan penat
- Senang rasa mengantuk
- Moody dan cepat naik marah
- Badan selalu sakit sendi dan sakit urat
- Badan senang masuk angin
Paling kronik, ibu boleh kena simptom MEROYAN akibat daripada sisa-sisa darah kotor yang masih tertinggal di dalam rahim.
ATURAN BERPANTANG BUAT IBU YANG BERSALIN PEMBEDAHAN
Mengikut apa yang saya belajar daripada Pakar Berpantang. Semuanya sama sahaja rutin berpantang ibu bersalin pembedahan. Tidak ada yang terkecuali iaitu
- Amalan Minum Air Herba
- Berbengkung ( Hari ke-5 )
- Berurut ringan
- Bertungku ringan seluruh badan
- Mandi Herba
- Bertangas ( Hari ke-30 ketika darah nifas hampir mengering )
- Berlulur
KESAN PADA KEHAMILAN AKAN DATANG, JIKA IBU CEASER TIDAK MENJAGA PANTANG
Kisah ini saya belajar daripada Puan Siti Aishah, Blessed Beauty Confinement. Ramai ibu yang bersalin ceaser, tidak berpantang dengan betul. Kemudian hamil anak seterusnya dalam tempoh terdekat biasanya mengalami masalah
- Kemurungan dan tertekan ketika hamil seterusnya
- Rasa tidak selesa di tempat yang dibedah, kerana sakit ceaser belum betul-betul sembuh.
Malah,
Ada ibu yang ketika berpantang, luka pembedahan terbuka balik dan dijahit semula, kerana terlalu lasak.
Akibatnya, tempat luka berdenyut dan tidak selesa sepanjang kehamilan.
Tidak jaga pemakanan ketika pantang, jadi tempat luka rasa gatal ketika hamil semula.
Tidak amalkan apa-apa herba untuk bantu luka sembuh. Akibatnya, luka lama sudah merekah dan terpaksa dibedah.
Anak keluar tak cukup bulan, dan sekali lagi tak mampu berpantang sebab lepas bersalin kena duduk dekat NICU.
BERPANTANG SEBAGAI SALAH SATU USAHA PENCEGAHAN
Berpantang ini, sebagai salah satu usaha kita untuk mencegah komplikasi supaya, proses bersalin kita yang akan datang kurang atau tiada komplikasi kronik.
Sekiranya anda berpantang dengan betul, risiko untuk anda mengalami komplikasi bersalin adalah rendah.
Semoga kita sama-sama dapat menjaga diri sebaiknya, supaya mampu sihat demi anak-anak dan suami.
Ini kerana, ramai ibu yang sakit akibat tidak berpantang, tiada mood atau terpaksa mengabaikan keluarga kerana tidak selesa dengan tubuh mereka yang sentiasa sakit-sakit.
Selamat Berpantang !



